Pages

Monday, August 23, 2010

94,000 penduduk di China dipindahkan



GAMBAR menunjukkan Sungai Yalu yang melimpah di bandar Dandong kelmarin.


BEIJING - Bencana banjir yang melanda China menyebabkan empat orang terbunuh manakala 94,000 penduduk di utara China di Dandong terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat yang turun menyebabkan tebing sungai Yalu pecah, kata media tempatan semalam.
Hujan terus turun semalam di wilayah tersebut yang bersempadan dengan Korea Utara.
Namun agensi berita rasmi Xinhua melaporkan paras air di sepanjang sungai Yalu dan rangkaiannya yang lain melepasi paras amaran banjir.
Agensi berita Xinhua melaporkan, empat mangsa yang maut itu termasuk satu pasangan berusia 70-an dan seorang ibu serta anaknya selepas rumah mereka dihanyut oleh banjir.
Seorang pegawai dari Jabatan Bekalan Air di Liaoning mengesahkan empat mangsa yang maut itu. - AP

No comments:

Post a Comment