Pages

Wednesday, June 23, 2010

Benarkah Yahudi penduduk asal Palestin?


Golongan laknatullah Israel membangkitkan persoalan bahawa kamilah penduduk asal Palestin. Jadi kami memang berhak mengambilnya kembali dari penduduk Palestin sekarang.
Saya sendiri membaca komen online dari seseorang ini yang mengatakan biarlah Yahudi ini mendapat tanahnya kembali bukankah sudah dinyatakan dalam bible (kemungkinan besar tak salah seorang wanita Kristian dari USA). Jadi benarkah Yahudi penduduk asal Palestin?
Artikel di bawah menjawab sedikit sebanyak persoalan (walaupun bahagian cerita Nabi ibrahim dan Raja yang zalim itu saya ada cerita lain) tapi moga dijadikan bahan bacaan searah yang berguna. Artikel ini ditulis oleh Ustaz Amin dari ustazamin.com
Link artikel adalah ini Selamat membaca!! – Admin BHO
25 April 09, jam 11.30 pagi, saya betul-betul berada di hadapan makam Nabi Ibrahim di Masjid Khalil al-Rahman di Hebron, memerhati tempat semadi bapa para Nabi dan Rasul. Gelaran itu kerana banyak para Nabi dari keturunan baginda. Bangsa Arab dan Bani Israel juga bersusur galurkan baginda.
Hari ini kita akan berbincang mengenai sejarah keturunan Bani Isreal. Benarkah kenyataan mereka yang mendakwa bahawa tanah Palestin ini adalah tanah mereka yang asal. Mari kita bincang sedikit asal usul keturunan mereka ini.
Kita mulakan dengan kisah hijrahnya Nabi Ibrahim a.s ke Hebron (Khalili) setelah peristiwa pembakaran baginda di Iraq. Baginda datang ke Hebron dengan sepupu baginda Nabi Lut a.s. Mereka berdua adalah ahli perniagaan yang berjaya.
Sesampainya ke Hebron, baginda telah berkahwin dengan Siti Sarah manakala Nabi Lut a.s telah melanjutkan perjalanannya ke Kota Sodum (tapak laut mati sekarang).
Nabi Ibrahim kemudiannya ke Mesir. Sampai di Ber Siva ini baginda bertemu dengan seorang raja yang akan suka meniduri isteri orang. Ketika ditanya kepada Nabi Ibrahim, adakah Sarah isterinya, maka Nabi Ibrahim menjawab bahawa Sarah ialah adiknya. Maka pasangan ini tidak digangu. Selepas beberapa ketika di Mesir, maka Nabi Ibrahim kembali ke Hebron. Sekembalinya ke Hebron baginda berkahwin pula dengan Siti Hajar.
Dari Siti Hajar lahirlah Nabi Ismail dan dari Siti Sarah lahirlah Nabi Ishak. Nabi Ismail kemudiannya dibawa ke Mekah bersama ibunya. Dari keturunan Nabi Ismail lahirlah bangsa Arab.
Nabi Ishak masih tetap di Hebron. Baginda kemudiannya berkahwin dengan Rifqah (Rebecca) dan mendapat anak bernama Ya’kub. Nabi Ya’kub inilah bapa kepada Bani Israel.
Nabi Ya’kub berkahwain dengan Liqiyyah (Liyah) mendapat anak seramai 12 orang yang akhirnya dinisbahkan 12 suku Bani Israel. Salah seorangnya adalah Nabi Yusuf.
Ketika kecil Nabi Yusuf telah dibuang ke perigi, baginda telah diambil oleh pedagang dan dibawa ke Mesir. Secara ringkasnya, setelah dewasa, akhirnya Baginda Yusuf menjadi menteri dan membawa seluruh keluarganya ke Mesir. Bermulalah sejarah Bani Israel di Mesir.
