Pages

Friday, July 9, 2010

Pesawat solar pertama terbang 24 jam



Posted on the July 9th, 2010 under BeritaLuar NegaraUnik by Syedz
15/7

BERTRAND PICCARD (kiri) dan juruterbang Andre Borschberg (kanan) meraikan kejayaan pendaratan pesawat solar di Lapangan Terbang Payerne semalam.

PAYERNE – Sebuah pesawat berkuasa solar cetusan idea seorang penjelajah Switzerland semalam mencipta sejarah sebagai pesawat yang dikendalikan juruterbang pertama terbang selama 24 jam dengan menggunakan tenaga matahari.
Kejayaan tersebut sekali gus menjadikan impian penjelajah berkenaan, Bertrand Piccard, untuk mengelilingi dunia dengan pesawat solar semakin hampir menjadi kenyataan.
Selepas 26 jam di udara, pesawat yang dinamakan Solar Impulse itu yang dikendalikan seorang juruterbang, Andre Borschberg selamat mendarat di Lapangan Terbang Payerne di sini, barat Switzerland pada pukul 9.01 pagi waktu tempatan.
“Ini kali pertama sebuah pesawat solar terbang tanpa henti pada waktu malam,” kata Piccard.
Penjelajah berusia 57 tahun itu merupakan manusia pertama mengelilingi dunia dalam belon udara pada 1999.
Selepas keluar dari kokpit pesawat tersebut, juruterbang berkenaan, Borschberg memberitahu bahawa dia berasa dirinya seperti terapung.
Penerbangan malam Solar Impulse dijana oleh sejumlah bateri yang dicaj pada siang hari menerusi 12,000 sel solar pada dua sayapnya.
Setiap sayap pesawat itu sepanjang 63 meter dan menyamai panjang pesawat komesial Airbus A340. – AFP
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment