Pages

Sunday, September 19, 2010

Bogor Kota Hujan

“TEMPAT istirahat paling popular ialah Puncak Pass. Orang kota (Jakarta) pun ramai ke sana, khususnya pada cuti umum. Apa yang ada di sana? Macam-macam ada, pokoknya semua pass (lulus)!” beritahu seorang penumpang bas mini hijau Angkutan Kota kepada penulis dalam bingit bunyi kenderaan bersimpang siur di pusat bandar Bogor.
INDAH...pemandangan ladang teh Puncak Pass.
INDAH...pemandangan ladang teh Puncak Pass.


sebelum  -  selepas

KEBUN RAYA BOGOR...kaya pelbagai spesies tumbuhan tropika.KEBUN RAYA BOGOR...kaya pelbagai spesies tumbuhan tropika. UNIK...roti unyil pelbagai perisa inti.TERSERGAM...Istana Bogor yang dibina pada 1745 masih gagah.



KEBUN RAYA BOGOR...kaya pelbagai spesies tumbuhan tropika.
“Kalau cuti umum, jangan pergi, macet (sesak)! Percuma saja membayar tambang yang lumayan (mahal),” pesannya lagi sebelum turun dari bas mini. Berapa mahal, penulis tidak pasti kerana suara teman baru itu kedengaran tenggelam timbul ditelan bunyi enjin bas; sama ada Rp3,000 (RM1.10) atau Rp30,000 (RM10.80) walaupun jaraknya hanya 10 kilometer dari pusat bandar.

Bogor terletak 60 kilometer di selatan Jakarta dengan kepadatan penduduk kira-kira tiga juta orang. Kedudukannya yang tinggi (290 meter dari aras laut) menjadikan suasana di Bogor lebih nyaman berbanding kota lain di Indonesia.

Oleh kerana ia paling kerap hujan, Bogor juga terkenal dengan jolokan Kota Hujan. Teman sembang dalam kapal terbang memberitahu, kalau tiba-tiba air sungai naik atau melimpah hingga menyebabkan banjir kilat di Jakarta, itu tandanya hujan lebat di Bogor walaupun ketika itu Jakarta panas terik.

Perjalanan dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta (lapa ngan terbang terdekat) ke Bogor mengambil masa satu hingga satu setengah jam, bergantung kepada laluan yang diambil; dan ia boleh berlanjutan kepada empat jam jika anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Justeru, anda perlu merancang perjalanan supaya ia boleh ditunda selepas waktu puncak (sekitar jam 10 pagi dan antara jam 2 hingga 4 petang).

Laluan alternatif ialah dengan menaiki kereta api dari Stesen Kota Jakarta dan berhenti di Gambir. Walaupun perkhidmatan kereta api kerap (setiap 20 minit), ia sentiasa sesak.

Malah berdasarkan laporan dibaca, ada kalanya kereta api tidak berhenti di Gambir jika terlalu sesak. Sama juga untuk perjalanan balik dari Bogor ke Jakarta. Justeru, pastikan dulu sama ada ia berhenti di tempat yang anda tuju.

Anda boleh juga mengambil teksi bermeter dari Jakarta ke Bogor dengan tambang antara RM50 hingga RM100. Namun seorang ahli keluarga peserta Kem Hemofilia anjuran Bayer ScheringPharma terpaksa membayar kira-kira RM150 kerana mengambil teksi tidak bermeter. Kadar tambang ini bagaimanapun bergantung kepada keadaan lalu lintas dan ada yang menasihatkan supaya memilih teksi biru kerana ia lebih meyakinkan.

Cara paling mudah untuk meninjau Bogor ialah menggunakan bas mini Angkutan Kota (juga dipanggil angkot) yang boleh memuatkan sehingga 10 penumpang. Ia bukan seperti bas mini yang pernah beroperasi di Kuala Lumpur satu ketika dulu, sebaliknya ia adalah van yang diubah suai dan menjadi kenderaan awam utama di Bogor.

Tambangnya murah, hanya Rp2,000 (RM0.70) sehala ke mana saja destinasi dalam bandar yang dibayar ketika anda turun. Bagaimanapun, ‘kepantasan dan kecekapan’ pemandunya memang tidak ubah seperti pemandu bas mini di sini satu ketika dulu.

Paling penting, jaga beg dan barang yang anda bawa kerana ada juga laporan berlaku kecurian, terutama ketika bas sarat dengan penumpang.

