Pages

Tuesday, May 11, 2010

WARTA KERAJAAN AL- SULTAN IBN QALAWUUN (Raja zaman Ibnu Taymiyah)


by salafytobat

WARTA KERAJAAN AL- SULTAN IBN QALAWUUN

Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
( 0133005046)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله رب العالمين, مكون الأكوان, مدبر الأزمان, الموجود أزلا وأبدا بلاكيف ولاجهة ولامكان , والصلاة والسلام على محمد سيد الأنبياء والمرسلين, وعلى ءاله الطاهرين وصحابته الطيبين, اما بعد
صورة مرسوم ابن قلاوون في ابن تيمية
مرسوم السلطان ابن قلاوون في تكفير من على دين ابن تيمية والتحذير من ابن تيمية ——————————————————————————–. انظروا كيف ان ابن تيمية كان كافرا باجماع اهل عصره وان القول
بالجهة والمكان كفر العياذ بالله. هكذا كان ولاة الامور يقطعون راس كل بدعة
.قال:
بسم الله الرحمن الرحيم
، الحمد لله الذي تنزه عن الشبيه والنظير وتعالى عن المثل فقال عز وجل: ﴿ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ ﴾ [سورة الشورى]، أحمده على أن ألهمنا العمل بالسنة والكتاب، ورفع في أيامنا أصباب الشك والارتياب، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، شهادة من يرجو بإخلاصه حسن العقبى والمصيبر، وينزه خالقة عن التحيز في جهة لقوله تعالى: ﴿ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ ﴾ [سورة الحديد]، وأشهد أن سيدنا محمدا عبده ورسوله الذي نهج سبيل النجاة لمن سلك سبيل مرضاته، وأمر بالتفكر في ءالاء الله ونهى عن التفكر في ذاته، صلى الله عليه وعلى ءاله وأصحابه الذين علا بهم منار الإيمان وارتفع، وشيد الله بهم من قواعد الدين الحنيف ما شرع، وأخمد بهم كلمة من حاد عن الحق ومال إلى البدع.وبعد، فان العقائد الشرعية وقواعد الإسلام المرعية وأركان الإيمان العلية ومذاهب الدين المرضية، هي الأساس الذي يبنى عليه [والمَوئِلُ]23 الذي يرجع كل أحد إليه، والطريق التي من سلكها فقد فاز فوزا عطيفا، ومن حاد عنها فقد استوجب عذابا أليما، فلهذا يجب أن تنفذ أحكامها، ويؤكد دوامها، وتصان عقائد الملة عن الاختلاف، وتزان قواعد الأئمة بالائتلاف، وتخمد ثوائر البدع، ويفزق من فرقها ما اجتمع.وكان ابن تيمية في هذه المدة قد بسط لسان قلمه، ومد [بجهله] عنان كلمه، وتحدث في مسائل الذات والصفات، ونمى في كلامه [ الفاسد] على أمور منكرات، وتكلم فيما سكت عنه الصحابة والتابعون، وفاه بما اجتنبه الأئمة الأعلام الصالحون، وأتى في ذلك بما أنكره أئمة الإسلام، وانعقد على خلافه إجماع العلماء والحكام، وشهر من فتاويه في البلاد ما استخف به عقول العوام، وخالف في ذلك فقهاء عصره، وعلماء شامه ومصره، وبعث برسانله إلى كل مكان، وسمى فتاويه بأسماء ما أنزل الله بها من سلطان.ولما اتصل بنا ذلك وما سلكه المريدون له من هذه المسالك الخبيثة وأظهروه من هذه الأحوال وأشاعوه، وعلمنا أنه استخف قومه فأطاعوه، حتى قيل إنهم صرحوا في حق الله سبحانه بالحرف والصوت [والتشبيه، والتجسيم] قمنا في الله تعالى مشفقين من هذا النبا العظيم، وأنكرنا هذه البدعة، وعز علينا أن تشيع عمن تضمه ممالكنا هذه السمعة. وكرهنا ما فاه به المبطلون، وتلونا قوله تعالى: ﴿ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ ﴾ [سورة المؤمنون]، فإنه [سبحانه وتعالى] تنزه في ذاته وصفاته عن العديل والنظير: ﴿ لاَّ تُدْرِكُهُ الأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ ﴾ [سورة الأنعام]، فتقدمت مراسيمنا باستدعاء [ابن تيمية] المذكور إلى أبوابنا العالية عندما سارت فتاويه [الباطلة] في شامنا ومصرنا، وصرح فيها بألفاظ ما سمعها ذو لب الا وتلا قوله تعالى: ﴿ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُّكْرًا ﴾ [سورة الكهف].