Pages

Friday, August 6, 2010

Keikhlasan dan Kejujuran Rasulullah SAW



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs032.ash2/34944_409791885492_222059925492_5090390_8362692_n.jpg
Keikhlasan, kejujuran dan kesederhanaan Rasulullah SAW dalam kehidupan Baginda SAW jelas kelihatan, apabila Baginda SAW menerima kunjungan orang ramai sejak awal pagi, sebaik sahaja selesai solat Subuh untuk mengajar. Baginda SAW  sentiasa  menyelesaikan perbalahan diantara dua belah pihak yang bersengketa. Baginda SAW sentiasa menolong isterinya menyelesaikan kerja rumah,  selepas Baginda SAW menziarahi orang sakit dan memberi bantuan kepada orang-orang miskin, selepas itu Baginda SAW pergi solat Zohur berjemaah. Kemudian Baginda SAW makan tengah hari. Tidak lama kemudian Baginda SAW menunaikan solat asar berjemaah di rumah Baginda SAW. Selepas solat Asar Baginda SAW pergi ke rumah isteri-isterinya yang lain untuk membantu kerja-kerja rumah. Tidak lama kemudian Baginda SAW mendirikan solat Maghrib. Kemudian Baginda SAW berehat dan tidur beberapa jam shaja sementara menunggu untuk bangkit solat malam untuk menunaikan solat Isyak dan Qiamul lail sehingga tiba waktu Subuh, walaupun demikian Baginda SAW tidak pernah mengeluh tentang kepenatan dan sebagainya.
Buku : Beberapa Aspek Pemikiran Maryam Jameelah. m/s : 8

No comments:

Post a Comment