Pages

Saturday, May 15, 2010

Teori konspirasi pesawat Presiden terhempas




IMEJ yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan insiden tembakan di lokasi nahas pesawat yang membawa Presiden Poland, Lench Kaczynski.


LONDON - Satu klip video di Internet menunjukkan insiden tembakan ke atas beberapa mangsa terselamat dalam nahas sebuah pesawat dinaiki Presiden Poland, Lech Kaczynski pada April lalu di Rusia sekali gus menimbulkan pelbagai teori konspirasi, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Rakaman tembakan itu menyiarkan suara beberapa orang lelaki bersenjata yang bercakap dalam bahasa Rusia.
Namun, pakar-pakar penerbangan Rusia menyifatkan klip video yang tersebar di Internet termasuk di YouTube itu merupakan satu penipuan.
Rusia mendakwa video tersebut adalah percubaan untuk memburukkan Rusia yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan anti-Rusia sama ada dari Ukraine atau Georgia.
Pejabat pendakwa raya yang terlibat dalam siasatan nahas itu tidak memberikan sebarang komen rasmi.
Siasatan rasmi menegaskan unsur khianat bukan punca nahas itu berlaku di sebuah lapangan terbang di Smolensk, Rusia pada 10 April lalu.
Nahas itu telah membunuh 96 orang yang terdiri daripada beberapa pegawai kanan kerajaan dan elit tentera Poland.
Kebanyakan mayat yang ditemui hanya boleh dikenal pasti menerusi ujian asid deoxyribonucleic (DNA).
Namun, tiada laporan yang menyatakan mangsa-mangsa nahas telah ditembak.
Klip video itu dipercayai dirakamkan oleh seseorang yang tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian. - Agensi

No comments:

Post a Comment