Pages

Friday, July 23, 2010

2 askar Britain maut ketika selamat rakan

LONDON: Dua tentera Britain ditembak mati di selatan Afghanistan, semalam, ketika cuba membantu seorang rakan mereka yang cedera, kata Kementerian Pertahanan.
Jurucakapnya, James Carr-Smith, berkata mangsa ditembak menggunakan senjata ringan ketika membuat kepungan bagi membolehkan rakan yang cedera dipindahkan ke tempat selamat.
Kata Carr-Smith, tentera itu adalah sebahagian daripada pasukan bertugas di Lashkar Gar di wilayah Helmand.

Kematian terbaru itu menjadikan jumlah tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan seramai 324 orang sejak 2001. - AFP

No comments:

Post a Comment