Pages

Monday, May 3, 2010

SISTEM DAJJAL: Tenaga Ritual Bahagian 2

Posted by PjOy HaSha
Bolehkah black hole (seperti stargate) wujud di bumi?
Kumpulan pakar fizik New Scientist dari Royal Institute of Technology Sweden terdiri daripada Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki pada 2006 telah menemui satu penemuan menarik dan direkod dalam kertas kajian yang diterbitkan universiti itu. Mereka berjaya mencipta prototaip mesin yang mampu bertindak seperti black hole. Dalam eksperimen mereka, mesin itu dihidupkan dengan bantuan tenaga magnetik dan elektrik bagi menguji tahap radiasi Hawking.
Cermin diletakkan dalam mesin itu bagi menguji pantulan sejumlah cahaya yang akan dihalakan ke arah mesin itu. Kesimpulan yang mereka buat ialah black hole boleh wujud di bumi berdasarkan penemuan iaitu, cahaya yang memasuki mesin itu tidak pernah memantul kembali, sebaliknya diserap terus. Satu-satunya komponen cahaya yang terpantul hanyalah kesan radiasi Hawking daripada sisa cahaya, dan bukan semua komponen dalam cahaya itu terpantul sepenuhnya. 
Mereka juga membuat kesimpulan bahawa penemuan itu sangat bertentangan dengan hukum pantulan dan tersasar daripada hukum alam semulajadi. Satu-satunya komponen yang boleh memantul ialah radiasi Hawking. (Terdapat beberapa komponen dalam cahaya seperti ultraviolet, haba, radiasi dan sebagainya). *Cahaya hanya tidak akan terpantul jika dihalakan ke arah dinding atau objek yang diwarnakan hitam.
Eksperimen itu tidak terhenti di situ, mereka kemudian memasuki fasa pengujian kedua iaitu menguji tahap graviti quantum mesin tersebut melalui percubaan untuk menyatukan teori quantum fizik yang pernah dibangunkan Einstein untuk dipadankan dengan teori mereka sendiri. Cahaya sekali lagi menjadi subjek untuk diuji.
buku ini juga menjelaskan mengenai black hole
tiruan (stargate) yang boleh dihasilkan di bumi

Hasil pengujian itu, mereka kemudian membuat kesimpulan. Black hole yang berkemungkinan boleh wujud di bumi memiliki daya tarikan graviti yang sangat hebat, ia mampu bertindak seperti black hole yang ada di ruang angkasa lepas. Ia juga mampu menjadi medium untuk manusia mengembara merentas waktu. Pusat graviti dalam black hole itu mungkin mempunyai beberapa terowong masa. Itu hanya andaian mereka kerana yang terhasil itu bukan black hole sebenar, ia hanya proses terhasil yang menyerupai black hole.

Di bumi, elemen yang paling rapat dengan black hole ialah vortice (vortex) yang mempunyai persamaan dengan sifat puting beliung (tenaga angin). Puting beliung akan menyedut semua objek yang berhampiran dengannya sama seperti black hole, ia wujud disebabkan keadaan bertekanan rendah (suhu) di pusat kitaran udara bersuhu tinggi atau sederhana. Kita ambil sandaran ini, puting beliung (vortex) terhasil disebabkan wujudnya tekanan rendah di tengah-tengah kitaran udara bersuhu tinggi.
Menurut Leonhardt dan Piwnicki, vortex seharusnya mempunyai sifat yang sama dengan kemampuan menyedut cahaya dan benda fizikal. Cahaya pula seperti diketahui menjadi alat untuk mengukur masa disebabkan sifatnya yang pantas bergerak. Kemampuan vortex memerangkap cahaya juga menjadi petunjuk kepada kemungkinan cahaya itu mengembara ke dimensi lain. Jika vortex mampu berpusing (seperti puting beliung) dalam kiraan sama pantas seperti cahaya, maka ia mungkin mengandungi gas (udara) yang mampu memerangkap cahaya, ia mungkin gas yang mempunyai sifat graviti (tenaga), ia benar-benar memungkinkan black hole boleh terhasil di bumi.
Jadi, jelas bahawa vortex memerlukan elemen tenaga untuk terhasil, manakala cahaya mampu mengembara dalam vortex dan kajian tersebut pula hanya menjelaskan dari segi logik, bukan secara ghaib. Untuk mengkaji hubungkait antara tenaga yang dihasilkan manusia dengan bukaan pintu gerbang ghaib, kita perlu kembali kepada aspek ghaib yang sukar dijelaskan dengan penjelasan saintifik.

Bagaimana pula kita mahu menjelaskan vortex (dalam bulatan) yang terhasil seperti asap ini?

Mata terbahagi kepada dua mengikut kemampuan ia melihat. Satu jenis mata dinamakan mata zahir dan satu lagi dinamakan mata batin. Mata zahir adalah mata yang hanya mampu melihat bentuk fizikal secara nyata, manakala mata batin pula mampu melihat perkara-perkara ghaib seperti syaitan, iblis dan sebagainya.

Mata pula hanya mampu melihat apabila dibantu dengan kehadiran cahaya. Maka, ia sudah tentu mempunyai kaitan dalam memperjelaskan cahaya yang terperangkap dalam black hole, dan juga cahaya yang terpantul iaitu yang tidak dapat diserap oleh black hole.
Kita fahami ayat al-Quran untuk lebih memahami bahawa terowong stargate yang menjadi tempat keluar masuk jin serta syaitan itu sebenarnya wujud di bumi, mereka tidak datang dari angkasa lepas dengan UFO seperti sangkaan kebanyakan daripada kita. (Allah lebih mengetahui segala rahsia dalam al-Quran, manusia tidak pernah termampu untuk membongkar rahsia al-Quran kerana rahsia itu tetap menjadi milik Allah).
“Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari balasan Allah), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (dari Allah)” (Quran, ar-Rahman: 33)
Ayat al-Quran jelas memberitahu bahawa jin tidak mampu menembus keluar dari kawasan langit dan bumi. Jin pula hanya berlegar dan mengembara di kawasan bumi sahaja, tidak menembus keluar dari bumi. Atau langit juga membawa pengertian yang lebih luas iaitu alam semesta yang juga mustahil untuk ditembusi.
Maka teori dalam artikel sebelum ini bahawa UFO itu hanya keluar dari black hole yang terhasil di bumi, adalah munasabah dan boleh digunapakai. UFO yang didalangi jin dan syaitan itu tidak datang dari angkasa lepas, melainkan keluar dari pintu dunia ghaib yang terhasil di bumi. Itu pun jika benar jin dan syaitan akan keluar bersama UFO di akhir zaman nanti. Alam ghaib itu pula wujud di bumi, bezanya hanya ia tidak dapat dilihat manusia menggunakan mata kasar. Segalanya hanya berlaku di bumi dan hanya Allah lebih mengetahui.

Namun, apakah yang membuka pintu dimensi berlainan ini? Berbalik kepada kajian yang dilakukan Ulf Leonhardt dan Paul Piwnicki iaitu pintu dimensi dapat dibuka dengan bantuan tenaga yang mencukupi. Kita ambil pula pendekatan ghaib, dosa dan pahala terhasil daripada kesan penggunaan tenaga yang dimanfaatkan iaitu secara positif atau secara negatif. Ia walaupun berlainan sudut pandangan, masih tetap tertakluk kepada konsep penggunaan tenaga manusia yang dijana melalui perbuatan

Tenaga Ritual: Janakuasa Pasif dan Aktif

Dalam artikel bahagian pertama bab ini menjelaskan mengenai fungsi piramid dan binaan-binaan berbucu yang mampu memanipulasi tenaga bagi menghasilkan vortex yang seterusnya bertindak seperti stargate, malah ia juga dibuktikan dengan eksperimen-eksperimen yang dibuat oleh pakar-pakar fizik.
Namun apakah jenis sumber tenaga yang diperlukan sekiranya piramid dan binaan-binaan berbucu ini berfungsi secara mistik? Maka, kita juga wajar mengambil pendekatan mistik dalam menjelaskan hal ini. Kami hanya sekadar menyampaikan pandangan peribadi yang dipadankan dengan kajian pengkaji dari barat dan ia tidak semestinya betul 100 peratus.

