Pages

Tuesday, August 24, 2010

Fadhilat fakir miskin disisi Allah SWT



http://www.awda-dawa.com/image3/from-5-11-abraat.jpg
Orang kaya tidak akan mendapat 3 kelebihan yang akan diberikan oleh Allah SWT kepada para fakir miskin yang mukmin kepada Allah SWT :
  • Didalam syurga terdapat daripada  yaqut  merah, orang-orang syurga itu melihat tempat itu sama dengan orang dunia jika melihat bintang dilangit, tidak dapat masuk ke tempat tersebut  kecuali Nabi yang fakir atau orang yang mati syahid yang fakir atau seorang mukmin yang fakir.
  • Orang fakir akan  masuk syurga sebelum orang kaya sekadar setengah hari akhirat iaitu sekira lima ratus tahun, mereka bersuka-suka dengan bebas  dan Nabi Sulaiman bin Daud a.s. akan masuk sesudah nabi-nabi yang lainnya sekira-kira empat puluh tahun disebabkan oleh kerajaan yang diberikan Allah s.w.t. kepadanya.
  • Jika orang fakir membaca: Subhaballah walhamdulillah walaa ilaha illalah wallahu akbar dengan tulus ikhlas dan orang kaya membaca perkataan yang sama, maka orang kaya itu tidak dapat mengejar orang fakir meskipun ditambah dengan sedekah sepuluh ribu dirham. Demikian amal-amal kebaikan yang lain-lainnya,  Allah SWT  lebihkan fadhilat ke atas orang miskin.

No comments:

Post a Comment