Pages

Thursday, August 5, 2010

Remaja perempuan Palestin jadi nelayan




MADLIN terjun ke dalam laut manakala dua adiknya berada di dalam sebuah bot kecil di Bandar Gaza pada 25 Julai lalu.


BANDAR GAZA - Seorang remaja perempuan Palestin, Madlin Kallab menjadi nelayan bagi menyara ibu bapanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang berusia 16 tahun belajar menangkap ikan secara profesional daripada bapanya, Mohammad yang turut mengajar anaknya untuk berenang.
Bapanya itu kini tidak lagi mampu bekerja kerana faktor usia tua.
"Sejak kecil, saya berhasrat untuk pergi ke tengah laut dan dilambung ombak. Saya selalu menghabiskan masa di pantai dan ekoran umur semakin meningkat saya mula memancing ikan walaupun ia penat dan sukar," kata Madlin.
Dia juga mengajar seorang adik lelakinya, Kayed berenang.
Kayed berumur 15 tahun kadang-kala membantu Madlin apabila dia tidak bekerja di sebuah kedai jahitan miliknya.
Remaja perempuan itu berharap akan memperoleh diploma dalam bidang fesyen.
Palestin kini dijajah oleh Israel manakala pertempuran antara pejuang Palestin dengan askar-askar Yahudi kerap berlaku. - Agensi

No comments:

Post a Comment