Kita bukan mahu mengumpul puzzle dan mencantumkannya menjadi gambar yang jelas kerana hanya ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALA JAWAPAN. Mencantum puzzle untuk menjadikan ia sebagai satu gambaran jelas hanyalah satu amalan para pemikir objektif. Di sini, kita masih berserah kepada Allah kerana Dia lebih mengetahui segala yang terahsia di langit dan di bumi.

Kita ambil sandaran ketiga, keempat dan kelima (rujuk bab Tenaga Ritual Bahagian 1). Cuba fahami bahawa setiap perbuatan itu memerlukan tenaga untuk disempurnakan. Ia pula mungkin terdiri daripada hasil tenaga pasif atau tenaga aktif yang sama ada bersifat negatif atau positif.

Allah menjelaskan dalam al-Quran melalui surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8 bahawa setiap amalan itu akan dinilai walaupun sebesar zarah. Maka di sini, kita harus melihat kepada satu sandaran bahawa setiap perbuatan itu akan menghasilkan sama ada dosa atau pahala walaupun sekecil zarah. Maka, proses melakukan pahala atau dosa itu juga memerlukan tenaga.
Bersolat itu besar pahalanya, berjemaah pula lebih besar ganjaran pahalanya. Mengingati Allah dalam setiap keadaan juga mendatangkan pahala (sama ada ia berbentuk pahala kecil atau besar, hanya Allah yang menentukan).

Bersolat adalah amalan yang boleh kita anggap sebagai amalan mengikut tertib (aktif) (hanya sekadar pendapat, mohon maaf jika pendapat ini silap) kerana memerlukan kita memenuhi segala syarat sah solat seperti wuduk, suci dari sebarang hadas, memenuhi rukun-rukun sah solat dan beserta niat, juga bacaan-bacaan surah al-Quran. Kita melakukannya dengan niat, kita melakukannya dengan fokus, kita melakukannya secara aktif, dengan mengaktifkan setiap perkara rukun yang diwajibkan untuk menyempurnakan solat. Ia adalah hasil tenaga aktif yang berbentuk positif.

Manakala, bersedekah dan menjaga kebersihan pula kita boleh anggap sebagai amalan murni tanpa melalui proses tertib (pasif) yang juga mendatangkan pahala hasil penggunaan tenaga secara positif. Kita tidak perlu tertib mengikut rukun sepertimana solat dan haji untuk menyempurnakan amalan bersedekah dan menjaga kebersihan, hanya cukup dengan berniat ikhlas kerana Allah.

Kita lihat pula contoh tenaga pasif bersifat negatif. Ia adalah keadaan berlawanan dengan tenaga pasif positif. Contohnya kita mencerca orang lain dalam keadaan spontan, berpandangan serong dan enggan mengalah walaupun ternyata melakukan kesalahan, ia mungkin dilakukan secara tanpa niat tapi sudah cukup menyebabkan orang lain berkecil hati dan menyebabkan kita menanggung dosa (Allah Yang Maha Adil lebih mengetahui perihal dosa dan pahala). Kita boleh anggap bahawa ia adalah tenaga negatif yang pasif kerana kita melakukannya tanpa disedari.

Demikian adalah keadaan-keadaan yang menghasilkan tenaga pasif. Kembali pula kepada persoalan, mengapa Dajjal dan para syaitan iblis mahu kita membuat dosa walaupun sekecil-kecil dosa? Di sini, kita boleh membuat andaian bahawa Dajjal dan para iblis mengharapkan dosa dan tenaga negatif daripada kita sebagai kekuatan bagi mereka. Ia juga akan menghasilkan tenaga yang akan dimanipulasi oleh binaan-binaan yang diwariskan Dajjal. Bangunan itu pula dibina dengan kaedah geometri dan kejuruteraan yang khusus melalui kepakaran yang dipunyai oleh Dajjal, kaedah geometri dan kejuruteraan ‘Dajjalism’ itu pula diwarisi oleh keturunan penyembahnya yang terus membina binaan yang mempunyai karekter yang sama dengan konsep ‘sacred geometry’ dan ‘sacred mathematics’. Bangunan-bangunan itu dibina dengan pengetahuan kejuruteraan mistik, maka ia juga mempunyai fungsi yang mistik, ia adalah elemen yang diperlukan bagi membolehkan penjanaan tenaga dilakukan. Kami tidak akan membuat pengiraan matematik atau geometri di sini, kami tidak mahu memeningkan anda semua. (insya-Allah, kita akan mendalami sacred sciencesacred geometri dan sacred mathematics dalam bab-bab akan datang).

