Pages

Monday, July 19, 2010

Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane





Dua Rahsia Sulit Terbesar:Harta Karun Knight Templar



Apakah yang ditemui Sauniere di Rennes-le-Chateau??Misteri di lembah persembunyian para Kabbalis dan penyembah syaitan ini dapat dijejak jauh hingga Perang Salib dan Kesatria Perang Salib yang terkenal itu,The Knight Templar.

Beratus tahun sebelum kedatangan Sauniere ke Rennes-le-Chateau,kira-kira 20 tahun selepas Perang Salib Pertama,sembilan kesatria iaitu Hugues de Payens, Geoffrey de St. Omer, Rossal, Gondamer, Geoffrey Bisol, Payen de Montdidier, Archambaud de St. Agnat, Andre de Montbard, dan the Hugh Conte de Champagne
telah bersepakat menubuhkan satu aliran Tentera Salib baru,pada tahun 1118.

Sembilan kesatria ini telah mengadap Baldwin II,raja Baitul Maqdis ketika itu untuk meminta raja Kristian itu membenarkan mereka mengawal dan melindungi para penziarah Kristian dari seluruh Eropah yang datang untuk menziarahi Tanah Suci Baitul Maqdis (Jerusalem).Selepas itu dikatakan mereka terlibat di dalam banyak siri pertempuran dengan orang-orang Islam sehingga peperangan Salib terakhir di Pertempuran Hittin menyaksikan mereka mengalami kekalahan dan segera berundur.Kejatuhan kubu kuat terakhir Tentera Salib di Acre juga memburukkan keadaan memaksa mereka berundur ke Cyprus dan seterusnya ke Eropah.

Pada masa-masa berakhirnya Perang Salib dan tiada peperangan lagi merebut Tanah Suci,para Templar ini nampaknya bermaharajalela dengan kekayaan yang banyak,tidak diketahui dengan jelas dari mana mereka memperolehinya memandangkan mereka telah tewas di tangan orang-orang Islam,mereka telah menubuhkan sistem kapitalis atau perbankan,dan bergerak seperti satu militan yang boleh bertindak bebas dari undang-undang sivil mahupun undang-undang gereja.

Kemudian,pihak gereja Katolik telah mengeluarkan arahan untuk menghapuskan Knight Templar dan menghukum para ahlinya.Grand Masternya,Jacques de Molay dan orang-orangnya telah dibakar hidup-hidup sementara para Templar yang lain bertempiaran lari ke Scotland dan ada yang bersembunyi ke selatan Perancis.

Apakah misi mereka sebenarnya?Mengapa pihak Gereja mengambil keputusan menghukum mereka setelah sekian lama membiarkan mereka berbuat sesuka hati?Apakah yang mereka temui di Baitul Maqdis??

Untuk mengetahui mengapa para Templar dibunuh,kita hendaklah mengkaji apakah ketakutan para Biskup dan paderi Gereja Roman Katolik selama beratus-ratus tahun.Kita juga hendaklah mengkaji peranan 'secret societies' dan hubungan mereka dengan pihak gereja.Mengapa dahulunya para Templar yang hanya berjumlah sembilan orang,miskin dan kekurangan kuda berubah mendadak menjadi kaya raya,tidak seperti aliran Tentera Salib yang lain seperti Hospitallers (St. John) dan Teutonic.

Kita hendaklah membuka peti 'harta' yang dijumpai oleh Knight Tempar ini,yang digelar Tentera Miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman.


Rahsia Para Templar





SEbelum itu mari kita lihat beberapa pendapat dari pelbagai kajian oleh cendekiawan Timur dan Barat tentang apa yang ditemui para Templar di Jerusalem

*Para Templar telah menemui kitab sihir yang disembunyikan Nabi Sulaiman a.s hasil rampasan baginda ke atas golongan Bani Israel yang mengamalkan sihir.
*Para Templar telah menemui ajaran-ajaran dan kitab Kabbalah.
*Para Templar telah menemui True Cross,Holy Grail dan 'relics' yang lain lantas menyembunyikannya dari pengetahuan gereja.
*Para Templar telah menemui bukti yang mengatakan Nabi Isa a.s telah berkahwin dan meninggalkan zuriat.
*Para Templar telah menemui kuburan Nabi Isa a.s
*Para Templar telah menemui kuburan Maria Magdalena,dan memindahkannya ke Eropah.
*Para Templar telah menemui ajaran suci Islam lantas memeluknya.

Ada satu pendapat yang dikemukakan oleh beberapa cendekiawan Barat dan Islam tentang rahsia yang ditemui oleh Knight Templar.Pendapat ini jika dipadankan dengan sejarah gereja,'secret societies' dan Knight Templar itu sendiri akan menemui keserasian dan hampir menyelesaikan teka-teki penemuan Sauniere di Rennes-le-Chateau.

Pendapat mengatakan Knight Templar memeluk Islam adalah pendapat yang agak ekstrem,kerana jika Knight Templar kesemuanya memeluk Islam,pasti ada sumber sejarah,kalau pun sumber Kristian menafikannya,pasti ada sumber sejarah Islam mengesahkannya.Knight Templar adalah tentera Salib yang banyak membunuh orang awam Islam,Yahudi mahupun Kristian yang bersembunyi di gereja.Jadi tentera-tentera Islam banyak menghapuskan mereka dalam peperangan disebabkan sifat zalim mereka yang melampau.Walaupun di dalam peperangan besar seperti Hittin misalnya,Knight Templar ada ditawarkan untuk memeluk Islam,hanya sedikit sahaja yang menerimanya.Dan perlu diingat,ketika kekalahan Tentera Salib di Pertempuran Hittin,para Templar yang berkubu di sepanjang Syria dan Cyprus bertempiaran lari balik ke Eropah selepas mengetahui Tentera Salahuddin akan mengejar mereka.

Sebelum kita menyiasat rahsia para Templar,kita ikuti sejenak situasi peperangan terbesar dan terdasyat di antara Tentera Salib dan Tentera Islam (suasana peperangan inilah yang menginspirasikan situasi perang antara tentera Aragon dan Sauron dalam The Lord of The Rings) iaitu Pertempuran Hittin,di mana para Templar turut serta di dalamnya.


Pertempuran Agung Hittin 1187




Pertempuran Hittin atau Hattin yang meletus di sebuah tempat berdekatan Tiberias kini dalam wilayah Israel. Kawasan tersebut turut dikenali sebagai "Tanduk Hattin" kerana terdapat 2 buah bukit berdekatan tempat tersebut. Pertempuran antara tentera Islam dan angkatan Salib Eropah berlangsung di tempat pada hari Sabtu, 4 Julai 1187.

Angkatan Salib yang menguasai Baitul Maqdis bertindak menghalang kemaraan tentera Islam dinasti Ayyub di bawah Saladin (Sultan al-Nasir Salahuddin al-Ayubi). Tujuan tentera islam menyerang kerana kebiadaban angkatan Salib yang melanggari perjanjian gencatan senjata dan bertindak menyerang, merompak dan membunuh rombongan haji umat Islam yang menuju ke Makkah.

Latar belakang Perang Hittin

Guy Lusignan menaiki takhta sebagai pemerintah Kristian Baitul Maqdis pada tahun 1186 kerana beliau mengahwini Sibylla. Hal ini terjadi selepas kematian anak lelaki Sibylla yang bernama Baldwin V merupakan pewaris tetap kerajaan Kristian Baitul Maqdis. Sibylla berkahwin dengan suami pertamanya William dari Montferrat.

Pada masa itu kerajaan Kristian Baitul Maqdis dibahagikan antara “kumpulan mahkamah” yang dipimpin oleh Guy dan Sibylla serta pendatang baru dari kalangan negara Eropah lain seperti Raynald Chatillon, Gerard Ridefort dan Knights Templar. Kumpulan kedua pula dikenali sebagai “kumpulan pertuanan” yang diketuai oleh Raymond III dari Tripoli yang merupakan raja muda bagi pewaris Baldwin V. Kumpulannya telah bangkit menentang pewarisan Guy yang tidak diiktiraf oleh mereka.

