Pages

Wednesday, July 21, 2010

Kedai runcit di AS boikot produk Israel




WASHINGTON - Rangkaian kedai runcit Olympia Food Co-op memutuskan tidak akan menjual sebarang produk buatan Israel di dua kedai runcit milik syarikat itu di Washington, minggu lalu.: 

Ahli lembaga pengarah Olympia Food Co-op, Rob Richards berkata, pengurusan syarikat itu sebulat suara bersetuju untuk tidak menjual produk Israel selepas projek boikot itu dibentangkan di dalam mesyuarat, Khamis lalu. 

"Beberapa ahli lembaga pengarah menyuarakan kebimbangan mengenai kesan pemboikotan itu terhadap kewangan syarikat tetapi kami yakin ianya adalah minimum." 

"Apa yang lebih penting adalah pegangan moral yang memberi kesan besar berbanding kebimbangan mengenai keadaan kewangan, jadi kami bersetuju memulakan boikot itu, Jumaat lalu," katanya. 

Menurutnya, boikot itu meliputi semua produk Israel, kecuali 'Minyak Keamanan', iaitu produk yang dihasilkan Israel bersama petani Palestin. 

"Sebarang produk yang dihasilkan oleh syarikat Israel yang membantu memperbaiki kehidupan rakyat Palestin akan dikecualikan daripada boikot itu," katanya.

No comments:

Post a Comment