Pages

Monday, May 3, 2010

SISTEM DAJJAL : Jerat Hiburan Realiti



Jerat Hiburan Realiti: Sistem Perhambaan Luar Kandang

Tidak perlu kami terangkan secara terperinci mengenai topik ini kerana saudara dan saudari semua sudah sedia maklum akan budaya masyarakat moden kita yang terlalu bersungguh ingin ‘jadi artis’ untuk mengejar populariti di dunia glamour. Ia adalah program realiti yang menjauhkan kita daripada realiti. Ia adalah mind repositioning method.

Kami bukan mahu sampaikan kepada anda mengenai kisah artis popular atau berapa ramai yang mahu menyertai Akademi Fantasia, One in a Million atau 'idol-idol' yang lain. Kami juga bukan mahu cerita mengenai agenda Hollywood dan Ladies in Red walaupun ia ada kaitan dengan Hollywood. Anda boleh rujuk agenda Hollywood di blog-blog yang kami sediakan link di blog ini, anda boleh rujuk di blog Rise of Islam dan seperjuangan dengannya untuk memahami agenda Hollywood. Kami tidak akan tulis dalam angle yang sama.

Dalam topik ini, kami mahu anda faham mengenai realiti kerosakan iman secara besar-besaran yang berlaku di sebalik projek hiburan realiti ini, inilah input yang kami ingin anda faham. ‘Tenaga’ yang terhasil daripada kelakuan manusia akibat terlalu lalai disebabkan hiburan realiti ini dikhuatiri akan membawa kepada satu malapetaka besar di kalangan umat Islam sendiri. Kami tidak paksa anda percaya, tetapi adalah lebih baik jika kita menjauhi perkara yang ditegah dan sentiasa waspada daripada terjebak ke dalam jerat Dajjal.

Hiburan realiti adalah sebahagian daripada program mind control yang beroperasi dengan jayanya di sekitar budaya masyarakat seluruh dunia, masyarakat Malaysia dan Melayu Islam juga turut sama terperangkap dalam program janakuasa seperti wind mill kelolaan CEO (chief executive officer) serta COO (chief operational officer) yang dilantik Dajjal ini. Ia adalah projek besar bertaraf masterpiece dalam sejarah perhambaan manusia di luar kandang.

Ia adalah salah satu daripada ratusan projek-projek masterpiece yang sedang, akan dan terus beroperasi secara teratur di serata dunia. Hiburan realiti ini menyebabkan manusia (termasuk umat Islam) menjadi leka sehingga satu persatu maruah orang Islam di negara maju dan negara membangun direnggut serta dirampas malah dipijak dengan mudah, mudahnya seperti merampas botol susu daripada seorang bayi kehausan yang hanya mampu menangis dan terus menangis tanpa mampu menuntut haknya kembali.

Kesan daripada projek perhambaan luar kandang secara besar-besaran ini yang berjalan dengan lancar, peratus kejayaannya sangat tinggi dan membanggakan Dajjal. Jika disamakan kejayaan Dajjal melalui projek ini dengan pulangan pelaburan saham di pasaran terbuka, ia sudah tentu berjaya membuatkan seseorang kaya raya. Tetapi, apa pula yang kita dapat? Dapat jadi hamba terhormat di sisi Dajjal?

Kalau kita jadi hamba Allah Maha Satu yang terhormat dan terpuji, itu satu penghormatan, satu kemuliaan, bukan penghinaan (mohon doa semoga mendapat ihsan Allah). Tetapi kalau jadi hamba terhormat dalam golongan hamba-hamba Dajjal dan hamba Yahudi, kemuliaan jenis apakah yang kita dapat? Mulia di sisi Dajjal? (mohon dijauhkan).

Jangan pandang ke arah Eropah dan Amerika, pandanglah situasi di negara kita sendiri.
Perhatikan, sejak negara kita diledak dengan budaya hiburan realiti, apa perkembangan budaya yang berlaku kepada masyarakat kita? Boleh dikatakan 8 daripada 10 orang remaja lebih gemar budaya glamour, termasuk mahu memakai fesyen glamour, rambut juga glamour, gaya juga glamour, hilang identiti sebagai seorang Muslim kerana lebih gemar dengan identiti hamba Yahudi yang tampak glamour.

Malah, setiap kali ada persembahan hiburan di tempat terbuka, jumlah orang yang hadir termasuk makcik-makcik, anak-anak, cucu-cucu, malah yang masih bayi juga dibawa bersama, menjadikan jumlah yang hadir ke acara hiburan adalah jauh lebih ramai jika dibandingkan dengan jumlah jemaah di Masjid Negara. Kesannya, wujud satu situasi tidak seimbang yang memberi kemenangan kepada Dajjal untuk menguasai manusia sebagai angkatan tenteranya. (apa yang tidak seimbang? Simpan persoalan ini sebagai info awal untuk topik akan datang).

