Pages

Thursday, July 22, 2010

MELEMBUTKAN HATI YANG KERAS


FENOMENA kesukaran membentuk akhlak anak-anak, terutama di peringkat awal remaja, bukanlah masalah baru dalam institusi kekeluar¬gaan hari ini.

Banyak faktor yang mendorong wujudnya imp¬likasi yang kronik ini. Antaranya berpunca daripa¬da pengaruh persekitaran seperti pergaulan serta menularnya pengaruh liar akibat kernasukan budaya Barat.

Justeru itu tidak hairanlah sekiranya kebe¬lakangan ini kita mendengar berlakunya kes-kes di mana wujudnya penentangan secara terbuka di kalangan anak-anak terhadap ibu bapa. Lebih membimbangkan lagi, jumlah tersebut meningkat pada kadar yang tinggi dan tahun ke tahun.

Dalam institusi kekeluargaan Islam, penekanan terhadap nilai hubungan yang murni dan kukuh dalam konteks disiplin dan penghormatan antara anak-anak dan ibu bapa arnat ditekankan. Ia dianggap sebagai landasan kepada pembentukan satu tamadun kekeluargaan yang utuh dan men¬jamin kepada kestabilan sosial.

Allah menganugerahkan kepada manusia apa yang dikenali sebagai 'qalbun' yang terjemahan¬nya bermaksud jantung. Tetapi dalam konteks membicarakan persepsi psikologi manusia ia lebih cenderung disebut sebagai hati.

Peranan penting

Dengan merujuk pada qalbun ini sebagai hati nurani manusia maka sudah tentu fokus manifes¬tasi kita terhadap persoalan ini ialah hal hal yang menyentuh secara meluas mengenai hati nurani atau budi bicara secara rohaniah.

Hati nurani ini juga yang memainkan peranan penting dalam rujukan kita untuk menganalisis sama ada dalam diri manusia wujud atau tidak sifat tunduk pada kekuasaan Allah.

Qalbun ini juga yang menentukan sama ada manusia itu keras hatinya ataupun tidak. Dalam persoalan ini sudah tentu menyentuh hubungan anak anak dengan ibu bapa mereka

Ini termasuk juga persepsi hati yang disentuh dalam Al-Quran yang antaranya ialah:

"Ada hati manusia yang keras seperti batu dan ada yang lebih keras daripadanva."

Ada juga hati yang terkunci yang dikenali seba¬gai khatan yang bermaksud 'tutup yang boleh dibuka,

Al-Quran menyebut segala macam penyakit hati manusia dengan pelbagai nama yang lain.

Masalah anak-anak masa kini yang kebanyakannya gemar memperlihatkan akan sikap degil dan menentang ibu bapa lebih diklasifikasikan sebagai 'keras hati' iaitu sukar untuk menerima teguran dan nasihat.

Banyak peristiwa sejarah yang boleh dijadikan teladan bagi umat Islam dalam usaha mengupas dan menganalisis masalah keras hati.

Ini termasuk sikap Ahu Jahal atau Abu Lahap yang memilih untuk terus mempertahankan kedegilan tanpa mahu tunduk pada seruan Nabi Muhammad yang juga merupakan anak saudara sendiri.

Malah kedua-dua mereka memilih untuk mati bersama kedegilan dan sikap keras hati masing ¬masing.

Bagaimanapun, dalam usaha mencari konklusi yang positif ke arah membina pembentukan akhlak anak-anak agar watak mereka sejajar den¬gan tuntutan akhlak Islam, adalah wajar bebera¬pa petikan peristiwa dalam sejarah Islam teruta¬ma yang bersangkutan dengan keislaman dan ketakwaan para sahabat Rasulullah diberikan perhatian yang serius.

Ada hati yang pada mulanya amat keras malah lebih keras daripada batu iaitu seperti hati yang dimiliki oleh Umar Al-Khattab, Khalid Al-Walid dan Hamzah Abdul Mutalib.

Ketiga-tiga perwira Islam ini amat keras hati sebelum menerima petunjuk Allah untuk akur pada seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Tetapi pada pertengahan zaman sejarah Islam pimpinan Rasulullah, ketiga-tiga perwira ini akhirnya menemui kelembutan qalbun mereka.

Kelembutan hati itulah akhirnya mendorong mereka menerima nur Islam dan tunduk pada Allah dengan mengucapkan kalimat syahadah di hadapan Rasulullah.

Umar yang ternyata memiliki hati yang cukup keras itu pada mulanya pernah mengambil tin¬dakan drastik untuk membunuh Rasulullah. Namun tiba-tiba hatinya menjadi lunak hingga sentiasa mengalirkan air mata keinsafan dalam setiap solat hajatnya setelah memeluk Islam.

Melihat kepada peristiwa yang mengubah hati mereka yang keras sebelum memeluk Islam, maka pada kita ternyata ada jalan yang boleh diusa¬hakan untuk melembutkan hati mereka yang sela¬ma ini amat degil.

Peristiwa yang mengubah hati Umar ialah kerana pada saat-saat kemuncak amarahnya, beliau mendengar lima ayat daripada surah Thoha (ayat satu hingga lima) yang kebetulan berkumandang di telinganya sebanyak tiga kali.

Kali pertama Umar mendengarnya ialah sewak¬tu beliau memecahkan pintu masuk ke rumah adiknya. Fatimah kerana geram mendengarkan khabar wanita mulia itu sudah memeluk Islam.

Kali kedua pula beliau mendengar bacaan tersebut ialah sesudah berjaya memecahkan pintu rumah dan merampas tulisan ayat-ayat itu dari tangan adiknya. Umar membacanya sendiri. Akhirnya untuk kali ketiga, Fatimah membacakan sekali lagi ayat-ayat itu dengan suara yang nyaring.

Hati Umar tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan lunak sekali serta-merta hilang marahnya.

Beliau segera berlari mendapatkan Rasulullah lalu memeluk Islam di hadapan baginda dengan melafazkan dua kalimah syahadat.

Melalui bahan-bahan bacaan dan pengalaman, saya sendiri telah menggunakan ayat-ayat tersebut menjadi ramuan untuk dibaca bagi tujuan melembutkan hati anak-anak yang keras.

Bacalah ayat-ayat itu ketika anak-anak sedang tidur dan kemudian hembuskan perlahan-lahan ke dalam hidung mereka sewaktu anak-anak menarik nafas dalam lenanya.

Sebaik-baiknya, ulang beberapa kali dan cubal¬ah pada beberapa malam yang termampu.

Dalam rujukan saya, ada juga ditemui kaedah untuk rawatan melembutkan hati anak-anak ini dengan menggunakan bacaan surah Al-Hasvr (avat 21 hingga ayat 24).

Setelah dibacakan ayat-ayat tersebut, tiupkan pada ubun-ubun anak-anak dan sertakan doa pada Allah agar dilembutkan hati mereka

Petikan dari: www.grenbarabravejournal.com :Bila hubungan dengan ibu bapa renggang Akhlak anak sukar dibentukOleh:PROF. DR. HARON DIN.Klinik Darussyifa, Bangi

No comments:

Post a Comment