[/ولما وصل إلينا تقدمنا إلى أولي العقد والحل، وذوي التحقيق والنقل، وحضر قضاة الإسلام، وحكام الأنام، وعلماء الدين، وفقهاء المسلمين، وعقد له مجلس شرعي في ملأ وجمع من الأئمة، [ومن له دراية في مجال النظر ودفع] فثبت عندهم جميع ما نسب إليه، [بقول من يعتمد وبعول عليه]، وبمقتضئ خط قلمه الدال على منكر معتقده، وانفصل ذلك الجمع وهم لعقيدته الخبيثة منكرون، وءاخذوه بما شهد به قلمه تالين: ﴿ سَتُكْتَبُ شَهَادَتُهُمْ وَيُسْأَلُونَ ﴾ [سورة الزخرف]، ونقل إلينا انه كان استتيب مرارا فيما تقدم، وأخره الشرع الشريف لما تعرض لذلك وأقدم، ثم عاد بعد منعه، ولم تدخل تلك النواهي في سمعه.وصح ذلك في مجلس الحاكم العزيز المالكي حكم الشرع الشريف أن يسجن هذا المذكور وأن يمنع من التصرف والظهور، ويكتب مرسومنا هذا بأن لا يسلك أحد ما سلكه المذكور من هذه المسالك، وينهى عن [التشبيه في] اعتقاد مثل ذلك، أو يعود له في هذا القول متبعا، أو لهذه الألفاظ مستمعا، أو يسري في التشبيه مسراه، أو أن يفوه بجهة العلو بما فاه، أو أن يتحدث أحد بحرف أو صوت، أو يفوه بذلك إلى الموت، أو يتفوه بتجسيم، أو ينطق بلفظ في ذلك غير مستقيم، أو خرج عن رأي الأئمة، أو ينفرد به عن علماء الأمة، أو يحيز الله سبحانه وتعالى في جهة أو يتعرض إلى حيث وكيف، فليس لمعتقد هذا إلا السيف.فليقف كل واحد عند هذا الحد، ولله الأمر من قبل ومن بعد، وليلزم كل من الحنابلة بالرجوع عن هذه العقيدة، والخروج عن الشبهات الزائغة الشديدة، ولزوم ما أمر الله تعالى به من التمسك بمذاهب أهل الإيمان الحميدة، فانه من خرج عن أمر الله فقد ضل سواء السبيل، ومثل هذا ليس له إلا التنكيل، والسجن الطويل مستقره ومقيله وبئس المقيل.[وقد رسمنا بأن ينادى في دمشق المحروسة والبلاد الشامية، وتلك الجهات الدانية والمقاصية بالنهي الشديد والتخويف والتهديد لمن اتبع ابن تيمية في هذا الأمر الذي أوضحناه، ومن تابعه تركناه في مثل مكانه وأحللناه، ووضعناه من عيون الأمة كما وضعناه] ومن أصر على الامتناع وأبى إلا الدفاع، أمرنا باسقاطهم من [مدارسهم] ومناصبهم، ووضعهم من مراتبهم مع إهانتهم، وأن لا يكون لهم في بلادنا قضاء ولا حكم ولا ولاية ولا تدريس ولا شهادة ولا إمامة بل ولا مرتبة ولا إقامة، فإنا أزلنا دعوة هذا الرجل من البلاد، وأبطلنا هذه العقيدة التي أضل بها كثيرا من العباد أو كاد [بل كم أضل بها من خلق وعاثوا بها في الأرض الفساد، ولتثبت المحاضر الشرعية على الحنابلة بالرجوع عن ذلك وتسير المحاضر بعد إثباتها على قضاة المالكية]، وقد أعذرنا وحذرنا وأنصفنا حيث إنذرنا، وليقرأ مرسومنا هذا على المنابر، ليكون أبلغ واعظ وزاجر، وأعدل ناه وءامر إن شاء الله تعالى. والحمد لله وحده وصلواته على نبينا محمد وءاله وصحبه وسلم. والاعتماد على الخط الشريف أعلاه. وكتب ثامن عشري شهر رمضان سنة خمس رسبعمائة. ا. هـ.
