Pages

Thursday, July 15, 2010

Zimbabwe akan jual simpanan berlian


15/7
HARARE – Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menyatakan negara berkenaan akan menjual simpanan besar berliannya walaupun tanpa kebenaran badan kawalan berlian dunia.
Beliau memberitahu para anggota Parlimen kelmarin bahawa penjualan berlian itu berpotensi untuk memulihkan ekonomi sekali gus membayar hutang antarabangsa Zimbabwe yang dianggar mencecah AS$5.5 bilion (RM17.6 bilion).
Terdahulu, Kementerian Perlombongan Zimbabwe menyatakan, ia memiliki stok berlian berharga kira-kira AS$1.7 bilion (RM5.4 bilion) untuk dijual.
Namun, penjualan tersebut tergendala berikutan badan kawal selia berlian dunia, Skim Persijilan Berlian Proses Kimberley tidak membenarkan berlian Zimbabwe dijual di pasaran antarabangsa.
Larangan jualan itu disebabkan terdapatnya dakwaan berlaku aktiviti pembunuhan, pencabulan hak asasi manusia dan rasuah melibatkan beberapa lombong berlian yang ditemui di timur Zimbabwe pada 2006. – AP
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment