Pages

Saturday, June 26, 2010

Ribuan Nyawa Dikorbankan Kepada Dewa Jahat Titanic Di Lautan Atlantik



Artikel Oleh : Sangtawal Sakranta.


Jika kita bertanya pasal TITANIC kepada seseorang ,kebanyakan mereka tahu berkaitan dengannya. Jika mereka tidak tahu secara terperinci peristiwa sedih yang meragut ribuan nyawa korban pada tahun 1912 itu pun, mereka akan bercerita tentang filem Titanic yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu .

Setelah membaca beberapa artikel berkaitan dengan Titanic dan beberapa artikel berkaitan teori konspirasi berkaitan dengan tragedi itu, saya menjadi semakin yakin bahawa Kapal Titanic itu sebenarnya sengaja dibina mengikut telunjuk The Hidden Hand untuk satu agenda besar tertentu.Maafkan saya jika saya katakan bahawa kapal itu sengaja dibina untuk karam!!!

Sebelum mengemukakan beberapa pendapat berkaitan dengan konspirasi Dajjal diatas, eloklah kiranya saya mengajak anda semua membaca satu artikel umum dibawah untuk mendapatkan satu gambaran secara kasar dahulu sebelum kita berfikir dengan lebih kritis lagi .Sila baca artikel yang saya petik dari Wikepedia ini:



[[... RMS Titanic (jugaSS Titanic) merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.

Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.

Pembinaan :

Kapal Titanic merupakan kapal penumpang kepunyaan White Star Line, dibina di limbungan Harland and Wolff di Belfast, Ireland. Kapal ini direka untuk menyaingi kapal milik syarikat Cunard Line iaitu Lusitania dan Mauretania. Titanic, bersama kapal saudaranya kelas-Olympic, Olympic dan yang akan dibina Britannic, pada asalnya dinamakan Gigantic yang bertujuan untuk menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibina. Pembinaan RMS Titanic dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co., bermula pada 31 Mac 1909. Badan kapal Titanic dilancarkan pada 31 Mei 1911, dan kelengkapan dalaman disiapkan pada 31 Mac tahun berikutnya. Titanic mempunyai ukuran sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci) lebar, seberat 46,328 tan kasar, dan ketinggian dari paras air ke geladak setinggi 18 meter (60 kaki). Walaupun ia melitupi lebih banyak ruang dan dengan tan kasar yang lebih, badan kapal Titanic adalah sama panjang dengan kapal Olympic. Titanic dilengkapi dengan dua enjin bersetentangan empat silinder, tiga pembesaran, enjin wap terbalik dan satu turbin Parsons bertekanan rendah yang menggerakkan tiga kipas. Terdapat 29 dandang yang dipanaskan oleh 159 pendiang arang batu yang mampu menghasilkan kelajuan sehingga 23 knot (43 km/j). Hanya tiga daripada empat serombong kapal setinggi 19 meter (63 kaki) yang berfungsi; serombong keempat yang digunakan sebagai pengudaraan (sengaja ditambah bagi menampakkan kehebatan kapal itu).

Kapal Titanic mampu membawa 3,547 penumpang dan anak kapal dan disebabkan ia membawa surat, namanya diberikan penambahan awalan Kapal Surat DiRaja (Royal Mail Ship) (RMS) atau (Royal Mail Steamer) dan juga sebagai kapal wap - SS (Steam Ship). Untuk masa itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan seperti kolam renang, gymnasium, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Bilik umum kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu yang meluas, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Kapal tersebut turut menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.

Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi. Ia dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam." Titanic dibahagikan kepada 16 ruang kedap air dengan pintu yang dikawal oleh kunci magnetik dan akan diturunkan hanya dengan menekan satu suis dari dek anjung kapal; bagaimanapun, pembahagian (bulkhead) tidak merentangi keseluruhan ketinggian geladak (hanya sehingga Dek-E). Titanic mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air; sekiranya lebih dari itu, ia akan tenggelam.