وهذه المراسيم الصادرة في حقه بعد محاكمته أمام جماعة من كبار العلماء في عصره مسجلة في كتب التواريخ ، وكتب خاصة مثل عيون التواريخ ، ونجم المهتدي ، ودفع الشبه وغيرها
IBN QALAWUUN VS IBN TAYMIYAH
WARTA KERAJAAN DAN SEJARAH HITAM IBN TAYMIYAH
Ini adalah suatu naskhah dipanggil Warta Kerajaan Al-Sultan Nasir Al-Dunya Wal-Deen, Muhammad Ibn Qalawuun- semoga Allah merahmatinya-. Warta Kerajaan ini di baca di atas Mimbar Jamek di Dimashq (Damasqus Mosque) pada Hari Jumaat pada tahun 750 H. Lihatlah bagaimana Ibn Taymiyah Al-Harrany telah dihukumkan keluar dari Islam secara Ijmak ulamak-ulamak sezaman dengannya dan juga keputusan para pemimpin, ini adalah ekoran daripada iktikodnya yang mengatakan Allah mempunyai arah dan tempat, wal-iyazubillah….
Kandungan Warta Kerajaan sebagaimana berikut ;
“ Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Suci daripada perumpamaan dan persamaan, dan Maha Suci Allah Taala daripada perbandingan.
Maka Allah Azza Wajalla berfirman ;
Yang bermaksud : “ Allah Taala tidak sekali-kali sama dengan makhluk”Surah Syura Ayat ; 11.
Aku memuji dan bersyukur kepada-Nya yang telah mengilhamkan kepada kita supaya beramal dengan As-Sunnah (Al-hadits) dan Al-Kitab (Al-Quran), dan telah mengangkat atau menghilangkan daripada hari-hari kami sebab-sebab yang boleh membawa kepada syak dan keraguan.
Aku bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Taala Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi kewujudannya. Ini merupakan suatu penyaksian bagi mereka yang selalu mengharapkan keikhlasan-Nya iaitu mengharapkan sebaik-baik balasan dan sebaik-baik tempat kembali. Maha Suci Penciptanya daripada mengambil tempat dari mana-mana arah kerana Allah Taala berfirman ;
Yang bermaksud ; “ Dan Allah sentiasa bersama (dengan ilmu) kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Taala Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. Surah Al-Hadid Ayat ; 04.
Dan aku bersaksi bahawa penghulu kita Nabi Muhammad itu merupakan hamba-Nya dan Rasul-Nya yang mana dialah yang mempelopori manhaj jalan mereka yang terselamat, iaitu jalan bagi mereka yang berjalan di dalam perjalanan untuk mencari keredhaan Allah Taala. Dia memerintahkan supaya bertafakkur (meneliti dan memikirkan) kepada Makhluk Allah dan melarang bertafakkur tentang Zat-Nya. Semoga Allah Taala menganugerahkan kesejahteraan ke atasnya (Nabi Muhammad) dan ke atas para sahabatnya yang agung dengan menara iman dan ketinggiannya. Allah telah memantapkan mereka dengan kaedah-kaedah atau peraturan agama yang suci. Di samping itu juga, Allah telah memberi kelebihan kepada mereka membezakan perkataan yang membawa kepada kebenaran dan perkataan membawa kepada kebida’atan (perkara-perkara baru dalam agama hasil rekaan semata-mata berdasarkan nafsu tanpa petunjuk dari Al-Quran dan Al-Sunnah ).
Dan adapun,
Maka sesungguhnya pegangan-pegangan syariat dan qawaid atau peraturan Islam yang terpelihara dan rukun-rukun iman yang agung dan aliran madzhab-madzhab yang di redhai oleh agama, ini merupakan batu asas terbinanya di atasnya sesuatu perkara, dan ia merupakan suatu rujukan penting bagi setiap orang yang memerlukannya, dan ia adalah jalan yang siapa sahaja yang melaluinya maka akan mendapat kejayaan yang besar, dan barangsiapa berpaling daripadanya maka wajib menerima azab yang amat pedih. Oleh kerana inilah wajib untuk kamu melaksanakan hukum- hakamnya, dan menguatkan kelangsungannya, wajib kamu menjaga tiang-tiang akidah daripada berlaku perselisihan (kerana iktikod adalah satu dan tidak harus berikhtilaf sepertimana ilmu fiqhiyah), dan kamu mesti membuat pertimbangan yang adil kaedah atau peraturan yang diletakkan oleh imam-imam dalam keadaan yang harmoni, dan kamu dapat membezakan perkara-perkara rekaan dalam agama (bida’ah), dan juga dapat membezakan firqah-firqah yang pelbagai.
Dewasa ini, kita melihat Ibn Taymiyah menyebarkan dakwat penanya (dakyahnya), dan dengan kejahilannya itu, dia telah memanjangkan atau menyebarkan ucapan-ucapannya, dia membicarakan tentang permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan Zat Allah dan Sifat-Sifatnya, dan dia menashkan atau meletakkan kata-katanya yang buruk yang berteraskan kemungkaran, tambahan lagi dia bercakap tentang perkara yang para sahabat dan tabi’en mengambil sikap berdiam diri, dan keluar di bibirnya perkara-perkara yang ulamak-ulamak salafussoleh pernah jauhi, dan dia membawakan sesuatu yang telah diingkari oleh ulamak-ulamak Islam yang muktabar, manakala perkara yang dibawanya itu telah berlaku ijmak ulamak dan para hakim tentang percanggahan dengan apa yang dibawa olehnya, tersebar fatwa-fatwa sesatnya di dalam negara yang mana boleh memperbodohkan (mengelirukan) pemikiran orang awam, dia bercanggah dengan ulamak-ulamak fuqaha’ yang sezaman dengannya ( contohnya Imammuna Syaikhul Islam Al-Hafidz Al Faqih Taqiuddin Al- As-Subki Rahimahullah ), dan ulamak-ulamak di Bumi Syam ( ulamak-ulamak yang tinggal di Kawasan Palestin, Jordan, Lubnan, Dan Syiria) dan Mesir,dan dia menghantar risalah-risalahnya yang berisi fatwa (sesatnya) ke setiap tempat dan menamakan fatwanya dengan nama yang tidak berteraskan dengan apa yang Allah Taala wahyukan ke Pada Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wassallam. 
Apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan kami dan berita tentang pengikut-pengikutnya yang telah terpengaruh atau menjejaki apa yang telah dipeloporinya (Ibn Taymiyah), ia merupakan suatu yang teladan buruk dan keadaan ini memang terjadi secara jelas nyata dan mereka pula tersebar, dan kami tahu yang dia telah mengeksploitasi kaumnya manakala mereka (kaumnya) pula amat taasub (fanatik) dan taat padanya, sehinggalah (Ibn Taymiyah) menyebut dengan terang bahawa Allah mempunyai huruf dan bersuara, mentashbihkan Allah Taala dengan makhluk, menjisimkan Allah dengan anggota badan, lalu kami ikhlas kerana Allah Taala bangkit dan bangun menyahut janji baik Allah Taala dengan mengingkari perkara bida’ah ini. Perkara ini amat menyakitkan kami kerana ianya telah ini tersebar di dalam pemerintahan kami. Dan kami amat membenci perkataan sebegini yang keluar daripada orang-orang yang batil.
Marilah sama-sama kita hayati firmanallah ;
Yang Bermaksud ; “Maha Suci Allah Taala daripada apa yang mereka sifatkan” Surah Al-Mukminun Ayat ; 91.
Bahawasanya Allah Taala Maha Suci daripada perumpamaan dan persamaan.
Allah Taala berfirman ;
Yang Bermaksud ; “Dia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata dan diliputi dengan penglihatan mata sedangkan Dialah Yang Maha Melihat segala penglihatan mata, dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hamba-Nya dengan belas kasihan), lagi Yang Maha Mendalam pengetahuannya.” Surah Al-An’am Ayat ; 103.
Dan kami persembahkan Warta Kerajaan kami sebagai mendakwa Ibn Taymiyah ke pintu tertinggi kami (Mahkamah Tinggi kami) apabila fatwanya yang batil lagi sesat tersebar dan merebak di bumi kami iaitu Syam Dan Mesir. Dia menyebut dengan nyata sekali yang mana kalau dibaca oleh mana-mana orang yang mempunyai akal fikiran lantas orang tersebut akan membaca firmanallah ;
Yang bermaksud ; “ Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar” Surah Al-Kahfi, Ayat ; 74
Apabila hal ini sampai kepada kami, kami bentangkan perkara ini kepada Ahli Al-‘Ahdi Wal-‘Aqdiy ( ulamak-ulamak muktabar yang pakar yang menjadi anggota syura perlantikan khalifah wakil kepada Umat Islam sejagat), dan kepada Ulamak Muhaqqiq yang pakar (ulamak yang boleh membezakan yang sahih dan yang batil) dan Ahli Naql (ulamak yang pakar dalam bidang nukilan nash dan laporan). Majlis tersebut dihadiri para Qadhi-Qadhi Pakar Islam ( hakim-hakim yang cerdik pandai dan pakar), dan dihadiri juga para pemimpin sebagai wakil kepada orang ramai, dan turut hadir para ulamak-ulamak agama yang terbilang, dan para alim Fuqaha’ Islam. Kemudian Mahkamah Tinggi Syari’ah pun membicarakan kesnya (Ibn Taymiyah) di hadapan khalayak ramai dan dihadapan sekumpulan para A’immah dan di hadapan mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang penelitian dan pengkritikan). Setelah itu, telah sabitlah ke semua atau keseluruhan tuduhan ke atasnya. Manakala penulisan tangannya juga menjadi bukti yang kukuh menunjukkan kemungkaran iktiqod yang dipegang olehnya, dan setelah itu telah bersurai sekumpulan orang ramai kerana mengetahui dan mengingkari akidahnya yang amat buruk. Dan Mereka mengambilnya dengan apa yang dapat dilihat dengan tulisan tangannya, lalu mereka membacakan firmanallah ;
Yang Bermaksud ; “ Penyaksian mereka akan dicatat dan mereka akan di persoalkan kelak (serta akan menerima balasannya) “ Surah Az-Zukhruf ,Ayat ; 19.
Dan kami diberi laporan atau diberitahu bahawasanya dia (Ibn Taymiyah) pernah di minta dan diperintahkan supaya bertaubat beberapa kali sebelum ini, walaubagaimanapun dia tetap kembali kepada akidahnya (yang batil) selepas dia ditegah berbuat sedemikian itu. Dia tidak pernah mendegar tegahan itu dan tidak pernah masuk ke dalam telinganya (bersikap tolol dan degil dan menentang).
Dan telah sahih apa yang berlaku di dalam Majlis Mahkamah Al-Hakim Al-Aziz Al-Maliky, Hakim Syar’i memutuskan supaya Ibn Taymiyah dipenjarakan di samping melarang dia melakukan pergaulan dan menonjolkan diri di khalayak ramai. Warta Kerajaan kami ini ditulis bertujuan supaya tidak ada lagi yang berani mengikuti jejak langkah yang dipelopori oleh lelaki yang disebut tadi (Ibn Taymiyah). Dan juga bertujuan supaya akidah tashbih seperti itu dibasmikan (tidak diikuti lagi), atau masih lagi mencontohi perkataannya, atau masih lagi mendengar ucapan-ucapannya, atau terjebak atau terjerumus di dalam akidah mentashbihkan Allah dengan makhluknya, atau masih lagi menuturkan dengan memberi arah yang berjarak tinggi kepada Allah ( arah adalah seperti ; kanan kiri, atas bawah,dan depan belakang), atau masih lagi mengatakan (Kalam Allah) berhuruf dan bersuara, atau mengungkap dan perkara yang sedemikian rupa sehinggalah meninggal dunia, atau pun masih lagi membicarakan dengan barang yang membawa kepada tajsim (memberi anggota badan kepada Allah Taala), atau menuturkan dengan pertuturan yang tidak betul, atau keluar daripada pandangan para A’immah, atau mempunyai pandangan yang ganjil daripada pandangan ulamak-ulamak Umat Islam, atau masih lagi memberi tempat kepada Allah Taala, padahal Maha Suci Allah Taala dari pada arah atau meletakkan Allah Taala pada tempat dan memberi kaifiat (seperti mengatakan Allah Taala duduk bersemayam-iaitu sifat yang tidak warid bagi Allah ). Maka iktikod sebegini tiada membawa apa-apa melainkan membawa kepada pedang (peperangan).
Maka marilah setiap individu antara kita memberhentikannya setakat had ini sahaja, semua perkara yang dahulu dan yang kemudian adalah bagi Allah Taala, dan wajiblah setiap individu daripada madzhab hanabilah insaf kembali daripada berpegang dengan iktiqod ini (ini kerana pada masa itu terdapat segelintir mereka yang menisbahkan diri kepada madzhab Hanabilah terjebak dengan najis tahsbih dan tajsim Ibn Taymiyah- manakala Ibn Taymiyah pula menisbahkan dirinya kepada Hanabilah secara Zuran wa Buntanan), dan keluar daripada perkara syubuhaat (perkara yang membawa keraguan kepada orang ramai) yang cenderung kepada hawa nafsu yang teruk, dan marilah melazimkan diri dengan mengamalkan perintah Allah Taala dengan berpegang dengan madzhab-madzhab di kalangan Ahlul Iman yang terpuji, maka barangsiapa yang keluar daripada perintah Allah, maka sesatlah dia di seburuk-buruk perjalanan,.dan orang yang sebegini tiada apa-apa melainkan perlu ditegah atau dilarang, dan penjara yang lama dan berterusan merupakan detinasinya dan inilah seburuk-buruk tempat tinggal untuknya.
