Pages

Thursday, May 6, 2010

Wanita tanpa tangan mahu tali pinggang hitam taekwando



Sheila Radziewicz menggunakan senjata nunchucks semasa berlatih taekwando di pusat taekwando Bruce McCorry's Martial Arts di Peabody, Massachussets. - AP


PEABODY, Massachusetts 5 Mei - Seorang wanita yang lahir tanpa tangan kini bersiap sedia menjalani ujian bagi meraih tali pinggang hitam dalam taekwando.
Sheila Radziewicz dijadual mengambil ujian tersebut pada bulan depan di pusat taekwando Bruce McCorry's Martial Arts di Peabody.
Wanita berusia 32 tahun itu yang merupakan pemegang tali pinggang coklat, dilahirkan dengan sindrom thrombocytopenia-absent radius atau TAR, memberitahu akhbar The Salem News bahawa dirinya sudah berlatih dalam seni mempertahankan diri itu sejak tiga tahun.
Jurulatihnya, McCorry berkata, beliau tidak pernah menemui pelatih seperti Radziewicz. Di sebalik kekurangannya, wanita itu masih boleh mematahkan papan dengan tendangan kakinya.
Radziewicz yang menetap di bandar Salem di sini dan bertugas sebagai peguam mewakili mangsa-mangsa keganasan rumahtangga berkata, beliau tidak pernah membiarkan kecacatannya menghalang pergerakan dirinya.
Pada usia 23 tahun, Radziewicz memperoleh lesen memandunya. Beliau memandu menggunakan kakinya. - AP

No comments:

Post a Comment