Pages

Monday, May 3, 2010

Wahai Anak Dajjal,Baca Ini!

Posted by PjOy HaSha


Kepada sesiapa yang berkenaan!
Aku tidak tahu ko Islam atau pun Yahudi tapi apa yang ko dah buat ini tidak melambangkan ko seorang Islam. Malah lebih teruk dari kafir!! Ini sudah kali kedua forum kami dibanned dalam masa beberapa hari. Kami merasakan ada mata-mata di kalangan kita semua, mungkin beliau seorang Melayu Islam. Tidak dapat kami pastikan. Tapi yang pasti beliau telah melakukan sesuatu yang menghalang usaha kami menyedarkan umat Islam.
Sabda Rasullulah, dari Abdullah 'Amr.
Sampaikanlah pesanku walau satu ayat.

Tujuan kami baik, ingin menyedarkan umat Islam tetapi telah dihalang oleh tali barut Yahudi di kalangan kita.Ingatlah, tuhan kita adalah Allah, bukan dajal laknatullah! Jika kamu tidak mahu dengar atau terima apa yang kami perjuangkan ini janganlah melakukan sesuatu yang terkutuk ini!

Kumpulan kami telah berjaya menyedarkan sedikit sebanyak umat Islam, ramai antara ahli kumpulan kami yang dulunya leka dengan duniawi dajal kini telah mula sedar dan berusaha untuk berubah. Inilah yang mahu kami perjuangkan. Kesedaran dalam diri sendiri. Mungkin dajal akan datang pada generasi kita, mungkin tidak. Tapi masanya sudah hampir.


Sabda Rasullulah:
Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).



Kami tidak akan berputus asa walaupun telah dihack dan dibanned berkali-kali. Allah sentiasa ada bersama kami. Dan kepada mereka yang melakukan ini, aku harap sedarlah sebelum terlambat..

Kepada ahli Free Our Mind usaha kita tidak akan berhenti setakat ini, aku akan inform balik di blog aku tentang forum baru yang akan dibuka nanti. Stay tuned.

Sedarlah kepada sesiapa yang membuat perbuatan terkutuk ini. Kami doakan Allah memberi hidayah kepada kamu dan bertaubatlah sebelum terlambat.

Kami adalah hamba Allah, kamu semua adalah hamba The Hidden Hand yang cuba menyesatkan kita semua.Allah is only the god.. Remember that!

1 comment: