Pages

Monday, August 2, 2010

Tentera Belanda tamat misi di Afghanistan



KABUL 1 Ogos - Tentera Belanda menamatkan misi mereka di Afghanistan hari ini selepas empat tahun menyertai misi tentera bersekutu diketuai Amerika Syarkat (AS) di negara ini.
Pakar menyifatkan langkah itu sebagai isyarat permulaan pengunduran tentera asing dari bumi Afghanistan dalam peperangan yang berlarutan selama sembilan tahun dan dijangka memburukkan keganasan yang dipimpin kumpulan Taliban.
Pegawai kedutaan Belanda di Kabul berkata, upacara kecil sambutan "perubahan perintah" diadakan di pangkalan tentera utama di tengah wilayah Uruzgan di mana kebanyakan 1,950 tentera Belanda ditempatkan.
Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (ISAF), yang meminta Belanda untuk melanjutkan misi mereka setahun lagi, memberi penghormatan kepada sumbangan negara itu dan berkata, mereka akan mengekalkan keupayaan di kawasan tersebut.
"Tentera Belanda telah memberi perkhidmatan yang cemerlang di Uruzgan dan kami memberi penghormatan atas pengorbanan mereka dan rakan sejawat dari Afghanistan semasa Belanda ditempatkan di wilayah ini.
"Kami merancang untuk menukarkan kepada operasi baru pelbagai negara bagi memastikan kelancaran peralihan... Kami akan mengekalkan keupayaan semasa," kata jurucakap ISAF, Major Joel Harper, dalam satu kenyataan.
Penempatan pasukan tentera Belanda di Afghanistan bermula pada 2006 dan sejak itu seramai 24 anggotanya terbunuh dalam operasi di negara ini.
Permintaan NATO kepada Belanda untuk memanjangkan misi tentera mereka mencetuskan krisis politik yang menyebabkan kerajaan Belanda tumbang pada Februari lalu.
NATO dan AS menempatkan 150,000 anggota tentera di negara ini, namun angka kematian yang semakin meningkat di pihak tentera beserkutu telah menyebabkan tekanan politik di AS dan negara-negara sekutunya disebabkan para pengundi berang dengan jumlah korban tentera negara mereka dalam peperangan di Afghanistan.
Korban tentera AS pada bulan ini merupakan yang tertinggi dengan 66 kematian.
Jumlah tentera asing yang terbunuh dalam peperangan di Afghanistan setakat ini ialah seramai 408, menurut catatan AFP berdasarkan data yang disimpan laman web icasualties.org. - AFP

No comments:

Post a Comment