Pages

Saturday, July 24, 2010

Penduduk Beijing hampir 20 juta orang



2010/07/24

BEIJING: Jumlah penduduk di kota Beijing kini mencapai tahap 19.72 juta orang, berkembang lebih tiga peratus sejak dua tahun lalu, menyebabkannya menghadapi beban bekalan air, sistem perkhidmatan awam dan pengurusan masyarakat. 

Menurut peraturan berkaitan pembangunan Beijing antara 2004 dan 2020 ditetapkan oleh Majlis Negara, jumlah penduduk tetap yang tinggal di ibu kota ini perlu dihadkan di bawah 18 juta orang sebelum hujung 2020.Bagaimanapun, satu laporan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada pasukan penyelidikan penduduk dalam kongres rakyat menunjukkan menjelang hujung tahun lalu, kira-kira 12.46 juta orang di ibu kota ini memegang status penduduk tetap ‘hukao’ di sini.
Tambahan 7.26 juta penduduk adalah pekerja pendatang yang tinggal di bandar lebih setahun setengah dan justeru dikelaskan sebagai penduduk tetap. 

Selepas analisa perubahan dalam kependudukan pasukan itu mendapati penduduk bandar ini menjalani pertumbuhan pesat ketika empat tahun pertama dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun ke-11, terutama akibat ledakan apungan kependudukan. – Agensi 

No comments:

Post a Comment