Pages

Thursday, May 13, 2010

Transkrip Ucapan Penting Mahathir kepada Sekretariat Freemason di dalam UMNO



(Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainudin, Sabarudin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali,
Mohamad Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November. Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat
UMNO)
 MAHATHIR:
"Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orangUMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar. Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini. Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah.
Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk
pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain.
Mereka kebanyakan bukan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO. Jadi itulah sebabnya mereka lepaskan perasaan marah mereka dengan menganggotai PAS. Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO. Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu sayameminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini. Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudiankita tabuk janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni.
Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. Nanti mereka sabotaj UMNO.
Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan.
Susahlah kita nak hadapi pilihanraya. Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang
sebaik-baiknya. Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima
strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.
Dia buat Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan banyak projek  Islam lain. Itu kita kena akuilah. Tapi Anwar ni guna Islam untuk dapat pengaruh politik. Yang sebenarnya dalam diri dia masih banyak  yang tak betul. Maksiat, zina, liwat ni jadi perkara biasa yang selama ini berjaya disembunyikan. Tapi jangan ceritalah macam mana dia sodomise Munawar, Sukma dan lain-lain tu. Orang susah nak caya. Sebab nanti orang tanya balik, kita tenguk ke? Guna diplomasi sikit.
 
Tun Ghaffar dan Rahim kena buat strategi lain. Yang kita bincang dulu nampak gaya tak boleh pakai la ni. Perkara ketiga soal maklumat. Saya dah terima laporan Jawatankuasa Politik MTEN tentang pengaruh Internet menyibarkan berita anti-kerajaan. Ramai sungguh yang dah kemarukInternet la ni. Dua minggu lalu, net surfers yang melawat Home page penyokong Anwar nak sampai 10 juta. Saya terkejut dengar laporan tu. Tapi melihat kepada media massa kita, saya fikir para penyokong Anwar akan terus melawat home page itu. Sebab tu saya dah arahkan semua ketua pengarang akhbar supaya beri ruang sikit kepada berita sebenak tentang Anwar.  Sebelum ni kita arahkan supaya twist the story. Kalau laporan mahkamah tu biak pi lah bubuhberita yang agak pro Anwar. I don't mind sebab orang Melayu tak minat baca prosiding mahkamah yang teknikal. Yang sensasi saja yang depa suka. Kalau tidak nanti orang tak baca surat khabar untuk tau cerita mahkamah. Depa baca Internet pula. Lagi sakit kita bila Internet lebih mereka percaya. Pengrang-pengarah akhbar juga komplain tentang circulation yang makin menurun. Saya kata, sabarlah kita tengah berjuang. Kalau apa-apa yang buruk berlaku seperti kerugian besar sebab tak boleh cover cost, jangan sampai buang pekerja. Nanti rakyat lebih marah kepada kerajaan. Tak apalah nanti kita cari jalan macam mana nak bantu surat khabar.
Untuk makluman tuan-tuan, jualan Utusan merosot ada ketikanya sampai 40%. Jualan Berita Harian dan NST merosot 25%. Ini tak pernah berlakusebelum ni. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, teruk lagilah kewangan syarikat ini. Star agak naik sikit sebab dia lebih berani.Sebab tu ZAMdan Kadir komplain bagaimana kita tak ambil tindakan terhadap Star yang guna advantage nampak kadang-kadang tak begitu pro-kerajaan. Saya harap dalam soal ni, Tun Daim dan Tuk Mat main peranan lebih sikit. Bantu suratkhabar yang ada masalah kewangan. Kata pada semua editors, kurang circulation tak apalah. Nanti kita tanggung sikit. Tapi masej mesti terus macam yang diarahkan dulu.
Keempat, dan barangkali perkara terakhir sebelum tuan-tuan mengemukakan apa-apa pandangan, ialah tentang prosiding di mahkamah. Siang tadi, court telah buat keputusan supaya surat Said Awang kepada saya dikemukakan ke mahkamah. Saya dah bincang dengan IGP dan AGsupaya surat itu direlease. Kalau tidak nanti orang kata kerajaan macam-macam. Susah kita nak jawab. Surat itu penting sebab cerita tentang konspirasi nak jatuhkan Anwar. Tak apa nanti saya cover. Tun Daim tak perlu takutlah. Your name will not be tarnished. I know what to do. Dalam surat khabar Internet, AFP dah buat report tentang surat tu. I am sure others will follow. Sekarang ni pun kita kena lebih bijak bila menjawab laporan akhbar terutama sekali kalau ditemuramah oleh media asing. Mereka tu tak terikat denganmana-mana dasar kita. Soalan dia pun banyak yang critical tak macam local journalists (ketawa) too straight forward and coward. Kena faham baik-baik apa yang mereka nak kita buat kesalahan. Media asing memang akan hentam UMNO, mereka nak lanyak kerajaan. Itu agenda mereka. Jadi kita kena faham betul-betul. Jangan kita masuk perangkap mereka. Nanti kalu susah kita. Sebab dunia tengah perhati kita. Apa yang terjadi dalam court dalam kes Anwar ni penting untuk masa depan pelaburan asing di sini.
Saya juga agak terkejut bila Alvin Toffler hentam saya dalam Los Angeles Times. Saya dapat laporan tulisan dia tu jugak disiar di banyak negara Arab. Duta kita ke Saudi beri laporan tulisan itu terbit dalam Saudi Gazette pada 3 November. Ini susah sikit sebab Toffler ni penasihat MSC. Kalau penasihat dah kata jangan melabur di Malaysia, apa nak jadi. Saya ingat saya nak protes, nak tulis dalam akhbar yang sama jawab Toffler. Tapi Tun Daim kata jangan sebab nanti orang lebih concern tentang apa yang sedang berlaku di Malaysia. Kalau ada yang mereka tak setuju, tentang prosiding mahkamah, polis atau ISA, nanti mereka pull out. Susah kita nanti. Sebab itu saya nak beberapa orang menteri kanan pergi sendiri ke Amerika, Britain, Jepun, Australia, Perancis untuk jelaskan isu Anwar. Kata pada mereka, kita mesti tunggu posiding mahkamah selesai sebelum buat keputusan. Kalu mereka masih tidak mahu melabur di Malaysia, kita kena berijaminan yang lebih kebebasan maklumat dalam Internet sebagaimana yang termaktub dalam cyberlaws jika mereka anggotai MSC. Sebab itu dalam kes Anwar ni kita tak boleh monitor Internet. Sebenarnya kita monitor juga untuk tahu apa yang tersebar. Kita dah luluskan peruntukan RM20 juta untuk cover tentang isu Anwar menerusi Internet. Tapi kita tak boleh switch off terus. Kalau kita buat macam tu, mampuh MSC. Saya nak jelaskan di sini bahawa kita komited dengan MSC. Kita dah belanja berbilion untuk MSC.
Jabatan Perdana Menteri pun dah kita rancang beroperasi dalam kawasan MSC. Kalau tak silap saya, perancangan hingga tahun 2005 melibatkan RM35 bilion untuk pembangunan MSC. Banyak dah kita belanja. Sebab itu MSC kena berjaya dan saya tak mahu isu Anwar ini, well I have to admit that I have done some fundamental mistakes, menyebabkan MSC tergendala. I hope the message is clear. Saya bukalah majlis inikepada tuan-tuan kalu ada yang nak dibincangkan."

No comments:

Post a Comment