Pages

Monday, August 9, 2010

5 Orang nabi telah menjadi saksi kepada Allah SWT


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs131.ash2/39889_137671686272716_100000896553662_185476_7979389_n.jpg
Pada hari kiamat Allah s.w.t. akan menolak alasan empat orang dengan empat iaitu:
  • Menolak alasan orang-orang kaya dengan nabi Sulaiman a.s. Jika sikaya berkata: “Kekayaan itulah yang menyebabkan aku sibuk sehingga tidak sempat beribadat.” Maka dijawab: “Engkau tidak lebih kaya dari Sulaiman tetapi kekayaannya tidak melupakan dari iabdat.”
  • Jika hamba sahaya berkata: “Kerana saya sebagai hamba sahaya maka tidak dapat bebas untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah s.w.t. menjawab: “Yusuf a.s. menjadi hamba sahaya tetapi kehambaannya tidak menghalangi untuk melakukan ibadat.”
  • Jika si miskin berkata: “Kemiskinanku itulah yang menghalangi untuk beribadat kepadaMu.” Maka Allah s.w.t. menjawab: “Engkau tidak lebih miskin dari Isa a.s. tetapi Isa a.s. tidak terhalang untuk melakukan ibadat.”
  • Jika terhadap orang yang sakit dengan Nabi Ayyub a.s. Jika sisakit berkata: “Penyakitku itulah yang menghalangi aku untuk beribadat.” Maka Allah s.w.t. menjawab: “Penyakitmu tidak lebih berat dari penyakit Ayyub a.s. tetapi ia tidak terhalang untuk ibadat kepadaKu.”
Sehingga tidak ada alasan bagi orang yang akan beralasan disisi Allah s.w.t. pada hari kiamat. Orang-orang solihin senang dengan penyakit dan kesukaran itu kerana menjadi penebus dosa.

No comments:

Post a Comment