Kali pertama penulis dan empat rakan menaiki angkot memang menarik. Mana tidaknya, di tangan masing-masing menjinjing sekurang-kurangnya dua beg plastik selepas penat menjamu mata di Jalan Pajajaran (pusat tas tangan dan kasut).

Ia umpama Bandung mini, tetapi kedai di sini saiznya lebih kecil dan menurut seorang pengunjung dari Jakarta, harga barangan lebih murah berbanding di Jakarta atau Bandung.

Dalam perjalanan pendek itu, sempat kami dihiburkan dua lelaki yang melompat masuk ke dalam angkot dan menyanyi sambil memetik gitar kenit serta menepuk gendang. Teman dari The Star, Lim Way Wen menyeluk beg untuk mengeluarkan kamera dan seorang penyanyi terus menghulur topi menadah bayaran.

Kami tersenyum, rupa-rupanya itu cara mereka mencari makan, penumpang boleh menghulur bayaran seikhlas hati.

Sebaik tiba di Stesen Bas Baranangsiang, kami pula yang meluru turun kerana hari beransur gelap. Pemandu angkot memandang kami tidak berkelip, kami lupa bayar tambang! Untuk mendapatkan teksi bukan mudah dan apabila ada yang berhenti, kami terpaksa bersetuju walaupun dikenakan bayaran RM30 untuk perjalanan yang tidak sampai 10 minit! Sepanjang perjalanan, panda ngan kami tertumpu pada deretan gerai yang menjual pelbagai makanan tradisional. Namun tiada yang berani hendak mencuba, apatah lagi melihat gerai yang sesak dan keadaan basah selepas hujan mematahkan keinginan. Masing-masing bimbang soal kebersihan, takut jika terpaksa berulang ke tandas pula.

Bagi yang lebih berani boleh mencuba pampek (makanan Palembang dibuat daripada ikan dan tepung; cicah cuka hitam); bakso Malang serta beraneka makanan bergoreng (tempe, tauhu, sukun dan sayur).

Selain itu Bogor terkenal dengan roti unyil (roti mini berinti). Sebut saja mahu inti apa, semuanya ada - jagung, susu, keju, pisang, sosej, coklat, ayam, daging. Kalau mahu yang sejuk, boleh mencuba ais krim durian yang dibuat sendiri di tepi jalan.

Namun kami disaran mencuba pai epal Bogor yang dianggap enak. Oleh kerana penulis bukan penggemar makanan manis, keenakan pai epal yang terkenal itu tidak dapat dihayati.

Tarikan paling masyhur di Bogor ialah taman botani atau Kebun Raya yang terletak bersebelahan kawasan Istana Bogor. Kebun Raya Bogor dengan keluasan 87 hektar mempunyai lebih 20,000 tanaman tropika daripada 6,000 spesies dirasmikan pada 1817 oleh ahli botani Jerman, Dr Reinwadt dibuka setiap hari daripada jam 8 pagi hingga 5 petang.

Di sebelahnya ialah Istana Bogor yang dibina pada 1745 oleh Gabenor Jeneral Hindi Belanda, Baron Gustaf Williem Van Imhof. Di taman istana ala Eropah ini ada lebih 200 rusa hidup bebas dan aman dalam persekitaran yang terjaga rapi.

Bagi pencinta alam dan tumbuh-tumbuhan, boleh lengkapkan kunjungan ke Bogor dengan melawat Muzium Etnobotani yang menempatkan 2,000 artifak tumbuh-tumbuhan etnobotani (perubatan) dan Muzium Zoologi. Ia juga boleh menjadi rujukan baik bagi pelajar sekolah dan universiti untuk memberi kesedaran kepentingan menjaga alam dan mengekalkan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan di negara masing-masing.

Apa lagi yang menarik di Bogor? Batu bersurat (1533) di Kampung Batutulis bagi memperingati Maharaja Siliwangi, pemerintah Pajajaran; batu bertulis Cirauteun di Ciampa (untuk memperingati Maharaja Pakuan dari Taruma) dan tentu saja pusat beli-belah.

Walaupun ia boleh diumpamakan Bandung mini, beringat-ingat ketika membeli-belah, jangan habiskan semua wang kerana anda masih perlu membayar cukai keluar sebanyak Rp150,000 (RM54) seorang.

No comments:

Post a Comment