Bahkan, ada juga daripada kita yang memberi sokongan kepada anak-anak untuk menyertai program realiti hiburan. Sanggup berhabis wang kerana mahu anak jadi glamour. Tindakan itu hanya merosakkan anak sendiri, meletakkan hiburan jauh lebih tinggi daripada keperluan menyediakan ilmu yang berguna kepada anak-anak. Apa sudah jadi?

Juga perhatikan, berapa ramai daripada kita akan terpacul di hadapan TV setiap kali ada program hiburan realiti seperti Akademi Fantasia (fantasi glamour ciptaan Dajjal), Sehati Berdansa (berselindung di sebalik slogan membantu badan kebajikan) dan lain-lain seumpamanya yang ditayang di TV, kita membayar wang untuk menonton rancangan hiburan, mengundi SMS dan pada masa yang sama mengabaikan tuntutan ibadat, wang kita habis, apa yang kita dapat? Undi SMS melibatkan wang dan merugikan, kita pula tak dapat apa-apa pun. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa ‘undi’ syafaat daripada Nabi Muhammad untuk menyelamatkan kita daripada dijilat api neraka pada hari pembalasan itu jauh lebih penting?

Kitalah yang menggerakkan sistem hiburan realiti ini, kita menggerakkannya melalui sokongan kita, melalui bil TV yang kita bayar, melalui undi SMS yang kita hantar dan kita hanya mendapat kerugian. Dalam tidak sedar, semua perbuatan itu memberi kejayaan kepada Dajjal. Menjadi hamba Dajjal yang menggerakkan segala perancangannya,we work for him as his slave!! Kita bekerja dalam program masterpiece ini sebagai hamba untuk Dajjal.

Motifnya, Dajjal mahu sesuatu daripada kita tanpa kita sedar melalui perantaraan medium hiburan. Perancangan hiburan realiti bertaraf masterpiece ini dimulakan di Amerika dan Eropah kerana di sanalah tapak awal segala perancangan global, di sana ialah makmal Dajjal untuk menguji keberkesanan rancangannya. Kerana budaya Eropah dan Amerika menjadi ikutan masyarakat dunia. Program mind control melalui hiburan realiti ini pula dikembangkan kepada banyak kategori, dan perlahan-lahan mempengaruhi orang-orang dalam bidang showbiz di serata dunia. Modul hiburan ini kemudian menjangkiti banyak negara sehingga menjadikan masyarakat lalai, lupa kepada tujuan asal mereka diciptakan.
Inilah mind control yang berjalan lancar, paling berjaya dalam lapangan hiburan. Masalah seks bebas makin bercambah, kesan daripada budaya glamour yang diserapkan secara teratur dalam budaya masyarakat. Jika anda kerap memantau jumlah tangkapan khalwat dan maksiat yang dilakukan jabatan-jabatan agama Islam di seluruh negara, anda akan dapati jumlah tangkapan pasangan yang melakukan maksiat selepas selesai acara hiburan adalah jauh lebih tinggi daripada hari-hari biasa. Cuba anda tanya kepada pegawai-pegawai di jabatan-jabatan agama Islam, berapa ramai pasangan yang mereka tangkap setiap kali selesai acara Jom Heboh, konsert Akademi Fantasia dan sebagainya. Program hiburan seperti itu hanya menjadikan masyarakat kita lebih rosak. Malah dalam tempoh 5 atau 10 tahun akan datang, tidak mustahil umat Islam terutama remaja yang cintakan hiburan akan terus lupa kepada identiti mereka. Untuk melemahkan sesuatu bangsa, identiti bangsa itu harus dimusnahkan. Masyarakat kita sedang melalui situasi ini. Inilah realiti di sebalik kesan bawaan hiburan realiti.

Para wanita, Nabi Muhammad dalam wasiat baginda meletakkan anda sebagai aspek paling penting untuk dijaga, sama pentingnya dengan kewajipan solat. Jangan terlalu cintakan hiburan dan menganut identiti Yahudi sehingga berpakaian menjolok mata, jagalah maruah anda.

Para lelaki, jagalah wanita, jangan rosakkan mereka dan jagalah maruah mereka kerana Nabi Muhammad juga mewasiatkan kepada kita supaya menjaga wanita sebagaimana menjaga solat. Semua wasiat Rasulallah akan mampu kita taat sekiranya kita tidak menjadikan hiburan itu jauh lebih atas daripada agama.

Ini kerana, kegagalan kita dalam menjaga aspek ini disebabkan termakan godaan Dajjal melalui medium hiburan akan mendatangkan situasi yang tidak seimbang, dan seterusnya memberi kemenangan kepada Dajjal untuk menjadikan kita sebagai angkatan tenteranya. Dajjal tidak pernah berehat daripada menjayakan usahanya ini, jika Dajjal tidak pernah berehat, kita juga tidak patut berehat kerana musuh kita tidak pernah mengenal letih.

(sedikit bosan dengan topik ini? harap maaf jika anda bosan, ini hanya sebagai input awal untuk tajuk akan datang.)

..bersambung…insya-Allah…

No comments:

Post a Comment