Kami hanya mahu anda faham bagaimana tenaga pasif itu dihasilkan dan dijana bagi membuka vortex yang akhirnya memberi kemenangan kepada Dajjal.

Kita sudah faham apa itu chakra (rujuk bab Mind Control). Namun, dalam masa yang sama juga, chakra adalah contoh asas kepada penjelasan cara tubuh manusia menghasilkan tenaga (disebut aura). Ia bukan sahaja terhasil daripada perbuatan, malah cara minda berfikir juga sudah cukup untuk menghasilkan tenaga. Maka sama jugalah jika kita memperoleh pahala dengan hanya mengingati Allah, ia adalah hasil penggunaan tenaga secara minimum dengan menggunakan minda.

OK, apa jenis tenaga yang dimahukan Dajjal? Apa yang Dajjal buat supaya kita menyumbang tenaga kepadanya? Dajjal mengongkong minda kita melalui projek masterpiece mass-mind control supaya kita tidak henti-henti melakukan perbuatan yang menyumbang tenaga kepadanya untuk membuka pintu vortex. Dajjal mengongkong homunculus (fungsi memori sistem otak), Dajjal juga mengongkong jasad kita. Dia mahu kita jadi ‘tikus generator’ dalam sistem yang diciptanya.
Tikus generator

Menurut pakar kaji tenaga bernama Barbara BrennanHuman Energy Field (HEF) (juga disebut aura) dalam sistem chakra ialah kombinasi kompleks melibatkan corak tenaga spiritual, mental, emosi dan perbuatan fizikal seseorang individu. HEF juga adalah sebahagian daripada Universal Energy Field(UEF). HEF boleh diterjemahkan kepada tiga bentuk iaitu tenaga meridian, tujuh chakra dan tenaga tubuh. Setiap bentuk tersebut boleh dijana melalui teknik-teknik penjanaan secara terus (aktif) atau tidak terus (pasif).

Chakra juga menurut Brennan, berfungsi sebagai janakuasa dalam menggerakkan tenaga dan dibebaskan sebagai aura (HEF) yang akan bercantum dengan UEF bagi menjadikan seseorang itu lebih sensitif terhadap persekitarannya. Maka, jelas bahawa tenaga pasif manusia juga mempunyai hubung kait dengan penyatuan tenaga di peringkat universal. Ia akan bercantum dan menghasilkan tenaga yang lebih besar kuantitinya.
Tenaga spiritual tubuh termasuk semua getaran yang melebihi kemampuan minda mengandungi maklumat yang turut akan dibebaskan menjadi sebahagian komponen vortex. Ia berkisar mengenai sentimen, kepercayaan, perasaan dan sebagainya yang akan membentuk komponen vortex tersendiri.
Tambah Brennan lagi, setiap chakra mempunyai empat tenaga vortice (sebelum bertukar menjadi vortex) yang mana aura yang dihasilkan itu akan berpusing ke atas dan ke bawah (di luar tubuh manusia) setiap kali dijanakan. Tekanan ke atas akan menghasilkan ‘vortex bukaan’ dan tekanan ke bawah pula menghasilkan ‘vortex tutup’ bagi meningkatkan koordinasi tenaga tubuh manusia.

Kes ini sama seperti kewujudan piramid normal (bucu di atas) dan piramid terbalik (bucu di bawah) yang turut berfungsi sebagai alat menjana kekuatan ‘membuka’ dan ‘menutup’ vortex. Ringkasnya, piramid normal akan membuka vortex dan piramid terbaik akan menutup vortex selepas dibuka. Malah, kes ini juga sama dengan pentagram normal dan pentagram terbalik yang berfungsi sebagai medium amalan sihir di kalangan penganut agama Wicca. Fungsi piramid terbalik tetap sama seperti piramid normal yang mampu memanipulasi tenaga, ia adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.

