Pages

Monday, July 26, 2010

KEUTAMAAN MEMBACA AL-QURAN



1.

(petikan dari ‘Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya’ oleh Ustaz Abdullal Al Qari Hj. Salleh).

1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau
perbuatan.

2. pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al
Jauzi diganda 700 kali.

3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari syurga.

4. Juga dikatakan balasan sebatang pokok syurga.

5. Pahala membaca 1 huruf dari Al-Quran

Dalam sembahyang = 100 kebajikan

Di luar sembahyang berwuduk = 50 kebajikan

Tanpa wuduk = 10 kebajikan

6. Pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.

7. Untuk selamat daripada api neraka.

8. Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.

9. Di hari kiamat, Al-Quran menjadi pembela.

10. Pembaca akan memperolehi keamanan.

11. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.

12. Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhadah dan Solihin.

13. Membaca Al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.

14. Pembaca akan dapat kemuliaan syurga.

15. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh Malaikat di langit.

16. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.

17. membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi oleh Malaikat.

18. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi Imam sembahyang.

19. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari dan mengajar Al-Quran.

20. Mempelajari 1 ayat Al-Quran lebih baik dari sembahyang sunat 1000 rakaat.

21. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup.

22. Mendapat perlindungan di padang Masyar.

23. Pembaca akan dilindungi dari godaan syaitan.

2. MASA-MASA YANG DIUTAMAKAN MEMBACA AL-QURAN

1. Di waktu tengah malam sehingga fajar adalah paling utama.

2. Di antara Maghrib dan Isyak.

3. Sesudah sembahyang Subuh.

3. BACAAN AL-QURAN PADA MASA TERTENTU MENGIKUT SUNNAH

A. Tiap-tiap pagi dan petanng

1. Al Ikhlas = menyamai satu pertiga Al-Quran; dibaca 10 kali akan dibina sebuah istana di syurga

2. Al-Falaq = dibaca 3 kali untuk pelindung dari bencana dan yang tidak diingini.

3. An-Naas = sama seperti Al-Falaq.

4. Ayatul kursi ( Al-Baqarah 255) = pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran, dibaca setiap lepas sembahyang akan
dimasukkan ke Syurga, Setiap huruf 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.

5. Al-Mukmin ayat 1-3 (Juz 24 Surah 40) = Untuk keselamatan.

6. Al-Hasyr ayat 21-24 ( Juz 28 Surah 59) = apabila dibaca selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh
70,000 Malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu,akan peroleh Syurga.

7. Ar-Ruum ayat 17-19 (Juz 21 Surah 30) = Akan diberi pahala atas amalan yang tidak dapat dijalankan di waktu siang
dan malam.

8. Al-Mukminun ayat 115-118 (Juz 18 Surah 23).

9. At-Taubah ayat 128 dan 129 (Juz 11 Surah 9)

B. Tiap-tiap Malam

1. Yaasin (Juz 22 & 23 Surah 36) = Hati Quran , pembaca akan mendapat keredhaan Allah, keampunan dosa; jika dibaca
atas seseorang yang hampir akan mati akan memudahkan pertemuannya dengan Tuhan; jika dibaca atas kubur, diberi
80 rahmat kepada pembaca dan diberi Allah akannya perkara-perkara yang menyukakan.

2. Ad-Dhukhan (Juz 25 Surah 44) = pembaca akan mendapati 7000 malaikat memohon ampun keatasnya; jika dibaca
DarulBayan -=::Sahabat Maya Ukhuwwah Nyata::=- - DarulBayan -=::Buletin Maya VMearskil uKmoamt pNoynaetna :F:=o-rum FireBoard: 1.0.4 Dijana: 13 May, 2009, 22:02
pada malam atau hari Jumaat akan diberi sebuah rumah di Syurga.

3. Al-Qiyamah (Juz 29 Surah 75).

4. Al Zalzalah (juz 30 Surah 99) = pahala membaca separuh Al-Quran.

5. Al-Ikhlas.

6. Al-Imran ayat 190-200 (Juz 4 Surah 3) = dibaca pada malam akan diberi pahala beribadat separuh malam.

7. Al-Baqarah ayat 284-286 (Juz 2 Surah 1) = diberi pahala beribadat separuh malam dan dijauhi gangguan syaitan dan
segala bencana.

8. Al-Kahfi ayat 107-110 (Juz 16 Surah 18)

No comments:

Post a Comment