Pages

Friday, July 23, 2010

Perompak paling hodoh di Britain



MANCHESTER – Mencari perompak bank, David Holyoak, 33, (gambar) bukan sukar bagi polis Britain kerana suspek dikesan memiliki telinga yang besar, lapor sebuah akhbar semalam.
Lelaki dari Whitefield di sini, digelar sebagai Shrek iaitu watak kartun popular yang berwajah hodoh malah wajahnya mudah dicam seorang petugas sebuah bank selepas merompak dengan beberapa suspek lain.
Dia yang dijatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun oleh sebuah mahkamah di Bolton kelmarin, disindir seorang pegawai polis kerana terlalu hodoh untuk melakukan rompakan itu.
“Lelaki ini perlu melihat diri di cermin dan sepatutnya mengetahui dia tidak layak melakukan perbuatan jenayah,” katanya yang menggelar Holyoak sebagai Shrek selain juga perompak paling hodoh di Britain.
Suspek ditahan bersama dua lelaki setelah merompak seorang pengawal keselamatan yang menghantar sejumlah wang tunai ke sebuah pejabat pos di Bury.
Kereta yang dinaiki bersama rakan-rakannya untuk merompak itu terlanggar pokok menyebabkan dia melarikan diri ke sebuah taman.
Dia kemudian ditangkap polis semasa bersembunyi bersama dua rakannya di taman itu. – Agensi
kredit. kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment