Pages

Thursday, August 12, 2010

Kuman kebal antibiotik di Britain




GAMBAR menunjukkan kuman New Delhi-Metallo-1 yang dilihat menerusi mikroskop.


LONDON - Kuman super yang kebal terhadap apa jua antibiotik dan dikatakan mempunyai potensi besar untuk merebak kini ditemui di kalangan pesakit di beberapa hospital di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Sehingga kini, sebanyak 37 kes sudah dilaporkan dengan kebanyakan pesakitnya didapati pernah mendapatkan rawatan atau menjalani pembedahan di luar Britain sebelum dijangkiti kuman berkenaan.
Di dalam jurnal Lancet Infectious Diseases, para saintis memberi amaran bahawa kuman super tersebut yang merupakan enzim dipanggil New Delhi-Metallo-1 boleh merebak ke seluruh dunia kerana masih belum ada penawar dicipta untuk menanganinya.
Pesakit muda dan tua terdedah kepada kuman super itu.
Ia ditemui baru-baru ini di kalangan pesakit yang mendapatkan rawatan seperti pembedahan plastik, kanser dan pemindahan organ di Asia.
Kuman yang terdiri daripada keluarga Enterobacteriaceae itu bercantum dengan bakteria E.coliC.diff dan salmonella dan ia boleh menyerang saluran pernafasan.
Enzim terbabit dikatakan boleh berpindah dengan mudah di antara bakteria.
Para pakar bimbang ia akan mula bergabung dengan penyakit-penyakit berbahaya dan membuatkannya kebal terhadap antibiotik.
Seorang pakar, Profesor David Livermore dari Agensi Perlindungan Kesihatan yang merupakan penulis bersama satu penyelidikan dengan Profesor Timothy Walsh dari Universiti Cardiff memberitahu, masalah NDM-1 dijangka menjadi lebih buruk.
"Potensi ia merebak serta menjadi penyakit di seluruh dunia adalah jelas dan menakutkan," katanya lagi. Sepasukan pakar berjaya menemui enzim tersebut di Britain, India, Pakistan dan Bangladesh.
Lebih membimbangkan kini hanya ada dua jenis antibiotik yang boleh menentang NDM-1 tetapi ia juga mungkin tidak mampu bertahan lama. - Agensi

No comments:

Post a Comment