Pages

Thursday, June 10, 2010

Mangsa si gila seks

DIROGOL dan dibunuh. Itulah nasib dua remaja perempuan, Amber Dubois, 14, dan Chelsea King, 17, di Escondido, California, Amerika Syarikat (AS) apabila menjadi pemuas nafsu lelaki gila seks, John Albert Gardner, 32.
Kisah jenayah kejam yang menimpa kedua-dua gadis itu mula menjadi perhatian penduduk dan media tempatan di AS apabila sekumpulan pekerja pembersihan di Escondido secara tidak sengaja menemui rangka manusia di sebuah taman rekreasi pada Mac 2009.
Penemuan berkenaan sekali gus membongkar misteri kehilangan kedua-duanya yang dilaporkan hilang pada Februari 2009.

Pada mulanya Amber dan Chelsea dipercayai diculik sekumpulan lelaki untuk mendapatkan wang perlindungan, namun selepas beberapa hari tiada tuntutan dibuat terhadap keluarganya, polis mula mencari kaitan lain kehilangan mereka.

Bagaimanapun, polis bagai kehilangan punca apabila siasatan terhadap beberapa kumpulan jenayah, termasuk sindiket penjualan wanita sebagai pelacur, menemui jalan buntu.

Penemuan rangka manusia berkenaan memberi satu perkembangan baru terhadap siasatan yang dilakukan apabila mereka mengenal pasti ia milik Amber.

Siasatan menyeluruh di kawasan terbabit kemudian menemui satu lagi mayat wanita dikenal pasti sebagai Chelsea yang tertanam di satu sudut sunyi berdekatan tasik.

Penemuan demi penemuan itu membongkar misteri kehilangan serta punca kematian mereka apabila analisis dilakukan forensik menemui satu tompokan kesan air mani pada pakaian milik Chelsea.

Bermula daripada situ, polis mula mempercayai kemungkinan kedua-dua mangsa dirogol sebelum dibunuh dan ditanam di kawasan berkenaan.

“Penemuan mayat Amber dan Chelsea memang mengejutkan. Ia membantu kami merungkai misteri kehilangan mereka,” kata penyiasat, Robert Walsh.

Menurut Walsh, walaupun penemuan tompokan air mani itu membuka ruang siasatan terhadap kemungkinan mengenal pasti pembunuh Amber dan Chelsea, ia akhirnya menemui jalan buntu.

Ini kerana ujian DNA tidak menemui padanan terhadap mana-mana individu dalam rekod polis di Escondida.

Laporan seorang pelajar, Candice Moncayo, yang dirogol dan cuba dibunuh oleh Gardner akhirnya berjaya menyelesaikan kaitan kematian kedua-dua gadis malang itu.

Ia berikutan Candice yang berjaya melarikan diri secara terperinci mengenal pasti perogolnya, menyebabkan satu pasukan polis menyerbu kediaman Gardner di pinggir pekan Escondido.

Ketika dalam siasatan, Gardner mengakui setiap tuduhan berkenaan, namun menyatakan tidak berniat membunuh kedua-dua mangsanya.

No comments:

Post a Comment