Pelayaran Pertama:

Kapal Titanic memulakan pelayaran pertamanya dari Southampton, England, untuk perjalanan ke Bandar New York, New York, pada Rabu, 10 April 1912, di bawah kendalian Kaptain Edward J. Smith. Ketika Titanic bergerak meninggalkan pelabuhan, kuasa sedutan yang dihasilkan oleh kapal tersebut menyebabkan kapal penumpang New York, yang berlabuh berhampiran, putus tambatan dan ditarik begitu hampir (sekitar 4 kaki) dengan Titanic sebelum kapal tunda menunda New York dapat mengelak. Kejadian tersebut melewatkan Titanic berlepas satu jam dari jadual sebenar. Selepas menyeberangi Selat Inggeris, Titanic berhenti di Cherbourg, France, untuk menurunkan dan mengambil penumpang tambahan dan berhenti sekali lagi di Queenstown (sekarang ini dikenali sebagai Cobh), Ireland, sebelum meneruskan pelayaran ke New York dengan 2,223 penumpang.

Titanic mempunyai tiga bahagian kelas penumpang yang diasingkan. Kelas ketiga yang juga dikenali sebagai steerage, terdiri daripada kabin kecil di dek bawah, diduduki kebanyakannya oleh pendatang yang mengharapkan kehidupan lebih baik di Amerika. Kabin dan bilik umum kelas kedua yang terletak di buritan kapal adalah sama dengan kemudahan kelas pertama di kapal-kapal yang lain. Kebanyakan penumpang kelas kedua pada asalnya menempah kelas pertama di kapal yang lain tetapi disebabkan mogok arang batu, mereka dipindahkan ke Titanic. Kelas pertama merupakan bahagian paling mewah di atas kapal.

Sebahagian daripada orang yang terkenal turut belayar sebagai penumpang kelas pertama. Ini termasuk jutawan John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin Guggenheim; pemilik Macy, Isador Straus dan isterinya Ida; jutawan Denver, Margaret "Molly" Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya, pereka fesyen, Lady Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan isterinya, Eleanor; John Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes; pembantu presiden U.S. Archibald Butt; pengarang dan sosialit, Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan isterinya May, dan rakan mereka, pengarah Broadway Henry dan Irene Harris; pelakon wanita filem bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Turut bersama di kelas pertama adalah pengarah urusan White Star Line J. Bruce Ismay yang mencadangkan Titanic dan pembina kapal Thomas Andrews, yang turut bersama bagi memantau sebarang masalah dan menilai prestasi keseluruhan kapal baru tersebut.

Malapetaka:

Pada malam Ahad, 14 April, suhu menurun sehingga tahap hampir beku dan laut tenang. Bulan tidak muncul manakala langit pula cerah. Kapten Smith bertindak kepada amaran ketulan aisberg melalui wireles semenjak beberapa hari dengan mengubah haluan Titanic ke arah lebih selatan. Pada Ahad tersebut iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, turut gagal disampaikan ke dek kawalan.

Pada pukul 11:40 PM ketika berlayar di selatan Grand Banks di Newfoundland, pemantau Fredrick Fleet dan Reginald Lee melihat ketulan air batu yang besar tepat di hadapan kapal. Fleet membunyikan loceng kapal sebanyak tiga kali dan menelefon dek kawalan lalu memberitahu, "Aisberg, betul-betul di hadapan!" Pegawai Pertama Murdoch mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki). Pintu kedap air ditutup apabila air mula memasuki lima bahagian kedap air pertama, lebih satu daripada apa yang dapat ditanggung Titanic. Berat lima bahagian kedap air yang dimasuki air menarik kapal ke bawah melebihi ketinggian dinding kedap air lalu membenarkan air untuk memasuki bahagian lain. Kapten Smith, merasai gegaran hentaman itu lalu menuju ke dek pengurusan dan memerintahkan berhenti sepenuhnya. Selepas pemeriksaan oleh pegawai kapten dan Thomas Andrews, jelas disedari bahawa Titanic akan tenggelam, dan sejurus selepas tengah malam pada 15 April, perahu penyelamat diperintahkan untuk disediakan dan panggilan keselamatan mula dihantar.