Selama beberapa keturunan mereka di sana, menjadikan mereka menguasai Mesir dan bersikap sombong. Bangsa Qibti yang memang berasal dari Mesir ini akhirnya menjadikan mereka hamba. Semakin hari semakin tertekan hinggalah sampai zaman firaun dan Nabi Musa. Nabi Musalah yang membawa 12 suku Bani Israel keluar dari Mesir dan menuju ke Palestin.
Nabi Musa wafat sebelum sempat membawa Bani Israel masuk ke Palestin. Misinya diteruskan oleh anak muridnya Nabi Yusyak (makamnya ada di Jordan). Ketika itu Palestin telah ada penduduk asal iaitu bangsa Kan’an. Bangsa inilah penduduk asal Palestin.
Mereka duduk aman damai hinggalah mereka ditindas oleh seorang penguasa jahat bernama Jalut. Bani Israel melalui Nabi mereka bermunajat pada Allah supaya diutuskan seorang pemimpin, maka Allah mengutuskan seorang pemimpin bernama Talut. Berperanglah keduanya. Orang yang dapat membunuh jalut ialah seorang keturunan Israel bernama Nabi Daud.
Bagi mengenang jasa, Nabi Daud telah berkahwin dengan anak Talut. Ketika Talut meninggal, maka Nabi Daud menaiki tahta dan Nabi Daud merupakan raja pertama bagi Bani Israel. Kerajaan ini diganti oleh anaknya Nabi Sulaiman. Pada tahun 967 s.m (sebelum masihi), Nabi Sulaiman mendirikan istananya yang besar untuk semua beribadah kepada Allah.
Selepas kewafatan Nabi Sulaiman, maka tahta ini diganti oleh keturunan Bani Israel hinggalah tahun 586 s.m apabila kota Jerusalem dihanguskan oleh seorang raja bernama Nabuchatnizar dari Iraq. Raja ini juga telah menghancurkan istana Nabi Sulaiman. Dari tahun ini, Bani Israel tidak mempunyai kuasa hinggalah Rom menawan mereka.
Pada tahun 37 s.m, Rom telah melantik wakilnya dari Bani Israel iatu Raja Herod untuk membantu memerintah Palestin. Ketika inilah Raja Herod membangunkan kembali Istana Sulaiman. Ketika kelahiran Nabi Isa, Raja Herod cuba membunuh Nabi Isa kerana berpendapat bahawa Isa akan merampas tahtanya ketika besar nanti. Nabi Isa dilarikan ke Mesir selama dua tahun dan kembali ke Palestin setelah Raja Herod mati. Nabi Isa kemudiannya dibesarkan di Nazareth.
Herod digantikan oleh anaknya iaitu Raja Herod Agripa dan terjadilah peristiwa pembunuhan Nabi Zakariya, Yahya dan pemburuan Nabi Isa. Nabi Isa kemudiannya diangkat Nabi Isa ke langit.
Sebagai kehinaan dari Allah, Rom akhirnya tidak mempercayai Herod Agripa dan pada tahun 70 m (masihi) Rom telah menyerang dan menghancurkan Jerusalem. Sejak tahun 70 m inilah, Bani Israel keluar dan duduk di merata-rata tempat. Mereka tidak berani untuk datang ke Palestin kerana takutkan Rom.
Mereka menunggu kedatangan Nabi akhir zaman yang diisyaratkan lahirnya dibumi Tihamah iaitu tanah rendah yang banyak pokok tamar. Mereka mencari di mana Tihamah ini. Akhirnya, mereka berpendapat Tihamah ialah Madinah Munawwarah. Pada ketika itu nama tempat ini ialah Yathrib. Bani Israel beramai-ramai pindah ke Madinah, beranak pinak di sana kerana mengharapkan Nabi akhir zaman lahir dari Bani Israel. Rupanya Allah menghendaki bahawa nabi akhir zaman lahir dari bangsa Arab.
