Pages

Wednesday, August 18, 2010

Isteri bunuh suami jutawan kerana curang


SURREY - Seorang isteri di Britain sanggup membunuh suaminya yang merupakan jutawan dan peminat kereta Ferrari dengan sebuah tukul, menurut sumber seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun, Sally Challen dilaporkan menjerit: "Saya tidak dapat hidup dengan anda dan saya tidak dapat hidup tanpa mu." Dia kemudian memukul suaminya, Richard bertubi-tubi di rumah mereka yang berharga £1 juta (RM4.9 juta) di sini, England pada Ahad lepas.
Dia kemudian menelefon seorang sepupunya sebelum memandu sejauh 112 kilometer ke sebuah bukit yang terkenal sebagai lokasi bunuh diri dan mengancam untuk membunuh diri. Beberapa anggota polis pergi ke bukit itu selepas mendapat maklumat daripada sepupu wanita tersebut. Anggota-anggota polis berjaya memujuk ibu dua anak itu supaya menyerah diri.
Semasa berdepan dengan pihak polis, Sally mengaku melakukan pembunuhan tersebut. Polis seterusnya memecah masuk kediaman pasangan itu dan menemui mayat Richard sejurus selepas pukul 1 tengah hari waktu tempatan pada Ahad lepas.
Beberapa jiran pasangan itu memberitahu, perkahwinan mereka selama 31 tahun retak pada tahun lalu kerana Richard yang merupakan seorang ahli perniagaan menjalin hubungan sulit dengan beberapa wanita dan kerap mengunjungi pelacur.
Sally dan Richard makan malam romantik pada malam Sabtu lepas untuk cuba menyelamatkan rumah tangga mereka tetapi wanita itu mengamuk pada keesokan harinya apabila mengetahui suaminya yang berusia 61 tahun masih curang.
Wanita itu yang memiliki dua anak, masing-masing dalam lingkungan usia 20-an, akan didakwa kerana membunuh. - Agensi

No comments:

Post a Comment