SYDNEY - Sebuah bot yang diperbuat daripada 12,000 botol plastik terbuang berjaya tiba di Australia selepas berlayar sejauh 12,872 kilometer merentasi Lautan Pasifik. Pelayaran bot unik bernama Plastiki dilakukan sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai pencemaran plastik dan kesan buruknya terhadap hidupan laut dan lautan. Ketua ekspedisi, David de Rothschild berkata, pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh krew yang mengendalikan bot plastik itu sepanjang pelayaran selama empat bulan dari San Francisco, Amerika Syarikat ke Sydney, Australia. "Antara cabaran yang dihadapi termasuk mengemudikan bot melawan arus deras. "Kami juga perlu memastikan semua bahagian bot yang diperbuat daripada botol plastik masih bercantum," katanya. |
Pages
▼
No comments:
Post a Comment