Sebahagian besar Bani Israel menolak kenabian Muhammad saw dan bagi mereka yang tidak beriman inilah, digelar oleh Allah sebagai Yahudi. Kemuncak penentangan mereka ialah apabila mereka cuba mengkhinatai Nabi saw dan akhirnya mereka semua diperangi dan keluar dari Madinah.
Yahudi duduk bersepah-sepah. Mereka hanya kembali ke Palestin pada tahun 1187 m apabila Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera Salib. Istana Sulaiman yang dihancurkan pada tahun 70 m ini habis dan hanya tinggal sekeping tembok (walling wall) sekarang menjadi tempat ibadah mereka.
Propoganda untuk menubuhkan negara Israel telah bermula dihujung kurun ke 19 dan akhirnya dengan bantuan British, pada tahun 1948, negara Israel telah ditubuhkan.
Dari rentetan sejarah ini, jelaslah bahawa, Israel hanyalah pendatang. Palestin bukan tanah asal mereka. Bangsa Kan’an (orang Palestin sekarang) adalah penduduk asal tanah ini.
Mereka sedang berusaha menipu sejarah dengan menyatakan bahawa merekalah penduduk asal tanah ini.
Walau apa pun, kesombongan mereka menyebabkan mereka menganggap bangsa lain adalah setaraf binatang. Mereka menganggap mereka bangsa pilihan, mereka menganggap mereka dijadikan khas oleh tuhan dan merekalah satu-satunya bangsa yang boleh menegur tuhan.
Sesungguhnya, al-Quran menyatakan bahawa, orang yang paling mulia ialah orang yang paling bertaqwa. Mulia tidak terletak kepada keturunan. Ia terletak kepada iman di dada. Walau apa bangsa dan keturunan pun, jika beriman, maka mereka mulia di sisi Allah.
Semoga Allah memberikan kita rezki keimanan untuk terus menjadi hamba Allah yang baik. Semoga selamat di dunia dan selamat di akhirat.
“Univsersiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
15 Mei 09 jam 2.30 petang
Makam Nabi Ibrahim yang berada di Masjid Khalil al-Rahman di Hebron, 60 km dari Jerusalem
Makam Nabi Yaakub dan isterinya Liqiyyah (Liyah) di sebelah makam Nabi Ibrahim. Sekarang orang Islam tidak dibenarkan melawat makam ini lagi. Hanya untuk orang Yahudi. Dalam setahun hanya sepuluh hari sahaja mereka membuka untuk lawatan orang Islam. Nabi Yaakub inilah yang dianggap bapa Bani Israel.
Makam Siti Sarah yang berada sebelah dengan makam Nabi Ibrahim
di kanan adalah makam Nabi Ishak dan kiri adalah makam isterinya Rifqah (Rebecca). Ia juga berada di dalam masjid lima meter dari makam Nabi Ibrahim.
Walling Wall. Orang Yahudi mendakwa, inilah dinding istana Nabi Sulaiman. Istana Nabi Sulaiaman dua kali telah dihancurkan, pertama oleh Nabucatnizar dan kedua oleh tentera Rom di bawah arahan Titos pada tahun 70 m. Mereka sedang berusaha membangunkan untuk kali ketiga istana Nabi Sulaiman ini.
Pintu masuk ke makam Nabi Daud di Jerusalem, raja pertama Bani Israel
Untuk masuk ke sini, orang Yahudi mensyaratkan mesti memakai penutup kepala.
Di sediakan kopiah kertas untuk pengunjung. Ia untuk menghormati Nabi Daud
Makam Nabi Daud a.s. Ia dipisahkan dengan dinding. Orang lelaki dan orang perempuan tidak dibenarkan bercampur. Nabi Daud dikurniakan dengan suaranya baginda yang merdu. Bagi orang yahudi, Nabi Daud adalah ahli muzik. Lambang di makamnya ialah lambang guitar Nabi Daud.
