Pages

Sunday, June 13, 2010

Rahsia Peti Harta Knight Templar dan Kuil Sulaiman


"Eli, Eli, lama sabakhtani?"
Pencarian mereka berjalan dari hari ke hari. Ketika tentera Islam mengambil masa untuk membuat serangan balas, The Knight Templar bertungkus lumus menggeledah seluruh Jerusalem, mencari sesuatu.
Suatu hari, sebahagian dari mereka telah menjumpai sesuatu yang amat berharga. Sesuatu yang penting. Mereka bersepakat untuk menyimpan rahsia. Namun pemimpin mereka ada agenda lain. Agenda yang suatu hari akan menyebabkan malapetaka kepada mereka. Mereka memindahkan 'harta' itu ke satu tempat. Pemimpin mereka membelek-belek 'harta' itu dan dia tersenyum. Fikirannya menerawang memikirkan rancangannya. Satu misi telah tercapai. Knight Templar harus menerima ganjarannya atas pengorbanannya di Tanah Suci!!
"And Jesus answered him, The first of all the commandments is, Hear, O Israel; The Lord our God is one Lord," ~ (Mark 12:29)
JIka kita meneliti sejarah Bible dan pertentangan golongan-golongan Kristian pada zaman-zaman awal, kita akan dapati betapa banyaknya 'bible' yang ditulis oleh manusia dan betapa rumitnya pertelingkahan mereka dalam menetapkan akidah umat Kristian, sesuatu yang amat pelik seolah-olah tiada satu pun penjelasan yang diberikan oleh Jesus atas persoalan siapakah yang beliau sembah dan ajaran apa yang beliau bawa.
Seolah-olah kata-kata Jesus amat sukar hendak difahami atau Jesus berkata dalam nada berpuisi dan bersajak sehingga berkias-kias sampaikan para muridnya pun sukar hendak mengerti siapakah 'Tuhan' yang patut disembah. Akhirnya Jesus sendiri yang disembah oleh orang Kristian selepas bertahun-tahun mencari Tuhan kepada Jesus itu sendiri.  Mereka gagal mencari Tuhan itu lantas Jesus diangkat sebagai Tuhan.
Persoalannya;
Adakah Jesus sendiri mengajarkan ajaran menyembah dirinya dan meminta para muridnya mengaku dia sebagai Tuhan?
Sekiranya mereka mengatakan bahawa memang terdapat Tuhan Bapa di mana baru-baru ini mereka menuntut Tuhan Bapa ini dinamakan Allah, mengapa orang-orang Kristian ini tidak menjadikan Tuhan Bapa ini sembahan mereka sahaja?
Sudah tentu Tuhan Bapa lebih kuat dan berkuasa dari Tuhan Anak (Jesus). 
Mengapa perlu ada Tuhan Anak?
Tidak bergaduhkah anak dan bapa dalam urusan mentadbir alam semesta ini?
Jika ini berlaku maka derhakalah si anak itu mengaku dirinya Tuhan di samping Bapanya itu.
Konspirasi Konsep 'Triniti' dalam Kristian
Sila perhatikan sebentar video di bawah yang menerangkan secara ringkas mengenai keesaan Allah. Ia sekaligus menolak fahaman triniti dalam kristian.

(Video kuliah Ustaz Azhar Idrus. Sumber: http://hikmatun.wordpress.com)
Sebenarnya Jesus tidak pernah mengajarkan dirinya Tuhan atau salah satu oknum dalam Triniti.
Tuhan yang disembah oleh Jesus adalah Allah s.w.t Tuhan yang menjadikan sekalian alam, Tuhan yang mengutuskan Adam, Idris (Enoch), Nuh (Noah), Ibrahim (Abraham), Musa (Moses), Daud (David), Sulaiman (Solomon), Zulkifli (Ezekiel), Yahya (John The Baptist) dan Muhammad sendiri.
Sekiranya di dalam Bible tidak ada pernyataan Jesus berdialog dengan Tuhan seperti di bawah:
For I have given unto them the words which thou gavest me; and they have received them, and have known surely that I came out from thee, and they have believed that thou didst send me. ~ (John 17:8)
terjemahan:
"Sebab segala firman yang Engkau sampaikan kepadaku telah kusampaikan kepada mereka dan mereka telah menerimanya. Mereka tahu benar-benar, bahwa aku datang dari pada-Mu, dan mereka percaya, bahwa Engkaulah yang telah mengutus aku"
Maka sudah tentu para rahib dan paderi yang menyelewengkan ayat-ayat Injil ini menetapkan Nabi Isa a.s adalah Tuhan yang esa dan tiada tuhan yang disembah melainkan Jesus Christ. 
Tetapi disebabkan terdapat oknum lain yang disembah oleh Jesus di dalam Bible maka terpaksa mereka mengarang cerita tentang Triniti
Cerita tentang Tuhan Bapa dan Tuhan Anak serta Roh Kudus.  INILAH DIA KUNCI YANG SALAH YANG DIBERIKAN OLEH THE ANTICHRIST KEPADA GOLONGAN NASRANI (KRISTIAN).
Ayat di atas juga jelas menunjukkan Jesus telah menyampaikan firman Tuhan (the words which thou gavest me), Jesus datang atas suruhan Tuhan (I came out from thee) dan Tuhanlah yang mengutuskan Jesus (they have believed that thou didst send me), tetapi yang peliknya mengapa Kristian mengatakan Jesus itu Tuhan bersama Bapa (Allah)?
Adakah ayat di bawah ini menunjukkan Jesus itu Tuhan yang hebat berkuasa? Mengapa dia merintih sendiri? Mengapa Tuhan meninggalkan dia? Mengapa 'Tuhan' menangis bersungguh-sungguh di tiang salib?
And about the ninth hour Jesus cried with a loud voice, saying, Eli, Eli, lama sabachthani? that is to say, My God, my God, why hast thou forsaken me? ~ (Matthews 27:46)
"Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Ertinya:Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau meninggalkan aku?"
Sukar hendak dimengerti konsep Triniti '3 in 1' dalam ayat Bible ini sendiri. Begitu keliru.
Mengapa 'Tuhan' menyeru Tuhan yang lain?
Jika yang disalib itu Tuhan yang menyerupai manusia, mengapa dia menangis dan menyeru Tuhan lain dalam dirinya?
Semacam terdapat 'split personality' di dalam dirinya. Terdapat masalah psikologi atau 'jiwa kacau' ketika 'Tuhan' dalam kesakitan dipaku di tiang kayu. Ketika dalam keadaan amat sakit dan tersiksa, barulah 'Tuhan' itu mengaku ada Tuhan yang lebih hebat dari dia, yang tidak membantu dia, membiarkan dia terpaku menderita.
"...My God, my God, why hast thou forsaken me?..."
Terdapat misteri di sini jika pembaca Bible mahu berfikir sejenak apakah maksud sebenar ayat ini. Jika ada Tuhan lain yang diseru oleh Jesus, mengapa tidak mencari Tuhan tersebut. 
Jika dikatakan Tuhan Bapa bersebati dengan Tuhan Anak, mengapa Tuhan Anak menyeru Tuhan Bapa, seolah-olah Tuhan Bapa berada jauh darinya?
Inilah misteri dalam akidah Kristian. Dalam masalah siapakah Tuhan juga mereka telah tersilap memilih Tuhan. Ini menunjukkan orang-orang Kristian sebahagian besar memang tidak membaca malah tidak pun mengkaji seluruh Bible. Persoalan siapakah Tuhan diserahkan kepada para paderi mereka sendiri yang korup dan pembohong. Paderi mereka yang menentukan dan memberitahu mereka siapa Tuhan walaupun di dalam kitab mereka sendiri sudah tertulis BAHAWA TUHAN ITU SATU!!
"Hear, O Israel: The LORD our God is one LORD.." ~ (Deuteronomy 6:4)
ISI KANDUNGAN BIBLE PENUH DENGAN AYAT-AYAT YANG BERTENTANGAN DI ANTARA SATU SAMA LAIN. Menunjukkan TERDAPAT TANGAN-TANGAN MANUSIA yang mengubah, mengedit dan mencampuradukkan fahaman mereka sesuka hati. 
Katakanlah para penginjil (Evangelist) seperti Luke, Mark, John dan Matthews jujur menulis mengikut kitab-kitab asal atau yang lebih tua, atau pun mereka menulis apa yang Hawariy (apostles) sampaikan;
Mengapa terdapat ayat-ayat bertentangan dalam Bible?
Mengapa di dalam Bible menyebut TUHAN HANYA SATU tetapi para paderi degil mahu mempertuhankan Jesus?
Apa relevannya Triniti '3 in 1' dalam akidah umat Kristian?
Semua misteri ini terjawab jika kita mengkaji sejarah gereja. Sejarah pertentangan antara Arianus dan Anthanasius. Pertentangan antara Barnabas, Paulus (Paul) dan Peter.  Persidangan Nicea dan persidangan-persidangan yang lain.  Mazhab Pauline dan kewujudan Triniti. Unitarian dan Trinitarian.
Sejarah akan menjawab sendiri mengapa umat Kristian tersilap, telah mengambil kunci yang salah di tangan THE ANTICHRIST menyebabkan mereka tersesat beratus-ratus tahun!!
Surah Al-Fatihah ayat 6
Surah Al-Fatihah ayat 7
"Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" ~ (Al-Fatihah ayat 6-7)
KREDIT KEPADA: Mistis Organization

No comments:

Post a Comment