Pages

Wednesday, August 25, 2010

Mangsa banjir akan marah


LELAKI Pakistan mengusung jenazah mangsa dalam air banjir di Taunsa, dekat Dera Ghazi Khan di Pakistan, kelmarin. - AP


SHADADKOT 24 Ogos - Presiden Pakistan mempertahankan respons kerajaan ke atas bencana banjir terburuk di negara ini yang banyak menerima kritikan ketika petugas bantuan dengan cemas melaksanakan sistem perlindungan di dua bandar di selatan Pakistan.
Banjir yang bermula sejak hampir sebulan lalu dan hujan lebat di barat laut negara ini telah menjejaskan lebih 17 juta orang, menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sambil memberi amaran krisis menghalang usaha-usaha bantuan.
Kira-kira 1,500 orang terbunuh akibat bencana ini, kebanyakannya ketika hari-hari pertama banjir melanda, walaupun krisis terus memburuk.
Presiden Asif Ali Zardari berkata, kemarahan ke atas kerajaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang tidak dapat dielakkan jika dinilai dari segi skala bencana, berbanding sentimen anti-kerajaan yang tercetus akibat Taufan Katrina di Amerika Syarikat (AS).
"Mereka mungkin tidak berpuas hati, tidak ada jalan lain untuk mana-mana negara sekali pun negara besar akan dapat memberi tahap kepuasan hampir sama dengan yang diharapkan oleh orang ramai.
"Sudah pasti kami akan cuba dan memenuhi keperluan mereka sedaya mungkin," kata Zardari dalam wawancara bersama wartawan asing di Islamabad, semalam.
Beliau turut mempertahankan pengurusan krisis yang diambil oleh kerajaan dan menyatakan kerajaan 'telah bertindak dengan sepenuh kemampuan mereka'.
Kesengsaraan akibat banjir mencetus spekulasi pergolakan sosial, rusuhan makanan atau pencabar kepada kerajaan pemerintah sebelum tempoh penggal pemerintahan tamat pada 2013. - AP

No comments:

Post a Comment