——
Artikel tambahan
Palestin bukan milik nenek moyang Yahudi
Oleh: Dr Juanda Jaya
Sumber: http://www.bharian.com.my/
MEMANDANG wajah bayi dan kanak-kanak yang terkorban di Gaza menimbulkan perasaan amat bersalah dalam hati kerana tidak mampu melakukan apa-apa untuk menyelamatkan saudara yang ditindas.
Soalan datang menerjah nurani keimanan, apakah bentuk bantuan paling relevan disumbangkan kepada mereka supaya kita terlepas daripada tanggungjawab sebagai Muslim di hadapan Allah SWT nanti?
Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi? Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman menumpahkan darah Muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para nabi? Apakah sumbanganmu untuk agama Allah SWT, apakah perananmu memastikan kalimah Allah SWT tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?
Tidak mampu rasanya menjawab soalan tajam umpama peluru yang mengoyak jantung hati kita. Betapa selama ini keselesaan hidup sudah melayukan semangat Islam dalam diri yang lena. Seluruh bumi Allah SWT ini adalah tanggungjawab kita, di mana seorang Muslim lahir di situlah tanah air kita.
Amat menyedihkan, ramai di kalangan umat Islam yang jahil terhadap isu Palestin. Padahal, mereka cukup bijak dalam menempa kejayaan peribadi, kerjaya dan kedudukan selesa yang seharusnya mencelikkan hati nurani untuk memandang dengan serius isu kemanusiaan sejagat.
Bermula daripada kesedaran memahami bahawa peperangan di Palestin adalah isu agama dan keimanan. Walaupun media sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri.
Tujuan media Barat memaparkan isu itu supaya umat Islam yang melihat daripada kaca televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan kerana letih melihat pertumpahan darah sesama Muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka.
Padahal, isu perebutan kuasa di Gaza sebenarnya sudah selesai dengan keputusan pilihan raya yang dimenangi Hamas. Yang membangkitkan peperangan lagi adalah Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah supaya terjadi konflik berlanjutan.
Sengketa Fatah dan Hamas adalah tipu daya dan rancangan busuk Israel serta sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik dalam Palestin. Juga, menipu dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang Palestin itu.
Akhirnya, umat Islam seluruh dunia melupakan Palestin. Jika seorang Muslim yang mengikuti dari jauh kisah perjuangan Palestin sudah rasa bosan, tidak terdetik hati untuk berniat memberi sokongan dan pertolongan, maka dikhuatiri keadaan itu akan mencabut keimanan dalam hatinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan. (Hadis riwayat Imam Abu Daud)
Kelemahan umat Islam dalam menyampaikan maklumat sahih mengenai isu Palestin dimanfaatkan Zionis yang mampu memutarbelitkan fakta dalam berita yang mereka sebar luaskan melalui media masa. Mereka menyatakan tanah Palestin adalah milik nenek moyang mereka, sedangkan jika diteliti, sejarah dunia sudah mencatatkan pembohongan mereka itu.
Asal bangsa Palestin dikenali sebagai bangsa Kanan dan keturunannya sudah mendiami tanah itu sejak 1500 tahun sebelum bani Israel menetap di sana. Islam pula datang dan memerdekakan Palestin daripada cengkaman penjajahan dan berkuasa selama 1200 tahun.
Sejarah tamadun Islam merekodkan pembebasan Palestin daripada cengkaman Rom pada zaman Umar bin al-Khattab. Islam memberi kedamaian selama 500 tahun di mana Kristian dan Yahudi dilindungi status kerakyatan mereka sebagai kafir Zimmi yang diberi hak sebagai warga negara.
Berdasarkan fakta penyelidikan seorang ahli akademik Yahudi sendiri bernama Arthur Koestler, lebih daripada 80 peratus Yahudi hari ini langsung tidak mempunyai kaitan sejarah dengan Palestin. Majoriti Yahudi sekarang sebenarnya berketurunan Yahudi Khazar iaitu puak Tartar-Turki kuno yang asalnya bukanlah Yahudi. Mereka mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang sudah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi, mereka sepatutnya pulang ke selatan Russia bukannya Palestin.
Jadi, mengapa Zionis amat berminat dengan bumi Palestin? Zionis Antarabangsa sudah merangka dengan teliti tanah jajahan yang paling strategik dan berharga dengan menciptakan negara Yahudi. Suatu ketika mereka pernah merancang memilih Uganda sebagai jajahannya tetapi di situ tidak ada nilai sentimental seperti di Baitulmaqdis yang menyimpan sejarah Bani Israel bertapak suatu ketika dulu.
Mereka juga beriman bahawa di Al-Quds akan muncul Messiah (penyelamat) dan akan mengasaskan kerajaan Yahudi yang besar seperti yang dibina oleh Sulaiman, menurut dakwaan dongeng mereka.
Sikap umat Islam terhadap penjajahan Israel ke atas Palestin tidak akan berubah sehingga hari kiamat. Kita wajib menentang sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan ke atas kaum Muslimin. Ulama sedunia sudah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah.
Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.
Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.
Antara tindakan minimum yang wajib dilakukan umat Islam di seluruh dunia adalah memboikot barangan Israel dan sekutu. Mereka juga haram menjalankan hubungan dagang dan memberi apa-apa bekalan musuh, termasuk memboikot Amerika yang juga sekutu utama Israel.
Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan: Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin. Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.
Apakah fatwa itu mampu menggerakkan umat Islam untuk menyokong perjuangan Palestin? Setiap kali kita membaca surah al-Isra dan mengingati peristiwa Israk dan Mikraj, muncul satu pertanyaan mengenai pembabitan kita dalam isu Baitulmaqdis, adakah cukup sokongan yang diberi untuk melayakkan kita sebaris dengan mereka yang berjihad di sana?
Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud: Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan generasi selepas kita nanti masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau anak kita akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Bahkan akan melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT.
Apabila sudah terhakis semangat menegakkan agama Allah SWT dalam diri generasi Islam, tidak mustahil mereka akan mengikut jejak tali barut kuffar memerangi umat Islam sendiri. Tidak peduli dengan agama, mencampakkan al-Quran dari dada mereka dan mengejek kemuliaan hadis Rasulullah SAW kerana terlalu taksub dengan kitab dari Amerika, Eropah dan bangsa lain.
Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar. (Surah al-Hujurat, ayat 15)
Penulis ialah pendakwah dari Sarawak dan boleh dihubungi melalui Juanda@msu.edu.my
Artikel tambahan 2
Source : http://palestinkini.info/?p=560
Siapakah Yang Lebih Berhak Terhadap Bumi Palestin menurut kacamata Islam ?June 30th, 2005 by admin Leave a reply
Mari kita sama? mendapatkan jawapan kepada soalan cepu emas tentang Palestin. Moga? dapat kita menyebarkan pada orang ramai seterusnya melenyapkan prasangka buruk kepada perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan kembali tanah mereka yang sekian lama di rogol rejim Zionis
1. Siapakah penduduk Palestin yang sebenarnya?
Sejarah telah menyaksikan bahawa bangsa berketurunan Kan?an merupakan bangsa terawal yang pernah menduduki bumi Palestin. Mereka berasal daripada Semenanjung Tanah Arab dan berhijrah ke Palestin sejak 4500 tahun tahun dahulu. Sejak itu, bumi Palestin dikenali sebagai Bumi Kanan kerana dominanisasi bangsa tersebut di sana.
Rakyat Palestin yang wujud sekarang ini berasal dari keturunan Kanan, iaitu bangsa dari masyarakat timur laut Mediteranian yang dikenali sebagai Filistin dan dari bangsa Arab yang berkahwin campur dengan Filistin. Walaupun Palestin sentiasa diperintah oleh pelbagai bangsa dan kumpulan dalam beberapa tempoh, namun rakyatnya yang asal terus duduk di si tu dengan aman.
