Pages

Tuesday, July 6, 2010

Dunia tidak berusaha sekat kekejaman Zionis



TEHERAN - Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki menyelar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengabaikan tanggungjawab bagi menghalang kekejaman Israel.

Mottaki melabelkan Israel sebagai ancaman terbesar di Timur Tengah semasa majlis memperingati 28 tahun sempena kehilangan empat warga Iran di Beirut, kelmarin.

"Jika PBB mengambil pendirian tegas terhadap jenayah dan kekejaman Zionis pada masa lalu, rejim itu tidak akan berani melakukan jenayah baru seperti serangan ke atas konvoi ke Gaza itu," katanya.

Tentera rejim Israel menyerang konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa yang menuju ke Gaza dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas wilayah Palestin itu dan membunuh sembilan warga Turki, 31 Mei lalu.

"Rejim Zionis itu merupakan sumber ancaman kepada semua negara di rantau ini dan membahayakan keselamatan dunia," katanya.:

Menurutnya lagi, jenayah tidak berperikemanusiaan yang dilakukan rejim Israel sepanjang enam dekad lalu menunjukkan 'sifat ganas rejim palsu' itu.

"Rejim Zionis, yang sama seperti rejim aparteid di Afrika Selatan dulu, sudah tidak dipercayai oleh dunia dan akan musnah dalam masa terdekat," katanya.

No comments:

Post a Comment