Pages

Sunday, June 6, 2010

Puluhan peluru pada tubuh aktivis





IMEJ video TVNET kelmarin menyiarkan gambar seorang aktivis yang cedera di atas kapal Mavi Marmara pada Isnin lalu.


LONDON – Sembilan aktivis Turki yang terbunuh dalam satu serbuan anggota-anggota komando Israel di atas kapal Mavi Marmara yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza pada Isnin lalu terkena sejumlah 30 das tembakan, lapor akhbar Guardian kelmarin.
Menurut akhbar itu, lima daripada aktivis tersebut ditembak sebanyak lima kali di kepala.
Pendedahan berkenaan dibuat berdasarkan bedah siasat yang menunjukkan kebanyakan mangsa ditembak dengan peluru sembilan milimeter dari jarak dekat.
Akhbar itu memetik kenyataan Naib Presiden Majlis Perubatan Forensik Turki, Yalcin Buyuk yang melakukan bedah siasat ke atas sembilan aktivis tersebut.
Sebelum ini, pihak berkuasa Israel menyatakan bahawa anggota-anggota komando berkenaan melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri selepas diserang oleh aktivis dengan pisau dan belantan, manakala dua pucuk pistol mereka dirampas.
Menurut keputusan bedah siasat itu, seorang aktivis Turki, Ibrahim Bilgen yang berumur 60 tahun ditembak empat kali di dada, pinggul, pelipis dan belakang badannya.
Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) keturunan Turki, Fulkan Dogan yang berumur 19 tahun pula ditembak lima kali dari jarak kurang 45 sentimeter di muka dan belakang kepala. Selain dua kali di kaki dan sekali di belakang badannya.
Dua lagi aktivis lelaki ditembak sebanyak empat kali.
Menurut Yalcin, lima orang yang mati itu ditembak sama ada di belakang kepala atau di belakang badan.
Beliau berkata, seramai 48 yang lain cedera akibat ditembak dan enam aktivis masih hilang.
Kapal itu membawa kira-kira 700 orang semasa diserbu oleh anggota-anggota komando di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean.
Menurut seorang jurucakap Kedutaan Israel di London: “Memetik picu senjata api dengan pantas akan menyebabkan beberapa peluru yang sama berada pada tubuh manusia. Tetapi ia tidak dapat mengubah fakta bahawa komando-komando itu berada dalam situasi yang mengancam nyawa.” – Reuters
kredit : kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment