Pages

Monday, August 9, 2010

KHOMEINI DAN SYIAH 6



Syiah dan Sunnah Nabi SAW
Menjadi usul Syiah yang maklum, bahawa umat selepas kewafatan Nabi SAW telah menjadi murtad – Naudzubillah – kecuali tiga atau empat orang sahabat RA sahaja. 


Ini menjadi dasar mengapa Syiah tidak menerima sebarang periwayatan yang datang dari para Sahabat RA. Pendapat ini meliputi kesemua kumpulan Syiah sama ada yang radikal, mahu pun yang sederhana seperti yang ditunjukkan oleh Asy-Syeikh Muhammad Hasan Ali Kasyif Al-Ghita’ di dalam kitabnya Aslul Syiah wa Usuluha di mukasurat 79. Begitu juga dengan pendapat Asy-Syeikh Husain bin Abdus Samad Al-Amili (984H) di dalam kitabnya yang masyhur Wusul Al-Akhyar Ila Usul Al-Akhbar.

Khomeini pula membuat tuduhan jahat terhadap Abu Bakar As-Siddiq RA dan Samrah bin Jandab RA yang kononnya mencipta hadith palsu demi kepentingan diri masing-masing. Beliau mendakwa hadith “Kami para Nabi tidak mewariskan harta bahkan apa yang kami tinggalkan
adalah sedekah” sebagai hadith palsu ciptaan Abu Bakar As-Siddiq untuk menzalimi Saidatina Fatimah Az-Zahra’! Na’udzubillah.

Sebagai ganti kepada sunnah yang didustakan, mereka beriman pula dengan pendapat pendapat khurafat yang dinisbahkan kepada para imam sebagaimana yang terdapat di dalam buku Usul Min Al-Kafi oleh Al-Kulaini.

Majoriti riwayat di dalam ‘kitab suci’ Syiah ini adalah riwayat marfu’ yang dinisbahkan kepada para imam oleh perawi yang ada di antaranya hidup beberapa kurun selepas imam berkenaan!

Khomeini mengangkat riwayat-riwayat khurafat ini ke martabat Al-Quran dengan kata-katanya “… Sesungguhnya pengajaran para imam adalah seperti pengajaran Al-Quran yang wajib dilaksana dan dipatuhi” ( rujuk kitab Al-Hukumat Al-Islamiah oleh Khomeini di ms. 13).


Bahkan muncul di kalangan Syiah gerakan menghentam sunnah Rasulullah SAW dengan lahirnya kitab-kitab jahat seperti tulisan Abdul Hussein Al-Musawi, dengan tajuk Abu Hurairah, buku yang menghina dan memfitnah Abu Hurairah.

No comments:

Post a Comment