BANDAR GAZA – Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh menggesa semua umat Islam supaya tidak mengunjungi Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis selagi kawasan itu berada di bawah penguasaan rejim Israel. Menurutnya, pemboikotan itu perlu sebagai tanda protes terhadap pendudukan haram Yahudi di Baitulmaqdis, wilayah yang dianggap sebagai tempat suci bagi umat Islam. “Kami menggesa semua umat Islam tidak ke Masjid Al-Aqsa kerana kunjungan ke sana sepertu mengiyakan pendudukan rejim Zionis,” katanya. Ismail mengeluarkan kenyataan itu dalam ucapannya semasa menerima kunjungan hormat delegasi Misi Konvoi Darat ke Gaza anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Pejabat Perdana Menteri, di G:aza, kelmarin. :Beliau juga menyuarakan rasa terharu dan berbesar hati atas usaha Mapim yang merancang untuk menubuhkan sebuah hospital bagi kanak-kanak di Gaza. :“Kami menyambut segala usaha anda dengan penuh kasih sayang,” katanya. :Konvoi 44 peserta disambut meriah oleh pemimpin Hamas itu dan setiap ahli dihadiahkan cenderahati sebagai tanda terima kasih beliau atas usaha peserta yang berazam membantu membebaskan Gaza. Ismail turut menyampaikan sijil penghargaan kepada dua rakyat Malaysia, wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail dan aktivis, Mustapa Mansor, yang menyertai konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla yang diserang tentera rejim Israel, 31 Mei lalu. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment