Pages

Saturday, July 10, 2010

Kapal bawa bantuan ke Gaza berlepas hari ini



10/07/2010 3:03am

LAVRIO, Greece 10 Julai - Sebuah kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza berlepas hari ini, sebulan selepas kejadian serangan komando Israel ke atas flotilla bantuan serupa yang membunuh sembilan orang awam.
Sebuah pertubuhan yang dipengerusikan oleh anak lelaki pejuang reformis Libya, Saif al-Islam Gaddafi yang menganjurkan pelayaran tersebut berkata, kapal itu membawa 2,000 tan makanan dan ubat-ubatan yang mematuhi peraturan antarabangsa.
“Kami melakukan apa yang terdaya, jika semua pihak berundur dan mengatakan rejim zionis tidak membenarkannya, tiada apa yang berlaku dan penduduk Gaza akan mati kelaparan,” kata Youssef Sawani, pengarah eksekutif Yayasan Pembangunan dan Amal Antarabangsa Gaddafi, penganjur pelayaran bantuan tersebut.
“Kami harap segalanya berjalan lancar,” katanya kepada pemberita di atas kapal Amalthea yang telah dinamakan semula untuk perjalanan bantuan kemanusiaan itu dengan dengan nama “Hope” (Harapan).
Seramai 10 penyokong bantuan amal tersebut menyertai pelayaran berkenaan yang terdiri daripada aktivis Libya, Nigeria dan Maghribi di samping 12 krew termasuk dari Cuba, Haiti, Syria dan India. - Reuters

No comments:

Post a Comment