Pages

Wednesday, June 23, 2010

Mereka bergadai nyawa untuk mempertahankan Tanah air, tapi pemimpin sekarang senang-senang saja menggadaikan Tanah air

Pahlawan Melayu Mempertahankan Tanahair yang dikasehi
DYMM Yang DiPertuan Kedah, Sultan Jaafar Mad Azam Shah. Syahid dibunuh pada tahun 1876 dipijak dengan gajah angkara talibarut Melayu, Thai dan Inggeris. Baginda telah mendapat alamat dan merasakan pada hari itu baginda pergi tidak akan kembali lagi. Menurut ceritanya, pada hari itu baginda telah diperdaya, diikat dan ditikam bertalu-talu dengan tombak, tetapi tidak mendatangkan kesan. Lalu gajah-gajah baginda diberi makan ubi ara sehingga mabuk dan disitulah baginda diseret, dicampak kemudiannya menemui ajalnya, dipijak sehingga lumat. Keris yang tercekak dipinggangnya dipijak dan patah-dipatahkan, tanda maruah Melayu itu telah di injak. Isi perutnya dibawa dengan dulang oleh pengawal peribadinya balik ke Kedah melalui jalan sungai. Baginda merupakan seorang pentadbir yang cekap. Mendirikan sebuah kota pusat pentadbiran yang lengkap di Bukit Gantang tempat ayahandanya Panglima Bukit Gantang Syed Alang Alaudin.Ibunya adalah Puteri Raja China Manchu. Menguasai daerah Kerian,Batu Kurau, Larut, Matang dan Selama - jajahan Kedah.Seorang yang alim, ahli ugama serta kuat beribadat. Mempunyai ramai guru agama termasuklah Tuan Hj Ismail berasal dari Kampung Lama yang mengajar di kota itu pada setiap malam Jumaat.

Tengku Menteri Ngah Ibrahim. Dianugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri oleh Sultan Jaafar Mad Azam Shah pada tahun 1864 kerana berjaya menyelesaikan Perang Larut antara puak Hai San (Islam) dan Ghee Hin. Menentang keras Perjanjian Pangkor 1874 sehingga membawa kes itu untuk dibicarakan di England. Menentang campurtangan Inggeris di Perak. Membiayai angkatan perang untuk menentang Inggeris. Terlibat dalam menghapuskan agen British JWW Birch.Menasihati Sultan Syed Ismail Kinta supaya tidak menyerahkan alat kebesaran Perak kepada Inggeris.Menasihati raja-raja daerah di Perak agar jangan menerima Residen Inggeris ekoran pengkhianatan Kapten Speedy ketua polis yang ditugaskan mengawal keadaan sewaktu Perang Larut. Beliau dibuang negeri dan harta kekayaannya dirampas kerana Inggeris sangat cemburu padanya yang menguasai perniagaan bijih timah di Semenanjung sehingga berupaya membina sebuah kota yang lengkap dengan pelabuhan di Kuala Sepetang disamping memiliki empat buat kapal wap sendiri. Taraf kekayaannya melebihi kedudukan raja-raja daerah atau kaum bangsawan Melayu dinegeri-negeri Semenanjung pada ketika itu.

Dato Maharaja Lela. Orang Besar Delapan yang berkuasa menghukum pesalah. Bertanggungjawab mempertahankan rajanya daripada sebarang ancaman. Menguasai Pasir Salak sehingga ke Sungai Dedap. Seorang pembesar yang gagah dan mempunyai kedudukan yang tinggi susunan ke tujuh dalam hirarki bangsawan Perak.Bersama dengan Sultan Syed Ismail Kinta dan Che Ngah Ibrahim mempertahankan agama dan tanahair daripada ancaman penjajah Inggeris. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch.

Pandak Endut. Seorang Panglima Melayu yang aktif menentang Inggeris. Dianugerahkan sebilah pedang oleh Dato Maharaja Lela khas untuk menghapuskan agen British 'yang tak reti bahasa Melayu' JWW Birch. Orang yang pertama mengoyakkan proklamasi yang ditampal oleh Mat Arshad(barua Inggeris) dan menikam perutnya dengan lembing di Pasir Salak. Ditangkap di Kota Lama (Kampung Lama?) pada Julai 1876. Syahid digantung sampai mati kerana terlibat secara langsung menghapuskan agen British dan konco-konconya dari bumi Perak.

Dato Sagor. Menurut sejarah nama asalnya adalah Ngah Kamdim. Diberi gelaran Dato Seri Agar Diraja Orang Besar Delapan dalam hirarki bangsawan Perak. Berasal dari Kampung Gajah. Berhijrah ke Larut dan bersama-sama dengan Che Ngah Ibrahim mengusahakan lombong bijih timah sehingga menjadi seorang yang hartawan. Pada masa itu lombong bijih diusahakan dengan cara lama. Inggeris menggelarkan 'cara lama' ini sebagai 'lombong Siam @ lombong Melayu'. Kedatangan puak Hai San yang di bawa masuk oleh Sultan Jaafar Mad Azam Shah mengubah cara lama itu kepada cara moden. Dato Sagor juga terlibat secara langsung menghapuskan agen British JWW Birch. Beliau syahid digantung sampai mati bersama dengan Dato Maharaja Lela dan Pandak Indut di Matang pada Januari tahun 1877. Selain beliau antara yang terlibat dalam 'amukan' itu adalah Panjang Bur, Si Putum, Ngah Jabor, Che Mah dan Kulub Ali. 

Mereka ini Pahlawan Melayu yang mempertahankan agama dan tanahair yang dikasihi daripada jatuh ke tangan bangsa asing.Buktinya segala hasil kekayaan bumi tercinta 'Straits Tins' ini dirompak keluar melalui Singapura buat membiayai pembangunan dan peperangan di tanah asing buat menjatuhkan Empayar Islam seluruh dunia. Contohnya kejatuhan Empayar Ottoman yang memberi ruang kemasukan Inggeris di Palestin (kisah Allenby menyepak nesan Sallahuddin Al Ayubi) dan kemudiannya rakyatnya ditinggal begitu sahaja jadi bahan sembelihan tentera Zionis. 


Bukti hasil Tanah Melayu ini boleh mencorak dunia! Perihal timah ini juga sebenarnya telah ditegaskan dalam Undang-undang Kedah ms10:


Akan timah itu dagangan besar dalam negeri ini kerana kapal Gujerat [benua Keling] menghendaki ia dan kapal lain pun setengah menghendaki juga. Maka tiadalah dihukumkan jual beli dengan timah dan jika dihukumkan timah itu tiada diberi berniaga dengan timah, tiadalah ramai bandar rugilah hasil dacing daripada itu dan tiadalah timah itu datang daripada negeri lain dan daripada jajahan negeri pun...Daripada kerana itulah ehwal perkataan timah ini dinyatakan dalam undang-undang pada kemudian harinya, jangan peroleh orang lain kemudiannya...


Malangnya ada segelintir Melayu yang masih tidak sedarkan diri masih sanggup menggadai segala pusaka warisan hak milik bangsa Melayu yang tinggi nilainya itu kepada bangsa asing.

Selamat Menyambut Hari Merdeka!


sumber

No comments:

Post a Comment