Pages

Monday, August 2, 2010

Pasu antik RM2.5 juta

LONDON: Selama bertahun-tahun dua pasu tembikar China di sebuah kediaman sepasang pesara terbiar di rak perabot. Bagaimanapun, tiada siapa tahu harga dua pasu berkenaan mencecah £500,000 (RM2.5 juta) dalam satu majlis lelongan.
Pasu tembikar zaman dinasti Qianlong itu adalah hadiah perkahwinan pasangan berkenaan daripada bapa pengantin lelaki pada 1965. Nilai pasu berukuran 10 inci itu dianggarkan mencecah antara £40,000 (RM200,000) hingga £60,000 (RM300,000) sebelum dijual.
Namun, harganya meningkat apabila dijual dalam satu majlis lelongan selepas mendapat bidaan hingga £500,000 (RM2.5 juta) oleh seorang pembida asing.

Pasangan berkenaan mendapat tahu pasu yang dimiliki mereka amat berharga selepas seorang pakar barang antik mengunjungi kediaman pasangan itu.

Pakar yang menemui pasu itu terbiar di atas rak almari dalam sebuah bilik di rumah pasangan itu mencadangkan supaya mereka menjualnya.

Ketika pasu itu dibawa ke firma lelongan Duke di Dorchester, Dorset, berita mengenainya tersebar luas hingga pihak penganjur terpaksa membuka 10 talian telefon untuk pembida dari luar negara.

Pasaran untuk barangan berkualiti tinggi dari China mendapat permintaan tinggi sejak beberapa tahun lalu berikutan pertumbuhan pesat ekonomi China.

Sesetengah barang antik China bernilai lima kali lebih tinggi berbanding harga asalnya tiga tahun lalu.

Pasu dimiliki pasangan pesara itu dipercayai dibuat di bengkel istana pada pertengahan kurun ke-18. - Agensi

No comments:

Post a Comment