Pages

Thursday, June 17, 2010

Tiga beradik kahwin serentak



14/7

ABDUL HALIM (kiri), Norni, Abu Bakar, Abdul Rahim, Rohana, Timah, Azli dan Shahida bergambar kenangan selepas majlis persandingan mereka di Bongor, Baling semalam.

BALING – Selain menjimatkan kos, perkahwinan serentak tiga beradik lelaki di Kampung Masjid Batu 48, Bongor di sini semalam memudahkan saudara- mara datang sambil bercuti sempena cuti sekolah.
Bapa ketiga-tiga pengantin lelaki, Abu Bakar Abdullah, 64, berkata, majlis tersebut dibuat setelah mendapat persetujuan anak-anaknya iaitu Azli, 37, Abdul Halim Hafiz, 31, dan Abdul Rahim, 30.
“Saya tumbangkan seekor lembu sahaja dan majlis tetap berlangsung penuh kemeriahan.
“Saya bersyukur dapat tiga menantu perempuan serentak hari ini (semalam) iaitu Shahida Shafie, 23, isteri Azli, Norni Elina Harmain, 26, isteri Abdul Halim Hafiz dan Rohana Mohd. Nor, 30, isteri kepada Abdul Rahim,” kata Abu Bakar kepada Kosmo!.
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment