Pages

Thursday, August 12, 2010

Bakar hadapi hukum mati

JAKARTA: Polis Indonesia berkata, ulama Islam, Abu Bakar Bashir (gambar) yang ditahan Isnin lalu akan didakwa mengikut undang-undang anti-keganasan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Polis menahan Abu Bakar dan melakukan beberapa siri serbuan yang membawa kepada penangkapan dan pembunuhan beberapa anggota kumpulan militan kerana mereka didakwa merancang untuk membentuk negara Islam radikal. Penemuan kem merekrut anggota militan dalam kawasan hutan di Aceh, di barat Indonesia membuktikan kumpulan baru itu merancang untuk membunuh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan beberapa pegawai kerajaan pada sambutan hari kemerdekaan di Jakarta 17 Ogos depan. Jurucakap polis, Edward Aritonang berkata, polis mempunyai dokumen menunjukkan Abu Bakar, 71, adalah pemimpin atau ‘amir’ kumpulan al-Qaeda Indonesia selain menjadi penaung empat kumpulan militan Islam iaitu Jemaah Islamiah (JI), Jema’ah Ansharut Tauhid (JAT), Kompak dan Negara Islam Indonesia (NII).
Menurut Edward, Abu Bakar memainkan peranan penting dalam kewujudan kem melatih anggota militan dan turut membiaya serta mengarahkan pemimpin JAT mengutip dana bagi pembiayaan kem berkenaan. Abu Bakar juga dikatakan menerima laporan mengenai kegiatan di kem berkenaan termasuk rakaman video secara berkala. Ketua Polis, Bambang Hendarso Danuri berkata, kumpulan itu merancang untuk menyerang ibu pejabat polis, dua hotel dan tiga kedutaan. - Reuters

No comments:

Post a Comment