Bot penyelamat pertama dilancarkan, bot 7, diturunkan pada pukul 12:40 AM di bahagian kanan kapal dengan hanya 28 orang di atasnya. Titanic membawa 20 perahu penyelamat dengan keupayaan penuh 1,178 orang. Walaupun tidak mencukupi untuk membawa kesemua penumpang dan anak kapal, Titanic membawa lebih banyak bot berbanding yang disyaratkan oleh Lembaga Peraturan British (British Board of Regulations). Pada masa itu, jumlah bot penyelamat yang diperlukan ditetapkan menurut tan kasar kapal, bukannya jumlah orang yang dibawanya.

Penumpang kelas pertama dan kedua lebih mudah menuju ke bot penyelamat dengan tangga yang menuju terus ke dek bot, tetapi penumpang kelas ketiga lebih sukar. Ramai mendapati laluan dari bahagian bawah kapal sukar difahami dan menyukarkan mereka untuk sampai ke bot penyelamat. Lebih buruk lagi bagi penumpang kelas ketiga apabila pintu dikunci oleh anak kapal yang menunggu arahan bagi membenarkan penumpang naik ke geladak.

Operator radio tanpa wayar Jack Phillips dan Harold Bride sibuk menghantar kod CQD, isyarat kecemasan sejagat. Beberapa kapal menyahut, termasuk Mount Temple, Frankfurt dan kapal saudara Titanic, Olympic, tetapi kesemuanya terlalu jauh untuk sampai sebelum Titanic tenggelam. Kapal terdekat adalah RMS Carpathia kepunyaan Cunard Line yang sejauh 93 kilometer (58 batu) dan hanya sampai selepas empat jam; terlalu lewat untuk sampai ke Titanic. Satu-satunya daratan yang menerima isyarat kecemasan Titanic merupakan stesyen wireles di Cape Race, Newfoundland.

Pada mulanya, penumpang enggan meninggalkan Titanic untuk menaiki kapal penyelamat yang kecil kerana merasakan Titanic lebih selamat dan selesa serta tiada sebarang tanda yang menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan bahaya. Malahan, terdapat khabar di antara mereka bahawa mereka dikehendaki turun ke dalam bot penyelamat hanya sebagai syarat untuk mematuhi undang-undang yang ada dan mereka difahamkan lagi bahawa mereka akan kembali ke kapal untuk sarapan pagi kerana mereka percaya kapal tersebut tidak akan tenggelam. Ini menyebabkan kebanyakan bot dilancarkan separuh kosong dan terdapat satu bot yang mampu membawa 40 orang berlepas dengan hanya 12 orang di atasnya.

Dengan arahan "wanita dan kanak-kanak dahulu" diberi keutamaan untuk menaiki bot penyelamat, Pegawai Kedua Lightoller, yang mengisi bot penyelamat di sebelah kiri, hanya membenarkan lelaki yang diperlukan sebagai pengayuh dan tidak untuk sebab lain walaupun masih terdapat tempat kosong. Pegawai Pertama Murdoch, yang mengisi bot di sebelah kanan kapal, membenarkan lelaki naik sekiranya wanita tidak mencukupi. Apabila kapal semakin condong, penumpang mulai cemas dan sesetengah bot berlepas penuh. Pada 2:05 AM, seluruh bahagian haluan kapal tenggelam di bawah air dan ketika itu, selain dua buah bot, semua bot penyelamat yang lain telah dilancarkan.

Sekitar 2:10 AM, bahagian belakang kapal terangkat dari paras air menampakkan bilah kipas, dan pada pukul 2:17 aras air mencecah geladak bot. Keadaan semakin hangat apabila dua bot penyelamat terakhir terapung dari geladak, satu terbalik dan satu lagi separuh berisi air. Tidak lama kemudian, serombong paling hadapan jatuh, meremukkan sebahagian dek pengurusan dan mereka yang terapung di permukaan air. Di geladak, para penumpang berlari ke arah buritan atau melompat ke laut dangan harapan dapat sampai ke bot penyelamat. Bahagian buritan kapal perlahan-lahan terjungkit ke langit, dan barang-barang yang tidak terikat jatuh ke dalam laut. Semasa bahagian belakang kapal terjungkit, sistem eletrik gagal dan semua lampu terpadam. Tidak lama kemudian, tekanan pada badan kapal mengakibatkan Titanic pecah dua antara dua serombong terakhir, dan bahagian hadapan tenggelam sepenuhnya. Bahagian belakang terapung di permukaan air seketika dan terjungkit menegak. Selepas beberapa ketika, pada pukul 2:20 AM, kesemuanya tenggelam ke dalam laut.

Daripada sejumlah 2,223 orang, hanya 706 terselamat; 1,517 mati. Kebanyakan kematian disebabkan mangsa terkena hipotermia dalam air bersuhu 28 °F (−2 °C). Hanya dua daripada 18 bot penyelamat yang dilancarkan kembali untuk menyelamatkan mangsa dari dalam air selepas kapal tenggelam. Bot penyelamat 4 kembali dan menyelamatkan lima orang, dua daripada mereka mati kemudiannya. Hampir sejam kemudian, bot penyelamat 14 kembali dan menyelamatkan empat orang yang mana satu mati kemudiannya. Ada yang lain berjaya menaiki bot penyelamat yang terapung daripada geladak. Terdapat pertikaian dalam bot penyelamat lain sama ada hendak kembali, tetapi kebanyakan yang terselamat takutkan bot penyelamat mereka akan tenggelam akibat dikerumuni mangsa yang cuba menaiki bot mereka atau "ditarik" oleh Titanic yang tenggelam, walaupun sebenarnya hanya sedikit tarikan berlaku.

Ketika kapal tersebut tenggelam ke dalam laut, kedua bahagian tersebut menjunam dalam cara berlainan. Bahagian haluan yang runcing mendatar kira-kira 609 m (2,000 kaki) di bawah permukaan dan mendarat dengan agak perlahan. Bahagian buritan bagaimanapun tenggelam dengan laju ke dasar lautan; badan kapal terburai akibat penguncupan udara yang terperangkap dalam kapal. Bahagian buritan kapal menghentam dasar pada kelajuan tinggi, terbenam jauh ke dalam lumpur.


http://1.bp.blogspot.com/_EkAPRyIuoDk/S8...herald.jpg

*Akhbar-akhbar dunia turut memuatkan berita-berita tragedi ini.

Diselamatkan:

Hampir dua jam selepas Titanic tenggelam, RMS Carpathia tiba di tempat kejadian dan mengambil bot penyelamat pertama. Dalam beberapa jam kemudian, mereka yang masih hidup di selamatkan. Di geladak Carpathia, khidmat doa ringkas untuk mereka yang terselamat dan bagi memperingati mereka yang mati diadakan, dan pada 8:50 AM, Carpathia menuju ke New York, dan tiba pada 18 April.

Apabila kehilangan jiwa disahkan, White Star Line menyewa kapal MacKay-Bennett untuk mengambil mayat. Sejumlah 338 mayat akhirnya didapati. Kebanyakan mayat dihantar ke Halifax, Nova Scotia, di mana kebanyakan mayat yang tidak dituntut dikebumikan di Fairview Cemetery.

Kesan Selepas kejadian:

Apabila berita mengenai malapetaka itu tersebar, ramai orang terkejut bahawa Titanic telah tenggelam dengan jumlah kematian yang begitu tinggi walaupun dilengkapi dengan teknologi yang maju. Akhbar dipenuhi berita dan gambaran mengenai malapetaka tersebut dan kesemuanya tidak sabar-sabar untuk mendapatkan berita terkini. Banyak tabung amal ditubuhkan untuk membantu mangsa dan keluarga mereka, ramai yang kehilangan orang yang merupakan punca pendapatan, atau dalam kes penumpang kelas ketiga, kesemua barang yang mereka miliki.

