Pages

Monday, July 26, 2010

PM Rusia akui temui perisik Rusia



VLADIMIR PUTIN menunggang sebuah motosikal untuk menghadiri pertemuan dengan pemilik-pemilik motosikal besar dekat Sevastopol di Ukraine kelmarin.


FOROS, Ukraine - Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin kelmarin menyatakan beliau telah menemui perisik-perisik Rusia yang diusir dari Amerika Syarikat (AS).
Menurutnya, beliau baru-baru ini berada bersama dengan 10 ejen Rusia itu tetapi enggan menyatakan lokasi dan bila bersama dengan mereka.
Ejen-ejen itu diusir dari AS awal bulan ini dalam satu skandal perisik terbesar sejak Perang Dingin.
"Kita bercakap mengenai kehidupan," kata Putin kepada pemberita di Ukraine.
"Kami menyanyikan lagu What Motherland Begins With dan lagu-lagu lain sepertinya," tambahnya.
Lagu What Motherland Begins With merupakan lagu dari siri televisyen menegenai perisik era Kesatuan Soviet yang mengintip pasukan Nazi di Jerman.
Lagu itu menjadi pilihan pegawai-pegawai perisikan.
Menurut Putin, perisik-perisik itu mempunyai nasib yang malang.
Beliau membuat kenyataan itu dengan merujuk kepada perisik-perisik yang menghabiskan masa bertahun-tahun mengintip di AS.
"Mereka (perisik-perisik itu) perlu melakukan tugas demi kepentingan tanah air selama bertahun-tahun lamanya tanpa mendapat perlindungan diplomatik, sekali gus mendedahkan risiko pada diri mereka dan pihak yang rapat dengan mereka," katanya.
Seramai 10 ejen itu diusir oleh AS sebagai tukaran untuk mendapatkan tiga bekas pegawai perisikan dan seorang pakar senjata yang dipenjarakan di Rusia.
Perisik yang ke-11 berjaya melepaskan diri selepas ditangkap di Cyprus. - AP

No comments:

Post a Comment