Pages

Friday, September 3, 2010

60 banduan dapat pengampunan Raja Arab Saudi

AL-AHSA: Penjara Al-Ahsa membebaskan 60 tahanan daripada pelbagai warga negara sejak beberapa hari lalu sebagai pengampunan yang diberikan Raja Arab Saudi sempena Ramadan. Tahanan berkenaan dibebaskan selepas pihak berkuasa penjara meneliti perkembangan dalam laporan fail mereka.
Pengarah Penjara Al-Ahsa, Mejar Anwar Al-Abdulqader berkata, ahli jawatankuasa pengampunan masih meneliti laporan fail tahanan dan akan membebaskan tahanan yang layak diberi pengampunan pada bila-bila masa saja. - Agensi

No comments:

Post a Comment