Dan kami telah memutuskan supaya ia sepatutnya dipanggil keluar daripada penjagaan atau pengawalan Dimashq (Dimascus) dan juga bumi Syam, dan negara lain yang berdekatan dan negara yang berjauhan dengan cara penegahan serius, menakut-nakutkan, dan mencabar mana-mana yang berani mengikut Ibn Taymiyah dalam perkara ini yang mana telah kami terangkan sekejap tadi. Barangsiapa yang menjejakinya atau mengikutinya, kami akan membiarkan mereka sama tempat atau senasib dengan Ibn Taymiyah dan kami akan letakkan dia dihadapan Umat Islam sebagai mana telah kami lakukan sebelum ini (kepada Ibn Taymiyah). Barang siapa yang cuba ingkar dan menolak arahan kami dan mengambil keputusan untuk mempertahankan (Ibn Taymiyah) akan kami perintahkan supaya mereka dipecat dari persekolahan dan dipecat dari mana-mana agensi, lalu kami akan tempatkan mereka pada martabat yang rendah bersama orang bawahan supaya mereka merasa hina. Mereka ini di Negara kita tidak akan dapat apa-apa hak keistimewaan, tiada pengadilan, tiada wilayah, tiada pengajaran (dihalang mengajar), tiada dapat tauliah dan sijil, tidak diberi apa-apa jawatan, tiada martabat atau pangkat, dan tidak boleh bermastautin di dalam negara kita.
Kami telah melenyapkan dakyah lelaki ini dari tersebar dan merebak ke negara-negara, dan kami telah mengesahkan akidah ini (Ibn Taymiyah) telah atau hampir menyesatkan ramai hamba Allah, bahkan berapa ramai orang telah tersesat disebabkan (akidah) nya itu, dan tersebar kefasadan di merata-rata tempat di muka bumi?!!
Biarlah laporan membuktikan atau mensabitkannya kepada Hanabilah (segelintir mereka yang menisbahkan diri kepada Hanabilah pada ketika itu terpengaruh dengan akidah tajsim Ibn Taymiyah) supaya meninggalkannya daripada terjebak dengan perkara tersebut , setelah laporan dapat disahkan kesahihannya atau dapat dibuktikan bahawa ianya sabit lantas di bawa ke hadapan Qadhi Malikiyah. Sesungguhnya, memandangkan kami telah memberi amaran terlebih awal, kami tidak akan menerima lagi (apa-apa) alasan dan kami telah melakukan keadilan untuk itu. Dan biarlah kami bacakan Warta Kerajaan kami ini di atas mimbar-mimbar supaya ianya menjadi sebaik-baik peringatan, tauladan dan juga pencegah (daripada melakukan perbuatan tersebut), dan menjadi seadil-adil pencegah dan dan sebaik-baik penyuruh kepada kebaikan insyaAllah ( sekiranya dengan kehendak Allah). Dan segala puji-pujian bagi Allah Yang Maha Esa dan selawat dan salamnya ke atas junjungan besar Nabi Kita Muhammad Sollallahu ‘Alaihi Wasallam, dan ke atas keluarganya, para sahabatnya. Perkara diatas merupakan kebergantungan kepada tulisan tangan Yang Arif sendiri . Ianya ditulis pada 18 Ramadhan Pada Tahun 750 H.” Selesai nukilan secara amanah penulis bagi Warta Kerajaan Sultan Ibn Qalawuun.
Warta Kerajaan ini diterbitkan berdasarkan kes Ibn Taymiyah selepas dibicarakan kesnya di Mahkamah Syariah di hadapan sekelompok ulamak-ulamak yang terbilang pada zamannya. Manakala perkara ini menjadi sejarah hitam Ibn Taymiyah sememangnya termaktub di dalam kitab-kitab sejarah seperti kitab ;
1.‘Uyun At-Tawarikh
2. Najmul Muhtady
3. Daf’ As-Shubah Man Syabbaha Wa Tamarrada
4. Dan Sebagainya..
Soalan penulis ; Kalau bukan ulamak yang sezaman yang menentukan kesesatan Ibn Taymiyah, siapa lagi?? Takkan wahai wahhabi yang tak pernah jumpa Ibn Taymiyah nak pandai-pandai kot??
Disediakan Oleh ;
Abu Lehyah Al-Kelantany
(0133005046)

No comments:

Post a Comment