Pages

Monday, May 10, 2010

Suri rumah dapat penghargaan bomba




SITI AISYAH dan Saad menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka semalam.


MELAKA - Seorang suri rumah merupakan antara orang awam yang diiktiraf sempena Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia peringkat Kebangsaan di Dataran Pahlawan, Banda Hilir di sini semalam.
Siti Aisyah Maizan, 32, menerima sijil penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat atas keberaniannya menendang pintu rumah jirannya bagi menyelamatkan sederetan rumah daripada terbakar.
Dia yang tinggal di Taman Datuk Aziz, Merlimau dekat sini tidak pernah terfikir tindakan beraninya itu akan mendapat pengiktirafan.

No comments:

Post a Comment