Namun ia masih perlu memenuhi ‘sacred geometry’ dengan menepati setiap nisbah kiraan mistik bagi membolehkan ia bertindak sedemikian, namun bangunan-bangunan moden di seluruh dunia hari ini kebanyakannya dibina oleh kepakaran kejuruteraan dari Barat yang sudah pasti mempunyai kiraan berunsur mistik sekiranya jurutera Barat itu menganut fahaman kejuruteraan Mason. Nampak? Dalam kes piramid terbalik, bezanya hanyalah arah tenaga itu dihalakan, ke atas ialah membuka dan ke bawah pula ialah menutup pintu vortex. (Hanya Allah lebih mengetahui)

sacred geometry and mathematics

Kiraan dalam sacred mathematics pula tidak hanya berkisar mengenai tambah, tolak, bahagi dan darab, ia memerlukan kaedah pengiraan yang sangat kompleks dan berpandukan formula-formula matematik pelik yang rumit dan sukar untuk difahami. Namun, formula ini kerap digunakan untuk membina binaan Masonic, piramid moden, ukiran batu dan sebagainya. Ia adalah asas pengiraan bagi membina monumen-monumen ritual para penyembah Dajjal. Pengiraan yang mampu menghasilkan bentuk binaan yang tepat dari segi nisbahnya dengan medan magnetik bumi, penggunaan formula sacred mathematics itu juga menjadikan sesuatu binaan berada pada titik yang tepat menghala kepada pusat vortex yang ada di ruang udara. Contoh paling mudah ialah merujuk kepada jajaran ley lines. (Allah lebih mengetahui segala rahsia).



Jajaran ley lines pula boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah matematik moden melalui fungsi matrix equation atau persamaan matriks. Namun ia masih perlu berpandukan beberapa pertukaran fungsi dan diadaptasi ke dalam formula-formula sacred mathematics. Matrix yang dimaksudkan di sini bukanlah seperti matrix yang menjadi ilusi kehidupan dunia.




contoh fungsi persamaan matriks dalam matematik

Menurut pengkaji vortex bernama Richard Lefors Clarke, pengetahuan terhadap garisan grid bumi yang menjadikan medan magnetik sebagai titik-titik utama di setiap benua merupakan salah satu daripada pengetahuan yang sudah lama berkembang sejak zaman tamadun awal. Grid bumi terdiri daripada aliran garisan geometri di atas tenaga graviti yang terdapat di perut bumi. 

Kita sudah tahu binaan berbucu mampu memanipulasi tenaga, tapi bagaimana pula dengan ‘spike’ yang berbentuk piramid yang dipakai pada tangan? Spike ini lazim dipakai anak-anak muda sekarang (lazim dipakai penggemar muzik black metal dan sealiran dengannya), ia juga berbentuk seperti piramid yang melekat pada tubuh setiap kali dipakai, ia juga mampu mengalirkan tenaga untuk digandakan dengan piramid yang lebih besar. Kemampuannya mengalirkan tenaga adalah disebabkan bentuknya yang membolehkan ia bertindak sedemikian.



Dajjal mencipta sistem, manakala manusia pula menggerakkan sistem itu tanpa sedar disebabkan ada keseronokan yang terpampang dalam sistem itu dan terpengaruh dengan agenda mind control. Sistem itu pula berteraskan seks, hiburan, keseronokan melampau dan menjauhkan manusia daripada mengenal Allah. Dan, sistem itu pula bertindak sebagai ‘generator’ yang memerlukan ‘tikus-tikus’ berlari di dalamnya untuk menghasilkan tenaga yang diperlukannya. Ini bukanlah satu pandangan ekstreme, tapi adalah wajar jika kita tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah kepada diri sendiri dan paling penting kepada agama.
Jika tenaga pasif yang dihasilkan itu adalah secara spontan, ia sudah cukup untuk berfungsi sebagai input kecil bagi menghasilkan lot tenaga yang besar apabila bercantum dengan input-input kecil yang lain, bagaimana pula jika ia diiringi dengan perbuatan melampau yang boleh berubah bentuk menjadi tenaga aktif. Ia akan menjadi lebih berganda. Vortex akan jadi lebih besar.
Kelalaian manusia dalam menjaga perbuatannya juga akan menyebabkan manusia tergelincir daripada landasan dan menyumbang tenaga pasif negatif secara tidak langsung.