Apabila Islam muncul, majoriti daripada orang Palestin ini telah memeluk agama tersebut, dan perlahan-lahan mengadaptasi bahasa Arab sebagai bahasa utama mereka, selaras dengan kepesatan perkembangan agama Islam di sana. Bahkan, identiti Islam di bumi Palestin tetap berdiri kukuh dan berpanjangan sepanjang sejarah Islam, bermula dengan penaklukan kuasa Islam pada tahun 15 hijrah (636 M) sehingga sekarang, dan kebenaran fakta ini tetap tidak boleh dinafikan walaupun sebahagian besar penduduk Muslim Palestin (yang dianggarkan seramai 6 juta) telah dihalau oleh pihak Zionis semenjak 1948 dan menjadi pelarian di dalam dan di luar Negara mereka.
2. Bagaimanakah pula dengan dakwaan kaum Yahudi bahawa merekalah penduduk asal bumi Palestin ?
Dakwaan Yahudi bahawa Palestin adalah milik mereka berdasarkan fakta sejarah adalah palsu dan berlawanan dengan hak-hak Muslim Palestin. Ini berdasarkan beberapa hujah, antaranya :
width=”200″ height=”200″>
Bergembira mereka di atas tangisan dan darah rakyat Palestin !!
1- Bangsa Palestin (yang dikenali sebagai bangsa Kanan)dan keturunannya telah mendiami dan memakmurkan bumi ini sejak 1500 tahun dahulu, bahkan sebelum Bani Israel menetap di sana. Mereka menetap di situ sungguhpun di zaman pemerintahan Bani Israel dan terus menetap sehingga kini walaupun selepas hubungan Yahudi dengan bumi Palestin terputus kerana diserang oleh Empayar Babilon pada 365 S.M dan Empayar Rom pada 70 Masihi.
2- Bangsa Yahudi telah memerintah hanya beberapa bahagian dari bumi Palestin (bukan semuanya) dan untuk selama empat kurun sahaja iaitu dari tahun 1000 hingga 586 sebelum Masihi. Pemerintahan mereka telah hancur sebagaimana yang telah berlaku kepada kerajaan Assyiria, Kerajaan Firaun, Greek dan Roman, sedangkan penduduk asal Palestin terus kekal di situ. Manakala pemerintahan Islam pula merupakan kerajaan yang paling lama dalam sejarah Palestin iaitu selama 1200 tahun (636-1917 M) terus menerus kecuali satu gangguan dari pemerintahan Salib yang singkat s elama 90 tahun.
3- Hakikatnya, hubungan antara bangsa Yahudi dengan Palestin telah terputus sejak 1800 tahun dahulu, iaitu sejak 135 M hingga Kurun ke 20. Pada ketika itu, mereka tidak mempunyai apa-apa kekuatan dari segi kepimipinan, politik atau tamadun di situ.
4- Bahkan ajaran kitab agama mereka sendiri mengharamkan kepulangan mereka ke Palestin. Sebab itulah gerakan Zionis yang menyeru kepada kepulangan bangsa Yahudi ke Palestin dianggap sebagai gerakan murtad, dan pengasasnya Theodore Herzl dianggap sebagai seorang yang kafir oleh rabbi ? rabbi di Eropah (sehingga kini masih lagi terdapat kaum Yahudi Ortodoks yang menentang kepulangan Yahudi ke Palestin seprti gerakan Naturei Karta, Samerites dan lain lain).
5- Berdasarkan fakta penyelidikan dari ahli akademik Yahudi, seperti Arthur Koestler; lebih daripada 80% orang Yahudi hari ini tidak mempunyai kaitan sejarah sedikit pun dengan Palestin. Majoriti besar orang-orang Yahudi sekarang ini sebenarnya berasal dari keturunan al-Khazar (Ashkenazi), iaitu puak Tatar-Turki kuno, yang mendiami bahagian utara Kaukaz (kawasan bekas Soviet) yang telah memeluk agama Yahudi pada kurun ke-8 Masihi. Oleh itu, sekiranya kaum Yahudi Zionis mendakwa bahawa mereka mempunyai hak untuk kembali ke Negara asal mereka, maka mereka sepatutnya pulang ke Selatan Rusia dan bukannya ke Palestin.