Penenggelaman itu memberi kesan yang mendalam kepada penduduk Southampton. Menurut Hampshire Chronicle pada 20 April 1912, hampir 1,000 keluarga tempatan terjejas secara langsung. Hampir setiap jalan di daerah Chapel bandar tersebut kehilangan lebih dari satu penduduk dan hampir 500 rumah kehilangan keluarga.

Sebelum penumpang yang terselamat tiba di New York, siasatan telah dirancang bagi mengetahui apa yang berlaku kepada Titanic, dan apa yang boleh dilakukan bagi mengelakkan dari berulang. Senat Amerika Syarikat memulakan siasatan mengenai kemalangan Titanic pada 19 April, sehari selepas Carpathia tiba di New York dengan mereka yang terselamat. Pengerusi penyiasatan, Senator William Alden Smith, ingin mengumpul gambaran penumpang dan anak kapal semasa semuanya masih jelas dalam fikiran mereka. Smith juga perlu sepina warganegara British semasa mereka masih berada di tanah Amerika. Penyiasatan Amerika berlangsung sehingga 25 Mei. Lord Mersey dilantik bagi mengetuai penyiasatan Lembaga Perdagangan British - British Board of Trade's mengenai kemalangan tersebut. Penyiasatan British berlangsung antara 2 Mei dan 3 Julai. Setiap penyiasatan mengambil kenyataan daripada kedua-dua penumpang dan anak kapal Titanic, anak kapal Californian dan pakar lain.

Para penyiasat mendapati kebanyakan peraturan keselamatan ketinggalan zaman dan dengan itu pelbagai langkah keselamatan baru dilaksanakan. Kedua-dua penyiasatan mengenai kemalangan tersebut mendapati kapten dan kapal Californian gagal memberikan bantuan sewajarnya kepada Titanic. Penyiasatan tersebut mendapati bahawa Californian lebih hampir dengan Titanic berbanding 31 km (19 ½ batu) yang dianggarkan oleh Kapten Lord dan bahawa Lord sepatutnya membangunkan operator selepas roket dilaporkan kepadanya. Disebabkan operator Californian tidak bertugas, 29 negara mengesahkan Akta Radio 1912, yang menyelaraskan komunikasi radio, terutamanya dalam keadaan kecemasan.

Kemalangan tersebut turut mendorong kepada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik. Ia turut dipersetujui dalam peraturan baru bahawa semua kapal penumpang perlu mempunyai bot penyelamat yang mencukupi bagi semua orang di atas kapal, dan latihan keselamatan yang bersesuaian dilakukan, dan semua komunikasi radio dikendalikan 24 jam sehari bersama punca kuasa kedua, agar tidak terlepas panggilan kecemasan. Sebagai tambahan, telah dipersetujui bahawa tembakan roket merah daripada kapal mestilah dianggap sebagai isyarat kecemasan. ...]]



*************

*Merujuk kepada artikel diatas saya ingin mengemukakan beberapa persoalan :

1). Tarikh kejadian tragedi 14.4.1912 atau 15.4.1912 , adakah ia merupakan angka atau tarikh kepercayaan tertentu bagi Freemason/ illuminati? Biasanya kejadian atau tragedi yang mereka rancang ada kaitan dengan angka atau tarikh tertentu.Apakah tarikh ini merupakan tarikh pilihan mereka? Satu lagi persoalan yang menarik ialah tentang lokasi kejadian itu, mungkin ada diantara pembaca sekalian yang boleh mengupasnya. Seperti kematian beberapa orang ternama seperti Puteri Diana atau Presiden Amerika Abraham Lincoln, lokasi yang dipilih adalah mempunyai ciri-ciri tertentu idaman Dajjal. Sama-sama kita mengkajinya.

