Pages

Saturday, August 21, 2010

58 ikan paus mati di pantai New Zealand

WELLINGTON: Sukarelawan penyelamat ikan paus New Zealand semalam bertungkus lumus untuk menyelamatkan 15 mamalia berkenaan yang terdampar di pantai utara terpencil.
Pasukan penyelamat sebelum itu berkata, 58 ikan berkenaan mati.
Ketua Eksekutif Projek Jonah, kumpulan bantuan ikan paus, Kimberly Muncaster berkata, 15 ikan paus yang masih hidup itu berada dalam keadaan tenat.

“Haiwan itu mungkin terdampar malam kelmarin. Itu yang menyebabkan kebanyakannya mati sebelum ditemui,” kata Carolyn Smith, Pengurus Program Perhubungan Masyarakat bagi Jabatan Pemuliharaan.

Sekurang-kurangnya lima orang bekerjasama untuk membantu menyelamatkan setiap mamalia yang seberat sehingga 1,500 kilogram itu. - Reuters

No comments:

Post a Comment