6- Adapun berkenaan dengan dakwaan mereka bahawa Yahudi mempunyai hubungan khas dengan Palestin adalah tidak benar, kerana berdasarkan fakta sejarah, kebanyakkan Bani Israel enggan menyertai kumpulan Nabi Musa a.s. berhijrah ke tanah suci Baitul-Maqdis. (Ini boleh dirujuk kepada old testament yang menjadi rujukan mereka, bagaimana mereka tidak masuk ke dalam kota Baitul maqdis di zaman Nabi Musa A.S : T he Genesis : 46, dan juga The exodus; Deuteronomy : 111).
7- Tambahan lagi, mereka pernah menolak tawaran raja Farsi yang bernama Cyrus untuk kembali ke bumi Palestin dari Babylon sebelum ini.
8- Sepanjang sejarah Palestin sehingga kini, bilangan Yahudi di situ tidak pernah mencapai 40% daripada bilangan penduduk Yahudi di dunia.
9- Yang menarik juga ialah, bapa pertubuhan Zionis dan pengasasnya, Theodore Herzl ketika membawa proposal untuk penubuhan Negara Israel telah mencadangkan Negara ? Negara lain seperti Uganda, Cyprus dan Argentina untuk dijadikan Negara Israel (Erezt Yizrael) dan bukannya Palestin. Ini jelas menunjukkan bahawa penubuhan Negara Israel di Palestin tiadalah kaitannya dengan hak mereka yang diiktiraf oleh agama mahupun sejarah.
10- Peristiwa Isra dan Miraj jelas menjadi bukti kepada kaum muslimin dan juga bukan islam yang juga mengakui kebenaran peristiwa tersebut berdasarkan bukti material bahawa Allah dan para anbiya telah mewariskan Baitul Maqdis, Bumi Palestin dan masjid al-Aqsa kepada Rasulullah S.A.W dan juga kmuslimin kawasan ? kawasan tersebut.
11- Perjanjian Umar al-Ahd al-Umari (The Covenant of Umar) juga telah menyatakan pengiktirafan kaum Kristian di atas ketuanan kaum muslimin di bumi tersebut, dan terang ? terang mereka meminta Omar jangan membenarkan orang Yahudi tinggal di Baitul Maqdis.
Tambahan pendapat menarik dari bro cg chrome
salah satu protokol of zion adalah untuk mewujudkan kaum yg yahudi yg ortodoks yg ultra kejam seperti yg kita lihat sekarang.. kemudian di wujudkan golongan yahudi moderate@sederhana yg konon2nya mengutuk rejim zionis sekarang dan tidak bersetuju dgn rejim zionis sekarang.. tetapi mereka adalah satu lagi produk protokol of zion supaya org2 Islam dapat menerima yahudi sebagai kawan… supaya mengurangkan kebencian kita pada mereka… dan mengujudkan satu lagi kaum di tgh2 iaitu kaum “jewish symphatizer” yg berasa kasihankan pada penderitaan kaum yahudi yg jelas dirancang oleh mereka sendri…
adolf hitler sendri adalah seorg yahudi dari austria… itu semua adalah perancangan licik supaya tercipta golongan pertengahan yg akan melindungi yahudi… penguasaan ekonomi adalah agenda utama sejak dari dulu lagi dan jugak penguasaan ketenteraan dan juga peralatan perang dimonopoli oleh yahudi laknattullah… saluran media.. makanan.. semua di kuasai mereka.. mereka melemahkan kita dari dalam.. rokok..dadah semua tu agenda utama protokol of zion… mari kita sama2 tinggalkan semua benda2 yg menyumbang secara langsung @ tidak kepada the jewish state…

No comments:

Post a Comment