2). Pembinaan kapal ini adalah atas dasar persaingan iaitu dengan perancangan membina 3 buah kapal oleh Syarikat White Star Liners iaitu RMS Titanic, RMS Olympic dan RMS Britannic untuk bersaing dengan Lusitania dan Mauretania dari syarikat Cunard Line .Ada kemungkinan juga disini perancangan tragedi itu melibatkan pihak pesaing mereka dari Syarikat Cunard Line.


http://1.bp.blogspot.com/_EkAPRyIuoDk/S8...line+1.jpg

Lihat lambang bintang bucu 5 - White Star Line yang menjadi pemilik Titanic saudara! Sudah pasti ia ada kaitan dengan THH!


3).Kapal Titanic, yang pada mulanya ingin diletakkan nama Gigantic, dibiayai sepenuhnya oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan syarikatnya International Mercantile Marine Co.Mengapa nama kapal ditukar dari Gigantik kepada nama Dewa Jahat mengikut kepercayaan Yunani purba- Titanic, juga amat menarik untuk dikaji.Sebagaimana yang diketahui umum J.P Morgan adalah pelabur dari Amerika. Mungkin para pembaca sekalian boleh membantu saya untuk mengenal pasti samada beliau menyokong kuat penubuhan Federal Reserve yang dirancang oleh THH untuk menguasai ekonomi dunia atau beliau adalah penentang penubuhan Federal Reserve seperti Jutawan Illuminati yang berpaling tadah yang turut terbunuh dalam tragedi ini iaitu John Jacob Astor dan isterinya Madeleine Force Astor.Menurut M.O dalam blognya Mistisfiles, J.P Morgan adalah seorang pemain dalam industri kewangan Amerika,hamba Dajjal dan penyokong kuat Federal Reserved!

4). Untuk memastikan rancangan mereka Berjaya, maka mereka melantik seorang Jesuits sebagai Kapten Kapal untuk menjayakan pelayaran sulung berdarah itu iaitu Kapten Edward J. Smith.Seorang yang cukup terkenal dan berpengalaman luas selama 40 tahun lebih sebagai kapten kapal di lautan.Pelayaran pertama Titanic adalah pelayaran terakhirnya iaitu pelayaran persaraannya.Oleh itu apakah perancangan beliau sebagai seorang hamba Dajjal dalam operasi ini? Bukankah tragedi itu amat bertentangan sekali dengan kata-kata beliau :

“When anyone asks me how I can best describe my experience in nearly forty years at sea, I merely say, uneventful. Of course there have been winter gales, and storms and fog and the like. But in all my experience, I have never been in any accident… or any sort worth speaking about. I have seen but one vessel in distress in all my years at sea. I never saw a wreck and never have been wrecked nor was I ever in any predicament that threatened to end in disaster of any sort.” – Kapten E.J. Smith, Kapten RMS Titanic.

5).Jadual pelayaran pertama Titanic dilewatkan selama 1 jam dari jadual sebenar dan Titanic telah singgah di dua tempat lain untuk memuat penumpang seramai 2,223 orang sebelum berlepas ke New York.Pada malam 14 April tersebut, didapati laut tenang, langit cerah tetapi mengapa Kapten Edward J.Smith tiba-tiba mengubah haluan Titanic kearah lebih selatan kononnya setelah beberapa hari menerima amaran ketulan aisberg melalui wireless.Setelah mengubah haluan tersebut, iaitu pada 1:45 PM, pesanan dari kapal wap Amerika telah memberi amaran bahawa air batu besar terapung dalam laluan Titanic, tetapi amaran ini dikatakan tidak dihantar ke dek kawalan. Lewat petang itu, satu lagi laporan mengenai ketulan air batu besar yang banyak, kali ini daripada Mesaba, juga turut gagal disampaikan ke dek kawalan.Mengapa Kapten Edward J.Smith tidak menghiraukan atau sengaja buat-buat tidak dengar laporan amaran tersebut saudara? Bukankah tidak masuk akal bahawa Titanic tidak mampu menerima isyarat tersebut sedangkan Titanic dianggap kemuncak senibina laut dan pencapaian teknologi di zamannya . Titanic juga dianggap oleh majalah Pembina Kapal Ship Builders sebagai "hampir tidak mungkin tenggelam.".

Kapten Edward J.Smith telah mengarahkan pusingan mengejut ke port (kiri) dan kelajuan tinggi ke belakang, yang menghentikan dan kemudiannya mengundurkan enjin kapal. Perlanggaran ternyata tidak dapat dielakkan, dan aisberg tersebut bergesel dengan bahagian kanan sisi kapal, merenggangkan badan kapal di beberapa bahagian dan melantunkan kimpalan rivet di bawah paras air sepanjang sekitar 91 m (300 kaki).Nampak disitu mengapa Kapal sengaja dibuat pusingan mengejut kesebelah kiri? Supaya ketulan aisberg besar itu berlanggar dengan sisi kanan kapal yang sudah direka dan sudah pasti si Kapten sudah lama maklum bagaimana struktur binaan kapal disebelah kanan itu!

6).Saya bersetuju dengan beberapa teori konspirasi sebelum ini iaitu memang tujuan asal pembinaan kapal dan iklan kapal mewah terbesar dan terbesar dizaman itu adalah untuk mengumpan Jutawan John Jacob Astor , tetapi melihat kepada bilangan penumpang yang dikorbankan itu yang mencecah ribuan nyawa, saya mengagak konspirasi ini bertujuan lebih daripada itu! Apakah tujuan mengorbankan ribuan nyawa ini selari dengan penukaran nama Kapal dari Gigantic kepada nama Titanic iaitu Dewa Gergasi Jahat dalam kepercayaan kuno orang Yunani yang mendiami Lautan Atlantik atau ianya sekadar memenuhi kehendak Lucifier atau si Dajjal yang memang sukakan darah dan pengorbanan nyawa dalam ritual para mason peringkat tinggi!

7). Memang agenda THH biasanya mempunyai serampang 2 mata, dari tragedi ini, dapat kita lihat, bahawa Amerika telah mengambil kesempatan untuk menguasai perairan dan bebas mengawal selia lautan Atlantik. Keputusan ini telah dibuat pada Persidangan Antarabangsa Keselamatan Jiwa di Laut - (International Convention for the Safety of Life at Sea ) di London, England, pada 12 November 1913. Pada 20 Januari 1915, persetujuan ditandatangani oleh peserta persidangan tersebut dan menghasilkan penubuhan dan pembiayaan antarabangsa Peronda Ais Antarabangsa - (International Ice Patrol), agensi Pegawai Persisiran Amerika Syarikat yang sehingga hari ini memantau dan melaporkan lokasi aisberg Lautan Atlantik yang boleh menjadi ancaman kepada laluan laut yang merentasi Atlantik.

Taktik ini sudah lama mereka praktikkan.Sudah banyak negara dijajah mereka dengan alasan pada mulanya ialah atas tujuan perdagangan dan menjaga keselamatan perairan laluan kapal-kapal perdagangan.Oleh itu kerajaan negara kita Malaysia, perlulah berhati-hati bila ada kuasa-kuasa asing yang cuba menawarkan khidmat untuk menjaga perairan atau selat-selat kita! Mereka sebenarnya ada agenda tersembunyi! Lagipun dalam kitab-kitab lama Yahudi dan nasrani ada disebut Firaun dulu tenggelam di Selat Teberau!!! Bukan di Laut Merah. Jadi Selat Teberau yang mana satu saya pun tidak pasti, tetapi saya pernah terbaca satu artikel yang saya sudah lupa link/ sumbernya, ia berkaitan dengan Firaun manakah yang tenggelam dizaman Nabi Musa a.s.

2 comments:

  1. time kaseh atas artikel ni! :)
    tersangat2lah menarik!
    sy mintak izin nak copy nak save kat desktop eh? ehe..

    ReplyDelete
  2. same same kasih,sebarkan...akupun copy jugak

    ReplyDelete