Pages

Thursday, August 5, 2010

Kereta Bugatti RM95j dipamerkan



GAMBAR menunjukkan kereta Bugatti 57SC Atlantik.


OXNARD, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kereta klasik Bugatti tahun 1936 yang dijual baru-baru ini pada harga lebih AS$30 juta (RM95 juta) kini dipamerkan di Muzium Automotif Mullin, di negeri California, kelmarin.
Pihak pengurusan muzium menyatakan cuma tiga buah kereta Bugatti 57SC Atlantik itu pernah dikeluarkan dan kenderaan pertama dibeli oleh seorang bangsawan Britain, Lord Victor Rothschild yang berasal dari London.
Pada tahun 1939, kereta itu dihantar semula ke kilang pengeluarannya untuk dipasang satu peralatan.
Antara pemilik kereta unik itu termasuk seorang doktor, Peter Williamson yang membayar sebanyak AS$59,000 (RM187,000) untuk kenderaan itu pada 1971 sebelum membaik pulih kenderaan tersebut.
Selepas beberapa kali bertukar tangan, kereta itu dijual semula pada Mei lalu dengan syarikat Gooding & Co. menjadi orang tengah.
Kereta itu dibeli oleh seorang pembeli tidak dikenali pada harga antara AS$30 juta (RM95 juta) hingga AS$40 juta (RM126.7 juta). - AP

No comments:

Post a Comment