Raymond III dari Tripoli yang melihat bahawa beliau adalah pewaris utama di kalangan bangsawan yang paling layak memegang takhta tersebut bergegas ke Baitul Maqdis untuk membuat bantahan kepada Guy dan Sibylla. Raymond III yang menentang arus melalui bahagian atas Lembah Sungai Jordan menuju ke Tiberias bagi menghalang Guy yang ingin mengepung Tiberias.

Kemaraan Guy tersebut dianggap satu pencerobohan dan situasi menjadi tegang hingga hampir mencetuskan peperangan terbuka di antara Raymond dan Guy. Guy yang hendak mengepung Tiberias secara sengaja sedangkan sebuah kubu pertahanan adalah di bawah penguasaan Raymond III melalui isterinya iaitu Eschiva, puteri Galilee. Namun perang tersebut berjaya dihalang melalui campur tangan oleh penyokong Raymond iaitu Balian dari Ibelin.

Sementara itu juga wilayah-wilayah Islam di sekitarnya pernah bersatu sepanjang tahun 1170-1180 oleh Saladin. Saladin telah dilantik sebagai gabenor Mesir pada tahun 1169 dan tidak lama kemudian beliau dilantik sebagai Sultan. Pada tahun 1174, beliau berjaya menguasai kota Damsyik, kuasanya meluas ke kota Aleppo (Halab) pada tahun 1176 dan seterusnya ke kota Mosul pada tahun 1183.

Buat pertama kali, wilayah Kristian Baitul Maqdis sedang dikelilingi oleh wilayah Islam yang berjaya disatukan di bawah seorang pemerintah Islam. Angkatan Salib berjaya mengalahkan pasukan tentera Saladin dalam pertempuran Montgisard berdekatan Ramlah, Palestin pada tahun 1177. Pada awal tahun 1180-an kedua belah pihak menandatangani perjanjian damai. Namun perjanjian tersebut dikhianati oleh pasukan Kristian bawah pimpinan Raynald yang menyerang jemaah haji Muslimini dan beliau sendiri bertindak mengancam untuk menyerang Makkah dengan pasukannya.

Apabila Guy menjadi raja, Raymond membuat satu perdamaian berasingan dengan Saladin, dan pada 1187 beliau telah membenarkan Sultan menghantar askarnya di bahagian utara wilayahnya. Pada masa yang sama, satu pasukan diplomatik telah dihantar dari Baitul Maqdis ke Tripoli bagi membuat rundingan penyelesaian antara Raymond dan Guy. Pasukan diplomatik ini telah ditewaskan dalam pertempuran Cresson pada 1 Mei 1187, oleh satu pasukan kecil di bawah pimpinan al-Afdal iaitu anak Saladin. Raymond segera berdamai dengan Guy dan berusaha mengumpulkan keseluruhan tenteranya untuk berarak ke utara untuk bertemu dengan tentera Saladin.

Selepas keadaan kembali tenang, Raymond dan Guy bertemu di Acre (Akka) dengan gerombolan angkatan tentera Salib yang lebih besar. Menurut beberapa sumber dari Eropah ia mengandungi 1,200 orang kesatria dalam bilangan pasukan berkuda yang ringan dan berkemungkinan mengepalai lebih 10,000 askar pejalan kaki.
Bilangan itu tidak termasuk pasukan pemanah upahan daripada armada dagang Itali yang sering memberikan bantuan kepada angkatan perang Salib serta sejumlah besar askar upahan yang mencari wang termasuk etnik Turk Byzantin di bawah dana derma oleh Henry II dari England. Pasukan yang turut sama menyertainya adalah peninggalan pihak Salib yang dipimpin oleh Uskup Acre (Rahib Kristian Akka, Syria) yang berada di situ sebagai ganti kepada Patrik (Patriarch) Heraclius yang sedang sakit.




Pada 2 Julai, Saladin yang cuba menjerat Guy telah menggerakkan tenteranya keluar dari Saffuriya (Sephoria) pada musim bunga dan secara peribadi mengetuai satu pengepungan kubu milik Raymond di Tiberias. Manakala angkatan tentera Islam utama masih kekal berada
di Kafr Sabt. Angkatan Salib yang berada di barisan hadapan pasukan Tiberias cuba untuk 'membayar' Saladin agar mengundurkan pasukan tenteranya. Beliau enggan menerimanya dan menyatakan kepada mereka,

"Apabila sesebuah rakyat itu mulai menyedari bahawa mereka hanya mempunyai lawan yang satu. Sesiapa pun tidak boleh menjerat atau menipu mereka, malah mereka tidak akan cepat berpuas hati dengan penghormatan (pangkat) yang cuba diberikan. Jika itu berlaku, mereka akan takut terjadinya perang yang mungkin mengorbankan diri mereka dan mereka akan meminta sebahagian harta tersebut untuk diri mereka... tetapi hamba yang ikhlas berkhidmat pasti menghunuskan pedang bagi memisahkannya di antara mereka."
Kubu tersebut jatuh pada hari yang sama. Sebuah menara pertahanan Kristian berjaya dirobohkan dan apabila tenteranya bertempiaran lari, askar-askar Saladin menyerbu dan membunuh askar Kristian yang masih bertahan dan menawan sebahagian besar daripada mereka sebagai banduan. Isteri Raymond iaitu Eschiva yang masih bertahan telah dikepung di dalam kubu pertahanannya. Sewaktu mereka bersiap untuk menggempur kubu pertahanan terakhir itu, berita telah diterima oleh Saladin bahawa Guy sedang menggerakkan angkatannya tenteranya ke bahagian timur sebagai umpan.

Keputusan Guy untuk meninggalkan benteng pertahanannya sebagai satu usaha menyelamatkan dan mempertahankannya adalah satu hasil perbincangan para panglima perang Salib pada malam 2 Julai. Walaupun ada laporan yang telah diputuskan pada mesyuarat ini merupakan pandangan berat sebelah akibat persengketaan peribadi antara pemerintah angkatan Salib. Ini memperlihatkan bahawa Raymond sendiri terpaksa melaksanakan satu ekspedisi tentera yang digerakkan dari Acre ke Tiberias yang tidak sepatutnya dilakukannya di saat genting tersebut.
Namun taktik Saladin ini amat bertepatan dengan apa yang beliau mahukan. Manakala kota Sephoria adalah satu kedudukan yang begitu kukuh bagi pihak tentera Salib mempertahankannya dan amat sukar untuk dikalahkan oleh tentera Islam yang dipimpin oleh Saladin.

Tambahan pula, Guy tidak sepatutnya bimbang tentang pertahanan kota Tiberias kerana Raymond menguasainya secara peribadi dan bersetuju untuk meninggalkannya demi keselamatan negerinya yang lebih luas. Sebagai respon untuk hujah ini, walaupun perdamaian
sesama mereka berlangsung dalam situasi genting ini dan dilihat pihak kumpulan mahkamah yang diketuai Guy lebih dominan dalam arena politik saat itu, maka Raymond telah dianggap pengecut oleh Gerard dan Raynald.
Impak dari keputusan tersebut membuatkan Guy bertindak merancang serangan pantas terhadap pihak Saladin. Guy mengarahkan kepada pasukan tenteranya agar mara untuk menentang angkatan tentera Saladin di Tiberias. Apa yang telah dirancang oleh Saladin dengan begitu teliti telah menjadi. Saladin merancang agar pertempuran terbuka dengan pihak angkatan Salib adalah lebih mudah daripada mengalahkan mereka yang berada dalam kubu pertahanan yang kukuh.

Pertempuran

Angkatan Salib yang bergerak dari kubu kota Sephoria pada 3 Julai di bawah pimpinan Raymond yang berada di barisan paling hadapan bersama Guy, Balian, Raynald serta para panglima perang Salib. Pasukan besar itu sentiasa berada di bawah pantauan berterusan daripada askar peninjau berkuda Islam. Pada tengah hari pada hari itu, tentera Salib yang baru sampai ke sebuah kampung di Turan sejauh enam batu (10 km) daripada Sephoria. Di sini, menurut Saladin,
"Burung-burung helang dari infantri Salib dan helang pasukan berkuda mereka bakal mengepak-ngepak di sekeliling air (kerana kehausan)."
Tempat tersebut masih berada sejauh batu sembilan (14 km) dari kota Tiberias. Oleh itu, dengan hanya satu setengah hari perjalanan sebarang percubaan untuk meninggalkan sumber air ini pasti membawa kemusnahan bagi mencari objektif lain pada hari yang sama. Situasi genting begini bakal mengundang serangan tentera Saladin pada bila-bila masa sahaja.

Apabila Saladin tiba selepas mengambil alih sepenuhnya kota Tiberias dan selepas tentera Salib bersiap meninggalkan perkampungan Turan kedua belah pihak bertemu. Tentera Islam memulakan serangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Saladin menghantar dua sayap
tenteranya menggempur pasukan tentera Salib dan berjaya merampas perkampungan Turan dan mampu menyekat pengunduran angkatan Salib secara menyeluruh. Taktik ini akan memberikan Saladin kemenangan dalam pertempuran yang lebih besar.
Dalam pertempuran yang masih berlangsung berikutnya, barisan belakang angkatan Salib terpaksa berhenti oleh serangan bertali arus oleh tentera Saladin. Serangan beterusan itu mengakibatkan mereka terpaksa menghenti-hentikan pengundurannya hingga keseluruhan tentera Kristian berada di dataran tinggi. Mereka terpaksa bertahan dan membina kem sementara yang terkepung di dataran tersebut oleh tentera Islam. Mereka dalam keadaan tertekan kerana tidak mempunyai bekalan air ataupun sebarang harapan untuk menerima bekalan bantuan makanan atau ketenteraan.

Behe al-Din meringkaskan dalam catatannya mengenai keadaan tentera Salib yang semakin tertekan: "Mereka seolah-olah berada dalam satu gelung, sambil tetap terus berkawat seolah-olah mereka menantikan kematian yang mereka boleh lihat sebelum kejadian itu berlaku ke atas diri mereka. Apa yang pasti bagi mereka ajal maut dan kemusnahan bakal menimpa diri mereka dan mereka sememangnya sedar bahawa hari berikutnya itu mereka pasti akan melawat terlebih dahulu di kuburan mereka."

Pada pagi 4 Julai, tentera Salib telah dikaburkan oleh asap-asap unggun bakaran oleh askar Saladin yang cuba menambah lagi kesengsaraan tentera Salib yang kelaparan dan kehausan. Dalam situasi kekalutan tersebut, pasukan berkuda Islam membuat serangan dengan memanah mereka dengan 400 muatan anak-anak panah yang telah disiapkan sepanjang malam tersebut. Gerard dan Raynald yang tidak keruan menasihatkan Guy untuk membentuk pasukan penyerang dan terus melakukan serangan balas sebagaimana yang dibuat oleh abang Guy iaitu Amalric II.
Raymond memimpin bahagian pertama bersama-sama dengan Raymond dari Antioch iaitu anak lelaki kepada Bohemund III dari Antioch. Manakala Balian dan Joscelin III dari Edessa membentuk barisan pertahanan di garisan belakang. Sedang persiapan telah diatur rapi, lima
daripada kesatria Raymond III telah berpaling tadah kepada Saladin. Mereka memberitahu kepadanya bahawa pihak Kristian berada dalam keadaan ketakutan di khemah mereka menantikan serangan. Situasi penuh dahaga di bawah bahang panas mentari yang semakin terik, semakin mematahkan semangat pihak angkatan Salib.

Beberapa pasukan mula mengatur langkah dengan kelompok yang berpecah-pecah untuk mencari mata air di sekitar medan Hittin. Malangnya, pasukan yang kecil-kecil dan berpecah daripada pasukan besar dengan mudah diserang oleh tentera Saladin dan menghalang mereka membuka laluan dan membuat operasi pengunduran ke kawasan yang lebih selamat.

Keadaan semakin gawat ini telah memaksa Raymond melancarkan dua operasi besar sebagai satu percubaan untuk menerobos ruang untuk mendapatkan bekalan air di laut. Saat genting ini dia 'hampir' berjaya disekat dari pasukan tentera utamanya dan terpaksa berundur semula.
Langkah paling mudah bagi infantrinya ini adalah dengan bergerak ke kawasan 'tanduk' Hittin yang lebih tinggi. Guy terus mencuba dengan melemparkan khemah-khemahnya bagi menghalang pasukan berkuda Islam menghampiri pasukan mereka.
Namun, infantrinya tanpa sebarang perlindungan tidak berjaya menghalang serangan pasukan berkuda Islam itu, ditambah dengan pasukan pemanah Islam yang terus menerus menyerang posisi mereka.

Tentera Salib berundur ke Tanduk Hittin

Kedudukan mereka yang kian terkepung walaupun telah mencuba beberapa operasi serangan balas pada kedudukan Saladin. Namun, mereka dapat juga dikalahkan pada akhirnya. Saksi dalam situasi ini dinyatakan oleh anak lelaki Saladin sendiri bernama al-Afdal. Kenyataan beliau telah dipetik oleh Ibn al-Athir:

"Apabila raja mereka (Guy) sampai ke bukit bersama pasukannya itu, mereka telah melancarkan satu serangan ganas kepada tentera Islam. Situasi ini memaksa mereka untuk bersama-sama berundur ke posisi ayahanda saya (Saladin). Saya melihat ke arahnya dan dia memusingkan wajahnya yang tidak keruan dalam keadaan pucat sambil memegang janggutnya.... Kemudian tentera Islam menyusun semula pasukan dan kembali membalas serangan kepada angkatan Salib yang bertahan di kawasan berbukit."

"Apabila saya melihat mereka berundur dan tentera Islam mengejar mereka, saya menjerit dalam kegembiraan: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Tidak lama kemudian pihak tentera Salib sekali lagi membuat serangan balas sebagaimana mereka telah melakukannya sebelum ini. Pasukan tentera Islam kembali mundur hingga sampai ke barisan yang diduduki ayahanda saya. Kemudian pasukan Islam menyerang semula ke atas pasukan mereka dan memaksa mereka kembali ke kedudukan mereka di atas bukit. Saya menjerit sekali lagi: "Kita berjaya mengalahkan mereka." Ayahanda saya berpaling kepada saya seraya berkata: "Lebih baik diam! Kerana kita tidak akan dapat mengalahkan mereka sehingga khemah itu (Guy) tumbang." Sebaik sahaja Saladin bercakap sedemikian, khemah merah yang diduduki oleh Guy telah pun berjaya dirobohkan."

Kesemua pihak pemerintah Salib yang berada di situ berjaya ditangkap dan sebilangan lagi terbunuh dalam pertempuran tersebut. Apa yang jelas, daripada catatan sejarah melaporkan bahawa Guy, abangnya Amalric II, Raynald, William V Montferrat, Gerard de Ridefort, Humphrey IV Toron, Hugh Jabala, Plivain Botron, Hugh Gibelet, dan sebahagian lagi berjaya ditawan. Berkemungkinan hanya 3,000 orang tentera Kristian yang terselamat dalam pertempuran tersebut daripada 20,000 orang. Raynald dibunuh sendiri oleh Saladin kerana dengan biadab mengaku menyerang dan mengkhianati perjanjian yang dimeterai dengan pihak kerajaan Islam.

Pada hari Ahad bersamaan 5 Julai Saladin menuju ke arah Tiberias dalam enam batu (10 km) dari situ. Sewaktu di sana, Eschiva secara sukarela menyerah diri dan kubu pertahanannya. Beliau telah dilepaskan pergi ke Tripoli dengan semua ahli keluarganya, pengikut, dan hamba miliknya.

Pada Isnin bersamaan 6 Julai, dua hari selepas pertempuran itu pasukan Saladin berjaya menangkap Kesatria Templar dan Hospitaller. Mereka ditawarkan untuk memeluk Islam, menurut Imad al-Din, hanya segelintir sahaja yang menerimanya. Walaupun mereka yang menganutnya hanya segelintir namun mereka menjadi seorang Islam yang baik akhlaknya.


Knight Templar dan 'Secret Societies'



Pendapat popular tentang Knight Templar ialah kaitan mereka dengan 'secret societies' seperti Freemason dan Priory of Sion.Priory of Sion mungkin nama komersil yang digunakan,tetapi sebenarnya ia membayangi satu lagi kelompok rahsia yang benar-benar wujud,iaitu Rosicrusian.Kaitan di antara para Templar dan Freemasonry amat menarik sehinggakan terdapat darjat dan lodge di dalam Freemasonry didedikasikan kepada nama Knight Templar.Siapakah sebenarnya Knight Templar ini?Apa hubungan mereka dengan Freemasonry?

Kata kunci kepada Knight Templar dan Freemasonry tidak boleh tidak adalah,KABBALAH.

Sebenarnya,Knight Templar adalah satu lagi 'secret societies' yang ditubuhkan untuk satu misi rahsia di Jerusalem (Baitul Maqdis).Mereka bukanlah baru belajar dan mengetahui tentang ajaran sesat Kabbalah selepas Perang Salib,tetapi merekalah para rahib Kabbalah dari kalangan orang-orang Eropah yang menyertai kultus penyembah Iblis.'Kuil Sulaiman' yang dicantumkan ke dalam nama rasmi mereka Pauperes commilitones Christi Templique Salomonis,atau "Poor Fellow-Soldiers of Christ and the Temple of Solomon" adalah berkait rapat dengan organisasi kelompok rahsia mereka.'Kuil Sulaiman' bukanlah identiti orang-orang Kristian jika hendak membincangkan Holy Land.Lebih meyakinkan jika mereka meletakkan nama seperti Church of the Holy Sepulchre atau Jesus's Tomb atau True Cross jika hendak mengaitkan destinasi bagi tujuan misi mereka.'Kuil Sulaiman' adalah lebih dekat dengan orang-orang Yahudi,yang mengimpikan Solomon' Temple mereka dapat dibina kembali di atas runtuhannya yang beberapa kali dimusnahkan oleh raja-raja yang menjajah mereka seperti Nebuchadnezzar dari Kerajaan Babilon dan Titus dari Kerajaan Rom.'Kuil Sulaiman' adalah salah satu lambang dalam Freemasonry,dan memang tujuan mereka untuk merampas Holy Land bagi melaksanakan agenda tersembunyi mereka.Tetapi ada satu misi terahsia Knight Templar dan misi ini bercampur baur antara kehendak gereja dan kelompok rahsia yang berusaha untuk mengawal gereja.Untuk memilih 'kunci' yang tepat bagi membuka peti harta Knight Templar ini,kita juga mestilah mengkaji sejarah gereja dan apa yang menakutkan mereka selama ini.

Gereja Roman Katolik adalah sebuah institusi Kristian yang mempercayai prinsip-prinsip Kristian yang termaktub secara rasmi setelah Persidangan Nicea.Sebenarnya di dalam dunia Kristian,terdapat beberapa lagi institusi selain Katolik seperti Gereja Ortodoks,Gereja Protestan,Gereja Mormon,Gereja Timur dan Gereja Koptik Mesir.

*Gereja Ortodoks Rusia

Tetapi Gereja Roman Katolik adalah aliran yang dominan dan majoriti dalam dunia Kristian.Gereja Roman Katolik umumnya terkenal dengan kepercayaan Trinitinya iaitu mempercayai Nabi Isa a.s adalah sebati dengan Tuhan dan beliau juga adalah salah satu dari tiga entiti 'Tuhan' (Triniti) selain Tuhan Bapa dan Roh Kudus.Ini adalah kepercayaan pokok dalam Kristian aliran Katolik.Sejak beratus tahun Paus dan para Biskup mempertahankan kepercayaan ini dengan melancarkan pelbagai 'Perang Salib' seperti Perang Salib Albigensian ((1208-1229), oleh Paus Innocent III,Pengepungan Cathar di Montsegur 1243 dan lain-lain termasuk Perang Salib yang 'teragung' menentang orang-orang Islam.

Persoalannya adakah kepercayaan Triniti sebenarnya adalah ajaran Nabi Isa a.s atau satu ajaran lain yang diada-adakan?Ini adalah satu misteri yang kadangkala tidak dapat dijawab oleh paderi sendiri.Kerapkali jawapan yang diberi,ia tertulis dalam Bible.Adakah benar-benar ia wahyu datang dari Tuhan?Adakah Bible benar-benar menuliskannya begitu sejak dari era Jesus dan para sahabatnya?Adakah Bible (Bible yang dipakai oleh Gereja Katolik sekarang) itu sendiri adalah Bible yang asal,yang ada di tangan Nabi Isa a.s dan para Hawariyyun?? SEBENARNYA TERDAPAT BANYAK LAGI BIBLE YANG LAIN,seperti Didache,Barnaba,Thomas dan Mathias (sekadar menyebutkan beberapa nama).Bible yang lain ini dianggap palsu,menyimpang,tidak asli atau dongeng.Mereka menggolongkannya ke dalam istilah seperti Gnostik atau Apocrypha.Bible yang diiktiraf ialah empat Bible yang ditulis oleh Matthew, Mark, Luke, John;digelar Canonical Bible atau Injil Kanonik.SEbenarnya Bible yang empat itu bukanlah yang asli,malah ia adalah tulisan kompilasi oleh penulis-penulis Injil itu sendiri.Bible yang dijadikan rujukan Bible yang empat itu asalnya bertulisankan Greek dan bukannya Aramaik (iaitu bahasa Nabi Isa dan para sahabatnya).Dimanakah kitab-kitab Injil yang berbahasa Aramaik itu pergi??Setidak-tidaknya berbahasa Yahudi (Hebrew/Ibrani)??PADA UMUMNYA TIDAK ADA PADA HARI INI.Bible ditulis dalam banyak bahasa dan penafsiran yang pelbagai.Tidak ada satu pun Bible yang tertulis seperti mana asalnya ditangan Nabi Isa a.s atau para sahabatnya itu sendiri.Tidak seperti AlQuran,AlQuran pada hari ini adalah AlQuran 1400 tahun dahulu,tidak berubah ayat atau makna sedikit pun.Kita perlu belajar sejarah Bible,untuk menghidu ketakutan para paderi Katolik seterusnya mencari kunci yang sesuai untuk membuka peti harta karun Knight Templar.


Sejarah Bible




(Dalam perbincangan dibawah kadangkala Nabi Isa disebut 'Jesus' secara bergantian)

Bible atau Kitab Perjanjian Baru adalah suatu Kitab Greaco (Yunani),
dialek Koine, yang dikarang dan ditulis di luar Palestin;
jadi bukannya dalam bahasa Aramaik yang digunakan dan
difahami di Palestin pada masa itu oleh Nabi Isa a.s,
para Hawariyyun dan awam.

Sebenarnya Perjanjian Baru tidak merupakan suatu Kitab, tapi
hanya karangan-karangan, surat-surat kiriman dan
catatan-catatan terpisah dalam bahasa Yunani dan Aramaik
hingga menimbulkan beraneka tafsir yang bertentangan;
terutamanya sekitar entiti Jesus,dan bukan
ajarannya.

Contohnya,surat-surat dari Paulus ditulis antara tahun 50 M
dan 54 M (semua tahun selepas ini adalah dalam Masehi)
dari Korintus dan Epesus kepada orang-orang
Tesalonika, orang-orang Korintus, orang-orang Galatia dan
orang-orang Rom. Pada tahun 58 dari Rom kepada orang Pilipi
dan Kolose. Pada tahun 65 surat kepada orang-orang Ibrani
(katanya oleh Paulus). Pada tahun 75 disiarkan bentuk awal
Injil karangan Markus. Pada tahun 79 disiarkan Injil Matius.
Pada tahun 90 Synode di YAMNIA mengakui Kitab Suci Yahudi,
iaitu Wasiat Yang Lama menurut tradisi (orang Yahudi
Diaspora). Pada tahun 95 disiarkan Kitab Wahyu. Pada tahun
105 disiarkan Kitab Kisah Perbuatan Rasul-rasul karangan
Lukas yang terdiri dari 2 jilid dan kemudian dijadikan satu
karya. Terdorong oleh Kitab Kisah Rasul-rasul tersebut,
mungkin juga dimulai oleh Gereja Epesus, dihimpunlah pada
tahun 110 surat-surat kiriman Paulus.






Muqadimah penyusun ditulis atas nama Paulus, oleh kerananya kemudian disebut
Surat kepada orang Epesus. Pada tahun 115 disiarkan Surat
Yang Pertama dan Kedua kepada Timotius dan Titus atas nama
Paulus, dan barangkali juga dalam tahun itu Surat yang
Pertama dari Yohanes. Pada tahun 117 mungkin disiarkan Surat
Yang Kedua dan Ketiga dari Yohanes- Pada tahun 135 disiarkan
Injil karangan Yahya dan Surat dari Barnabas. Antara tahun
145 hingga 155 terdapat banyak tulisan suci yang tak
diketahui atau diragukan pengarangnya dan yang kemudian
disisihkan, disingkirkan (APOCRYPHA). Bahasa dari aneka
tulisan-tulisan di atas adalah dalam bahasa Greaco dan/atau
dalam bahasa Aramaik, hal yang menimbulkan perbedaan tafsir,
faham dan keyakinan antara para Biskup Barat dan Timur.

Oleh karena permusuhan yang timbul dan perbedaan keyakinan
sebagaimana terurai di atas, terasa perlu benar oleh Emperor
Constantine I demi ketenteraman untuk menyelenggarakan suatu
persidangan, yaitu suatu ECUMENICAL COUNCIL (yang pertama kali)
pada tahun 325 di NICAEA (kini Isnik di Istanbul). Kemudian
banyak lagi council atau synode menyusul; yang "Ecumenical"
jumlahnya hingga tahun 1869 ada 20 atau 21 kali.

Gereja Timur Ortodox Yunani mengakui 7 yang pertama (dari
tahun 325 s/d 787), dan Gereja Roman Katolik mengakui 14
Ecclesiastical/Ecumenical Council dari yang pertama. Council
Nicaea dihadiri oleh 220 Biskup dari Barat dan Timur. Yang
dibicarakan hanyalah soal-soal mengenai lman, Kebaktian, dan
sebagainya. Yang terpenting adalah soal Ke-Esaan Tuhan
menurut faham Yahudi dan Syirk, yaitu kepercayaan Goyim
(yakni bukan-Yahudi, maksudnya Hellenisme dan aneka mytology
bangsa-bangsa Jahiliya), dan kemudian antara Unitarian dan
Trinitarian

Paulus yang berbicara bahasa Yunani dan tidak faham Aramaik,
mengakibatkan ia memberi bentuk baru pada ajaran Yesus yang
mudah dan indah dengan memasukkan aneka unsur gnostik,
hal-hal ajaib dan mistik dari agama dan kebudayaan Yunani Kuno
(Hellenisme); seperti misalnya soteriology-faham pembebasan
penebusan dosa. Sistesis inilah yang kemudian menjadi
pertengkaran antara paderi-paderi di mana pelbagai gereja
(Paulinisme) ke luar sebagai pemenang.

Menurut theolog A. Powell Davies dalam bukunya "The First
Christian," terbitan "The New American Library" - A Mentor
Book:

"Paul reshaped the faith of the early Messianic believers into a gospel of salvation for the Gentiles."

Paulus dibenci oleh Ummat Yahudi sebagai pengkhianat bangsa,
dituduh oleh orang-orang Rom sebagai pengkhianat
Kekaisaran dan tidak dipercaya lagi, baik oleh para Hawariyyun
maupun orang suci; tetapi ia merupakan seorang yang
menentukan perkembangan ajaran Gereja-gereja.

Semula anggota Timur lebih banyak, kemudian anggota Barat
lebih banyak pada pelbagi majlis atau Synode dan untuk
beberapa waktu keputusan-keputusannya tidak diterima oleh kedua
belah pihak.

Pada tahun 341 dalam suatu perjumpaan di Antioch (Antakia)
Monotheisme diterima, dan kembali jadi agama rasmi sebagai
tafsir yang benar dari Iman Nasrani. Pendapat ini dikuatkan
oleh suatu majlis pada tahun 351 yang terjadi pada masa
Paus St. Julius I (337 - 352).




Paus Honorius I (625 - 638) menolak faham Triniti. Pada
tahun 680, jadi setelah kematiannya, beliau di-anathema (yakni
dilaknat) dalam suatu majlis di Konstantinopel. Photius,
Biskup Sirmium, diturunkan kerana menolak Ketuhanan Jesus di
Konstantinopel pada tahun 869

Ada Paus dan Kaisar yang menganut faham Keesaan Tuhan,
tetapi ada juga yang menganut faham Trinitas. Para Biskup
yang menolak Trinitas dianiaya, dipenjarakan, dibuang,
dibunuh dan lain sebagainya; perpustakaannya, aneka
manuskripnya dibakar habis, apalagi yang berbahasa Aramaik.
Hal ini sama dengan buku-buku ilmu lain yang berbahasa atau
berhuruf Arab yang dijadikan abu ketika orang-orang Spanyol
menang atas kaum Muslimin di semenanjung Iberia pada abad
ke-XIV dan ke-XV. Asli dari pada Septuaginta, Kitab Ezra,
Talmud, dan bergerobak-gerobak kodex yang berisi
Monotheisme dibakar habis. Begitu pula jika penganut
Unitarian menang, dimusnahkan segala yang menyebut
Trinitaran. Sedikit yang ada kini adalah sisa-sisa dari
salinan-salinan.

Antara yang lolos selamat adalah Injil karangan Barnabas,
seorang Hawariyyun yang monotheist dan yang menubuatkan
kedatangan Nabi Muhammad S.A.W.; Injil ini pada tahun 383
oleh Paus St. Damasus I (366 - 384) disimpan di perpustakaan
peribadinya.

Toland berkata dalam bukunya "MISCELLANEOUS WORKS" yang
diterbitkan pada tahun 1747, Juz I halaman 380, bahwa Injil
Barnabas masih ada. Dalam Bab XV disebut bahwa GLASIAN
(Gladian) DECREE tahun 496 memasuki "Evangelium Barnabe" ke
dalam daftar buku-buku yang terlarang dibaca. Sebelumnya
Paus Innocent telah mengharamkan pada tahun 465; juga
keputusan Gereja-gereja Barat pada tahun 382. Tidak disebut
apakah Injil Barnabas yang asli itu tertulis dalam bahasa
Aramaik atau Yunani.


Khutbah Nabi Isa a.s di Bukit (The Sermon on the Mount)



Ada dua saduran dari ucapan ini, satu di Kitab Injil
karangan Matius dan yang satu lagi di Kitab Injil karangan
Lukas. Kedua saduran ini tidak sama. Periksa dan
bandingkanlah MATIUS 5, 6 dan 7 dan LUKAS 6: 17 - 49.

Sebagaimana diketahui Jesus berbahasa Aramaik, dan naskah
ajarannya dalam bahasa ini sudah tidak ada lagi, dan menurut
para sarjana tidak mungkin ditemukan lagi. Dapat dikatakan
bahwa naskah itu adalah Injil Jesus yang asli, yang
tersimpan oleh saudaranya seibu, Yakub, Ketua Jemaah, di
mihrab Masjid Al-Aqsa di Jerusalem. Pada tahun 62 Yakub
terbunuh atas perintah Ananas, Imam Besar Yahudi.
Pemberontakan (67-70) melawan orang Rom berakhir dengan
dibumiratakannya Jerusalem.




Perlu ditekankan bahwa pengikut sejati dari ajaran Jesus ini
adalah dari pada Bani Israil (Yahudi). Mereka dinamakan
"Nazoreans (Nazarenes, Nasarah)" taat kepada syari'at Nabi
Musa a.s., percaya bahwa Jesus, putera gadis Mariam a.s.,
adalah Al-Masih. Mereka merupakan suatu jemaah, suatu aliran
tasawuf yang mirip sekali, menurut hasil penyelidikan Dead
Sea Scrolls, dengan tarekat kaum Essenes. Mereka tidak
bergereja dan bukan Kristian, bahkan dikafirkan kemudian oleh
kaum mualaf (yang baru memeluk) Nasrani yang mendewakan Yesus laksana "Penebus
Dosa."

Kitab Injil dikatakan (kerana tiada bukti) karangan
Matius tersiar kira-kira pada tahun 79. Matius (Ibrani:
Mattihyah; artinya "anugerah Ilahi"), putera dari Alpius,
seorang Yahudi yang berbahasa Aramaik (semula pemungut cukai
dari Kapernaum) adalah hawari (discipel) dari Jesus.
Autograph dalam bahasa Aramaik dari karangannya yang kemudian
disebut Injil, tidak ada lagi. Hanya ada codices dalam
bahasa Greek-Koine, yaitu bahasa Yunani sehari-hari,
salinan-salinan dari yang lain-lainnya.

Tidak diketahui siapa penterjemahnya dan para penyalinnya.

Adapun Kitab Injil Lukas, karangan
Lukas ini tersiar kira-kira antara tahun 145 - 155. Lukas,
seorang mualaf Kristian berasal dari Greek yang tidak berbahasa Aramaik, adalah
ahli perubatan dan kawan dari Paulus. Lukas tidak kenal Jesus.
Autograph dari tulisannya yang kemudian disebut Injil, pun
tidak ada. Hanya terdapat salinan-salinan dari
salinan-salinan yang berlainan.

Siapa para penyalinnya tidak diketahui pula

Dari kedua saduran tersebut dapat dinilai betapa tingginya
ajaran akhlak dari Yesus.

Perlu kiranya diterangkan di sini bahwa menurut segala
kamus, Tuhan adalah God dan Heer adalah Tuan. Dalam Bijbel
naskah Belanda dan Inggeris disebut Heer dan Lord, akan
tetapi dalam naskah Melayu/Indonesia diterjemahkannya Heer, Lord
dengan Tuhan; hingga bila diterjemahkan kembali menjadi God;
hal mana menyesatkan pembaca dan meng-ilahkan Jesus. Tidak
disebutnya God Jezus, tetapi Heer Jezus, iaitu sama seperti sebutan 'Sayidina'
(Tuan Kami) dalam tradisi Islam.Jadi ia sepatutnya disebut Tuan Isa. Jelaslah pula dengan kata Bapaku dan Bapamu
dimaksudnya Allah, tanpa perbedaan antara kedua Bapa itu.
Jesus sendiri menyebut dirinya Anak Manusia. Ketahuilah
bahwa dalam bahasa-bahasa Semit, tidak dikenal huruf besar,
huruf kapital (hoofdletter)



Pendeta Dr. A.P. Davies menguatkan apa yang tersebut di atas
di dalam bukunya "The First Christian" pada halaman 128,
begini: "Menurut pendapat banyak sarjana, satu dari pada
sebab-sebab yang utama dari perubahan status Jesus, dari
Masih Yahudi hingga menjadi Pembebas alam-dunia, terletak
pada penggunaan istilah "Lord." Dalam bahasa Ibrani kata
ADONAI cuma berarti Yehovah, Tuhan yang Satu dan yang
Satu-satunya, dan Jesus tidak mungkin disebut Lord. Dalam
bahasa Aramaik (MARAN) sudah mulai ada suatu perubahan. Para
dewa pembebas Matahari adalah "lords." Dalam bahasa Yunani
(KURIOS), kata ini pasti mempersamakan Jesus dengan seorang
dewa - pembebas seperti lord-lord lain dari agama-agama
misteri. Bukannya kata "kurios" diperuntukkan khas guna
maksud ini. Kata "kurios" dapat dipersamakan dengan kata
"sir" dalam bahasa Inggeris. Tetapi kalau kata itu digunakan
tentang Caesar atau tentang seorang dewa pembebas, maknanya
menjadi agung. Kata itu tentu dapat dipakai tentang Yesus
dalam erti yang lebih tinggi sesudah ia ditablighkan kepada
orang; kalau tidak Jesus akan lebih direndahkan dan pada
kedudukan dewa-dewa Attis, Tammuz atau Osiris. Sesudah kata
itu dipakai bagi Jesus, maka beliau, tidak mungkin lain,
memperoleh beberapa tabiat dari para dewa-pembebas.

Idea tentang pembebas sebagai Putera Tuhan sudah ada beberapa
abad sebelum Paulus, pada agama Hellenic (Greek Kuno), pada
Gnosticism, pada gerakan Hermetik. Konsep Ibunda Tuhan yang
kini dihubungkan dengan Maryam, Ibu dari Jesus, telah jauh
berkembang pada dewi Isis, Cybele dan banyak lagi "mater
dolorosas" lain.

Dodd dalam kajiannya yang tersohor tentang istilah-istilah
dalam bahasa Ibrani dan Yunani dari Wasiat Lama, memeriksa
kata-kata seperti 'God," 'Law," "Sin," "Atonement," "Faith,"
dan memperlihatkan bagaimana maknanya berubah kalau Ibrani
diganti dengan Yunani.


Siapakah Penulis-penulis Injil?



Terdapat 4 penulis Injil iaitu Mark (Markus),Matius (Matthews),Luke (Lukas) dan John (Johannes).Dua nama iaitu Mark dan Luke dinisbatkan kepada nama penulis dan pengkompilasi Injil itu sendiri iaitu Mark dan Luke.Matthews dan John pula dikatakan sahabat-sahabat nabi Isa (Apostles) tetapi dalam dunia Kristian sendiri banyak berbalah siapakah sahabat Nabi Isa a.s yang benar-benar melihat wajahnya,bersama-samanya dan mendengar khutbahnya.Dalam hal ini sudah pasti ada pengarangnya untuk Injil Matius dan Johannes.

Siapakah mereka?Adakah mereka pernah melihat Jesus?

Mark (Markus) adalah teman seperjalanan Paul (siapa Paul akan dibincangkan kemudian).Dia tidak pernah melihat Nabi Isa a.s. dan dia juga tergolong dalam Kristian terkemudian seperti Paul (Paulus).Luke (Lukas) pula adalah seorang Greek yang baru memeluk Kristian dan bahasanya sudah tentu bukan Aramaik.Dia adalah doktor peribadi Paul dan sudah pasti tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa a.s.Juga perlu diingatkan bahawa semua penulis Injil ini termasuk Paul,semuanya berbahasa Graeco,iaitu bahasa Yunani-Hellenistik dan sudah pasti mereka semua tidak menggunakan bahasa Aramaik sebagai bahasa mereka seharian.

Tradisi menyebutkan Injil Johannes (John) ditulis oleh seorang pengetua dari Gereja Asia pertama di Efesus (Ephesus). Injil Yohanes ditulis
lebih kurang tahun 85-95 Masehi dan kemungkinan diterbitkan sesudah Johannes meninggal dunia.

Berkenaan dengan Injil Lukas, Somerville (seorang sarjana) berpendapat bahwa masa penulisan Injil Lukas sekitar tahun 80 Masehi, atau mungkin beberapa tahun lebih awal atau lebih akhir kerana tidak ada cukup bukti yangg meyakinkan.

"Lukas, penyusun Injil ini menurut Paulus adalah seorang dokter" (Kolose 4:14)

Diantara para penulis Injil, dia merupakan satu-satunya penulis bahasa Yunani (Greek) yang bukan orang Yahudi, tetapi seperti yang lain, dia juga tidak pernah bertemu Jesus. Tapi dia telah menghabiskan waktu beberapa lama dengan Paulus. Tapi sayang, Paulus sendiri tidak cukup beruntung kerana tidak pernah melihat Jesus.

Dari pengaturan tulisan, diduga bahwa penulisnya kemungkinan seorang yang sangat terpelajar. Dalam pernyataan pendahuluannya, dia mempersembahkan tulisannya kepada Theophilus, seorang pemikir Yunani yang terkenal ketika itu,

"Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman.Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar" (Lukas 1:1-4)


Teka-Teki Penulis Injil


Kajian yang teliti dan cermat terhadap ayat ini, bahawa telah banyak penulis sebelumnya, yang berusaha menyusun gambaran atau cerita (tetapi bukan Injil) dengan berdasarkan pengetahuan mereka pada tradisi-tradisi lisan atau pernyataan-pernyataan para saksi langsung dan para pendukung Injil.Pada waktu Lukas menulis bukunya, Injil yang telah ada hanya dua, yaitu Injil Markus dan Matius. Dua adalah angka pembatas, dan seandainya hanya dua gambaran tentang kehidupan Jesus, maka Lukas tidak akan menyatakan bahwa "banyak penulis" telah melakukan hal itu. Secara kronologis, Injil Markus ditulis lebih kurang tahun 65 Masehi dan Lukas pasti telah mengetahuinya, dan tentang Injil Matius tidaklah pasti, sebab pada waktu dia menulis Injilnya, Injil Matius kemungkinan besar belum ditulis, Injil Johanes apatah lagi, ditulis pada masa yang lebih akhir. Oleh sebab itu tidak boleh termasuk diantara yang banyak.

"Pada saat itu Injil Johanes belum ditulis dan tidak pasti apakah Lukas mengenal Matius. Dan satu-satunya sumber yg jelas pastilah Injil Markus" (DR. William Wrede, The Origin of New Testament, hal.48)

Jadi satu-satunya Injil yg tersedia adalah hanya Injil Markus. Empat ayat Lukas ini telah membingungkan banyak sarjana Bible mengenai siapakah banyak penulis tersebut."Banyak penulis" adalah sedutan dari kata-kata Lukas sendiri. Pernyataan Lukas pada 2 ayat terakhir ("banyak penulis") memperlihatkan bahwa dia telah mempergunakan secara luas bahan-bahan ini dan telah mengumpulkan, mengkaji, mengubah dan mengatur kembali bahan-bahan tersebut menurut syarat-syarat dan pilihannya sendiri, dan dia memutuskan untuk menulis suatu penceritaan yang saling berhubungan yang tidak pernah dia dakwa sebagai Injil. Dia bukannya mengaku menulis dibawah bimbingan inspirasi atau ilham, tapi dia bahkan mengakui bahawa dia memiliki dokumen-dokumen yang dimiliki oleh orang lain sebagai sumbernya. Oleh sebab itu disini tidak ada kaitannya dengan persoalan wahyu. Dia menulis bagi Theophilus dan dia tidak pernah mengira bahwa karyanya akan melengkapi perjanjian baru yang diakui secara rasmi oleh orang-orang Kristian dimasa datang.


Penyelesaian Teka-teki Penulis Injil

Sampai di sini anda nampak jawapan kepada 'puzzle' ini?Kalau tidak cuba lihat kembali kata-kata Lukas (Luke) sendiri dalam (Lukas 1:1-4)

"Theophilus (sebutan Forasmuch dalam versi King James) yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita, seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman.Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya, aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar"

(Lukas 1:1-4)


Ini adalah ayat yang merungkai sejarah penulisan Injil.Ia seakan lima kata kunci untuk membuka 'cipher code' bagi peta ke arah Cibola dalam National Treasure 2.Dalam hal ini ia akan membuka Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane;ketika Nabi Isa a.s bermunajat dengan penuh mengharap kepada Allah s.w.t di waktu dingin dinihari.

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?." Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib."

(Al-Maidah ayat 116)

Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu."

(Al-Maidah ayat 117)

Untuk menyelesaikan adakah Injil yang dipakai oleh dunia Kristian adalah benar-benar asli,kita lihat kembali turutan susunan usia Injil yang empat itu (Mark,Matthews,Luke dan John).Pertama sekali sudah tentu Mark kerana Mark iaitu penulisnya adalah teman rapat Paul (Paul adalah teman seperjalanan pula kepada Barnabas-sahabat termuda Nabi Isa a.s).Keduanya Matthews.Tentang Injil Matthews (Matius) pula,sering ditegaskan oleh gereja bahwa St.Matius, salah seorang murid Jesus, adalah penulis Injil ini. Menurut para pakar Bible, Injil ini ditulis antara tahun 70 Masehi dan 90 Masehi (Sunderland).

Dalam Injil Matius sendiri menentang penegasan tentang penulisan oleh Matius.

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihat seorang laki-laki bernama Matius duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepadanya, “Ikutlah Aku” maka Matius berdiri dan mengikutinya”

(Matius 9:9)


Pernyataan ayat ini memperlihatkan bahwa penulis ayat ini bukan Matius,kerana jika St. Matius sendiri yang menulisnya tentulah dia menuliskan begini:

“Setelah Jesus pergi dari situ, dia melihat daku duduk di rumah cukai, dan dia (Jesus) berkata kepada aku, “Ikutlah Aku” maka aku pun berdiri dan mengikutinya”

(Matius 9:9)


Tapi pada masa berikutnya dinisbahkan kepadanya oleh seorang penulis yang tidak dikenal.

W.C. Somerville Ph.D. dari Gereja Scottish cukup berani mengakuinya:

“Injil ini ditulis sekitar tahun 80 Masehi oleh seorang penyusun yang tidak dikenal. Injil tersebut nampaknya dihasilkan oleh seorang yang sangat tertarik kepada agama Yahudi dan tertarik kepada Perjanjian Lama, dan kemungkinan dipersiapkan untuk dipergunakan pada suatu pusat dimana majoriti orang Kristian sebelumnya adalah orang-orang beragama Yahudi. (Somerville, A First Introduction to the New Testament, hal.620)

Dari sini terlihat bahwa Injil tersebut ditulis Oleh seorang yang bukan murid Jesus, tetapi oleh seorang yang tidak memiliki maklumat tangan pertama dari ajaran-ajarannya, dan mengumpulkan maklumat sedikit demi sedikit dari tradisi-tradisi popular tentang Jesus dan ajaran-ajarannya, dan penegasan bahawa ia merupakan dokumen yang diwahyukan adalah tidak benar sama sekali.

“Dari apa yg telah dikatakan, akan jelas terlihat bahawa penulisan langsung Injil ini oleh Matius murid Yesus, adalah tidak mungkin” (Komentar Dummelow terhadap The Holy Bible, hal 620)

Alasan utama bahwa penulis Injil Matius tidak puas dengan Injil Markus, dan menulis suatu Injil yg lebih komprehensif dari Injil ini, menunjukkan bahwa dia memiliki akses kepada suatu sumber sebagai tambahan bagi Injil Markus. Sebagai contoh, Markus tidak membuat garis keturunan Yesus dan juga tidak membuat penyebutan yang begitu penting tentang mukjizat Jesus sebagai kelahiran suci, tapi sebaliknya Matius menggabungkan bahan semacam ini dengan cara menyalin apa adanya. Keilmuan moden telah memperlihatkan bahwa pada masa itu kedua Injil ini masih dalam tahap 'janin dalam kandungan'.

J. B. Phillips nampaknya sama dengan pandangan Islam dan seolah-olah bersepakat dengan hujah para ilmuan Islam tentang ketidakaslian Bible dalam penemuan ini. Beliau adalah sarjana yang dibayar oleh Gereja Anglikan, Inggeris. Tak ada alasan baginya untuk berbohong atau berkhianat atas kerosakan pandangan gerejanya! Merujuk kepada kata pengantarnya untuk "Injil Matius" (lihat salinannya pada halaman 362).

Phillips mengatakan tentang penulisannya sebagai berikut:

"Tradisi terdahulu menganggap Injil ini berasal dari St. Matius, tetapi para sarjana saat ini hampir semuanya menolak pendapat ini." Dengan kata lain, Matius tidak menulis Injil yang memuat namanya.

(Husting’s, Encyclopaedia of Religion and Ethics)

Terdapat sumber lain dari sebuah sumber umum yang dijadikan contoh oleh Matius, Markus dan Lukas. Ketiga penulis ini, siapa pun mereka, telah melihat dokumen umum tersebut. Mereka menulis seolah melihat melalui mata "seseorang". Dan kerana mereka sepakat, ketiga kitab Injil pertama tersebut dikenal sebagai Injil Sinoptik.

Jika penulis yang tidak dikenal dari Injil tersebut tidak secara tegas mengakui sumber ini, maka jelas dapat disimpulkan bahwa Injil Matius merupakan karya dari seorang pembangkang Yahudi. Ketidak jelasan dari penulisnya, menutup setiap kesempatan bagi Injil tersebut sebagai sebuah dokumen yang diwahyukan.

Selepas Matthews (Matius),Injil Lukas ditulis dan kemudiannya John (Johannes).Kita kesampingkan injil terakhir (John) kerana jika ketiga-tiga injil yang awal sudak berkecamuk dan boleh diragukan apatah lagi injil yang baru ditulis ini.

Mari kita selesaikan kod rahsia dari kata-kata Lukas ini atau yang digelar orang Kristian Luke The Evangelist.

"Theophilus yang mulia, banyak orang yang telah berusaha menyusun suatu berita tentang peristiwa-peristiwa yang telah terjadi diantara kita..."

'Theophilus' merujuk kepada seorang pemikir Yunani.Ayat seterusnya bermaksud ramai orang telah menulis (berusaha menyusun) ke dalam kitab-kitab atau cerita yang dibukukan (suatu berita) mengenai peristiwa yang terjadi antara Luke dan Theophilus.Apakah PERISTIWA ITU??.Kita lihat ayat seterusnya,

"...seperti yang telah disampaikan kepada kita oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman."

'...seperti yang disampaikan kepada kita...' adalah jawapannya.Peristiwa itu adalah seperti satu perbahasan atau perbincangan atau khutbah atau pemberitahuan.Juga tidak keterlaluan jika Luke dan Theophilus telah menghadiri satu majlis ilmu.Mereka telah mendengar seseorang atau sekumpulan orang menyampaikan sesuatu kepada mereka.Soalnya,SIAPA MEREKA ITU YANG MENYAMPAIKAN SYARAHAN KEPADA LUKE DAN THEOPHILUS??Lihat seterusnya,

'... oleh mereka yang dari mula-mula adalah saksi mata dan pendukung Firman',ini adalah orang yang berbicara kepada Luke dan Theophilus.'Saksi mata' adalah orang yang menyaksikan sesuatu dengan matanya sendiri,bukan mendengar cerita dari orang lain.Dalam kes ini,orang yang memberi syarahan adalah tergolong dalam kelompok Hawariyyun (The Apostles) iaitu orang yang melihat dan bersama-sama Jesus (Nabi Isa).'Pendukung Firman' adalah orang-orang yang berjuang mendukung kitab Injil yang asli dan mereka sudah pasti menghafal atau menulisnya dalam bahasa asalnya iaitu Aramaik.

'...Kerana itu, setelah aku menyelidiki segala peristiwa itu dengan saksama dari asal mulanya,...'.Dalam ayat ini Luke telah mengambil inisiatif membuat penyelidikan dari hasil syarahan dalam majlis ilmu tadi.Dia mula memikirkan apa yang dikatakan oleh si Hawariy yang pernah melihat Nabi Isa dan hidup bersama-samanya.KEMUDIAN APA YANG DILAKUKAN OLEH LUKE SELEPAS ITU??

'... aku mengambil keputusan untuk membukukannya dengan teratur bagimu, supaya engkau dapat mengetahuinya, bahwa segala sesuatu yang diajarkan kepadamu sungguh benar...'.Luke telah bertindak menulis kembali apa yang dikatakan oleh si Hawariy tadi,seperti seorang murid yang menuliskan nota-nota pengajian sekolahnya.'membukukan dengan teratur' bermaksud menjadikannya sebuah buku yang kemas untuk diberikan kepada Theophilus (bagimu) supaya Theophilus dapat memikirkan dan mengkaji kembali (supaya engkau dapat mengetahuinya) semua yang didengar mereka adalah sesuatu yang benar.

Dari sini dapatlah kita simpulkan bahawa Injil Luke bukanlah yang asli,ia cuma kompilasi dari apa yang didengarnya dari sebuah majlis ilmu,atau majlis syarahan golongan Nasrani awal yang berdakwah tentang keesaan Tuhan.Bukanlah persoalannya mengapa kita hendak meragui Luke,tetapi DARI SINI KITA TAHU YANG BIBLE LUKE INI TIDAK ASLI DAN HASIL TULISAN LUKE BUKAN WAHYU ATAU HASIL TULISAN SAHABAT JESUS.Apabila hasil tulisan seorang yang hanya mendengar seseorang berkata-kata,maka ia tidak lepas dari kesalahan mendengar atau mentafsir,menambah atau mengurangi perkataan.Tambahan pula,ia tulisan pihak ketiga,iaitu orang yang mendengar dari Hawariyyun.Luke juga bukanlah dari kalangan Yahudi tetapi berbangsa Greek,jadi makin kelirulah pemahaman antara kiasan dalam bahasa Aramaik dengan bahasa Greek.

Sebab itu ada istilah Bapa dan Anak Allah.Dalam kiasan sastera Aramaik,Bapa merujuk kepada Tuhan dan Anak Allah merujuk kepada orang-orang dicintai-Nya atau orang-orang menyeru kedamaian dan kasih sayang di jalan-Nya.Jika orang Kristian mengatakan Jesus adalah Anak Allah,sebenarnya di dalam Bible sendiri terdapat banyak konotasi Anak Allah yang ditujukan kepada orang lain.

"Diapun akan berseru kepada-Ku: 'Bapaku Engkau, Allahku pelindung dan penyelamatku."

(Psalm 89:26)


Ayat ini mengatakan Daud anak Allah.

"Maka engkau harus berkata kepada Firaun: Beginilah firman TUHAN: Israel ialah anak-Ku, anak-Ku yang sulung"

(Exodus 4:22)

Ayat ini mengatakan Yaakub anak Allah.

"Dengan menangis mereka akan datang, dengan hiburan Aku akan membawa mereka; Aku akan memimpin mereka ke sungai-sungai, di jalan yang rata, di mana mereka tidak akan tersandung; sebab Aku telah menjadi bapa Israel, Efraim adalah anak sulung-Ku."

(Jeremiah 31:9)


Ayat ini mengatakan Efraim anak Allah.

Jadi bukan sahaja Jesus anak Allah malah ramai 'anak Allah' sebenarnya.

Perkara di atas sebenarnya ingin menjelaskan bahawa dalam dalam bahasa Aramaik anak Allah bererti orang yang dikasihi-Nya kerana berbuat kebaikan.

"Berbahagialah segala orang yang mendamaikan orang kerana mereka itu akan disebut anak Allah"

(Matthews 5:9)

SEbab itu terdapat kecelaruan dari orang yang menulis kitab Injil dari orang yang mengajar Injil itu sendiri.Para Hawariyyun adalah mereka yang berbangsa dan berbahasa sama dengan Jesus atau Isa sendiri.Jadi bagaimana orang yang berbahasa Graeco atau Yahudi-Hellenistik atau Greek/Yunani atau Latin dapat menulis kitab Injil dengan jelas dan tepat seperti yang diwahyukan kepada Jesus sendiri.

Persoalannya,mengapa tidak diambil sahaja Injil-Injil yang berada di tangan para Hawariy (apostles)??Kalau di masa Luke sendiri dia mengakui ramai yang menulis apa yang diajarkan oleh golongan awal Kristian itu,ke mana perginya Bible yang lain??Takkanlah tiada satu Bible pun yang bertulis bahasa Aramaik atau sekurang-kurangnya bahasa Ibrani (Hebrew) atau paling tidak pun berbahasa Arab (kerana orang Arab lebih dekat nasab dan hubungan geografinya dengan Yahudi)??Jelas yang diambil adalah Injil orang-orang yang baru memeluk Kristian (mualaf) seperti Luke dan Mark.Orang-orang bukan berbahasa Aramaik.Memanglah ada di antara mereka seperti Paul (salah seorang yang menambah Injil dan menokoktambah kepercayaan Kristian,karyanya ialah Surat-surat Paul yang terkenal itu) itu orang Yahudi tetapi dia bukanlah satu 'suku' dengan Jesus.Paul menggunakan bahasa Graeco (Greek) sebagai bahasa sehari-hari.Samalah seperti orang Jawa dan orang Banjar.Mereka Melayu tetapi menggunakan dialek atau bahasa suku berbeza.

KE MANA HILANGNYA BIBLE YANG LAIN??TERUTAMA YANG BERBAHASA ARAMAIK??

Jika kita tahu ke mana hilangnya Bible yang lain,kita semakin cepat meneka kunci yang mana satu adalah betul untuk membuka HARTA KARUN KNIGHT TEMPLAR!!






----------------------------

Bibliografi:

Prof. H.S. Tharick Chehab 'Sejarah AlKitab'
KH. Bahaudin Mudhary 'Dialog Masalah Ketuhanan Jesus'
MistisFiles: Pintu Rahsia Ke Taman Gethsemane

No comments:

Post a Comment