Satu sisi yang kita tidak harus pandang ringan, Dajjal sentiasa berusaha menjadikan manusia sebagai angkatan tenteranya dengan menggunakan kepakaran tipu daya yang dimilikinya. Ketika Dajjal keluar nanti, dia mungkin akan mencari penyumbang tenaga negatif terlebih dahulu, tidak kira yang kerap menyumbang secara pasif atau aktif. Ia adalah kerana lebih mudah untuk Dajjal memperdaya golongan yang tidak penah sedar akan agendanya. Dajjal kemudian akan berusaha pula mendekati golongan penyumbang tenaga positif untuk menyesatkan mereka. Dajjal hanya mahu memenangi hati manusia, walaupun dia tahu bahawa dia tidak akan menang menghadapi ketentuan Allah.
Kita kutip semula pendapat Brennan dan Clarke, manusia mampu menghasilkan tenaga vortex tidak kira walau di mana manusia itu berpijak. Tenaga itu pula akan berganda sekiranya kita berdiri di atas titik medan magnetik bumi. Maka, manusia sememangnya mempunyai keupayaan menyumbang tenaga bagi menghasilkan vortex.
Maka, mahukah kita menjadi orang yang dimenangi Dajjal? Kita akan dimenangi Dajjal jika berterusan menyumbang tenaga kepadanya. Dia pintar, dia tahu segala perihal mistik dan pandai memanipulasi segala peluang mistik yang ada dalam tidak kita sedar.
Apabila kita bercakap mengenai lokasi medan magnetik bumi, maka secara tidak langsung juga kita bercakap mengenai arah. Mari kita perhatikan arah-arah tenaga vortex semulajadi ini bergerak. Kita hanya ambil tenaga yang menyerupai vortex seperti puting beliung kerana ia adalah tenaga semulajadi yang diciptakan Allah supaya manusia dapat melihat hikmah daripada kekuasaan-Nya.



Ke mana arah puting beliung itu bergerak? Dalam kebanyakan rekod meteorologi di seluruh dunia, puting beliung bergerak mengikut pusingan berlawanan arah jam. Ia adalah vortex semulajadi yang ditunjukkan Allah kepada kita supaya kita berfikir. Kejadian puting beliung adalah fitrah alam semulajadi ciptaan Allah. Islam itu juga agama fitrah yang meletakkan manusia di atas landasan yang benar.

Maka, lihat pula arah ibadat tawaf yang dilakukan jemaah haji dan umrah di Tanah Haram, Baitullah, Kota Suci Makkah. Adakah arah tawaf itu sama dengan arah pusaran puting beliung? Berpusing berlawanan arah jam mengikut fitrah alam semulajadi? Bukankah jelas bahawa Islam itu adalah jalan yang meletakkan manusia di landasan yang difitrahkan? Bukankah tawaf juga memerlukan tenaga? Dan, adakah kita nampak seolah-olah ada pusaran tenaga positif di sekitar Kaabah? Amalan baik yang menghasilkan tenaga positif lah yang akan mengimbangi tenaga negatif yang terhasil. Inilah keseimbangan dalam konsep tenaga.

"Dan, Dia-lah yang telah meletakkan keseimbangan. Janganlah kalian melampaui batas keseimbangan." (Quran, ar-Rahman: 6-7)

Ikutlah jalan fitrah. Jangan ikut jalan yang bertentangan dengan fitrah manusia. Berhentilah daripada menjadi penyumbang tenaga kepada Dajjal, jangan biarkan dia memenangi kita. Sesungguhnya Dajjal sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan keseimbangan tenaga ini bagi memastikan manusia mengikut jalan sesatnya.

Jika manusia terlalu mencintai hiburan dan keseronokan dunia akibat termakan taktik projek masterpiece mind control, maka hilanglah keseimbangan yang menjadi lebih terarah kepada negatif. Maka Dajjal sudah tentu memenangi lebih ramai manusia untuk memerangi Isa al-Masih dan al-Mahdi. Amalan kitalah yang menentukan di saf mana kita akan berdiri dalam perang akhir nanti.

(Allah lebih mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi, kami hanya mahu anda berfikir bersama kami)

..bersambung..Tenaga Ritual Bahagian 3, insya-Allah..

No comments:

Post a Comment