Pages

Wednesday, May 19, 2010

TERIMA KASIH TUHAN




 
Terima kasih Tuhan
memberi sehari lagi nafas
untuk ku hirup udaraMu

Terima kasih Tuhan
memberi sehari lagi nafas
untukku mengingatiMu dalam ibadatku

Terima kasih Tuhan
memberi sehari lagi nafas
  
untukku menyintai anak isteriku
untukku menyayangi ibu bapaku

Terima kasih Tuhan
memberi sehari lagi nafas
untukku berdoa buat anak isteriku
untukku berdoa buat ibu bapaku

Terima kasih Tuhan
memberi sehari lagi nafas
untukku kesat air mata dukaku
untukku hitung duka laraku

Terima kasih Tuhan
terima kasih Tuhan
atas anugerah segalanya

No comments:

Post a Comment