Pages

Tuesday, July 27, 2010

Brazil hulur bantuan bangunkan semula Palestin


BRASILIA - Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva berjanji bahawa negara Amerika Selatan itu akan menghulurkan bantuan AS$14 juta (RM45 juta) untuk membangunkan semula wilayah Palestin di Gaza. 

Pengumuman itu dilakukan selepas da Silva mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Palestin, Nabil Shaath, Selasa lalu. 

Menteri Luar Brazil, Celso Amorim mengesahkan da Silva sudah menandatangani dokumen berhubung sumbangan itu dan wang akan disalurkan ke tabung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

Baru-baru ini, PBB meminta masyarakat antarabangsa menghulurkan bantuan bagi membangunkan semula Gaza yang hampir musnah berikutan serangan tentera Israel. 

Kerajaan Zionis itu masih menghalang misi bantuan kemanusiaan melalui jalan laut.

No comments:

Post a Comment