Pages

Wednesday, May 12, 2010

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (3): Mengenai Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Wahabi

Siri Penolakan Terhadap Wahabi (3): Mengenai Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Wahabi

http://mukhlis101.multiply.com/journal/item/76
Tentang Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dan Pengikutnya

            Persoalan yang paling utama, adakah Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab memiliki tiga sikap tersebut sehingga menyebabkan para pengikutnya mewarisi tiga sikap pemusnah tersebut darinya?

            Kalau benar, mengapa ada yang mengaku Salafi, tidak bersikap dengan tiga sikap pemusnah tersebut?

            Ada yang menisbahkan tiga sikap tersebut kepada Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, berdasarkan fakta-fakta sejarah, seperti karangan Sheikh Zaini Dahlan (Mufti Mekah) dan karangan saudara Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab sendiri, iaitu Sheikh Sulaiman bin Abdul Wahab sendiri menolak beliau kerana benih tiga sikap yang merosak tersebut ada pada beliau (Muhammad Abdul Wahab).

            Bahkan, setelah itu, ada juga dari kalangan para ulama’ yang membongkar sikap “takfir” Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab seperti dalam buku “da’iyah, wa laisa nabiyan” dan lain-lain.

            Namun, ada juga yang menolak dakwaan bahawa, sikap taasub dan takfir tersebut dari Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, terutamanya dari kalangan pembelanya yang tidak terjebak dengan tiga sikap pemusnah tersebut (sebahagian kecil dari pengaku Wahabi), dan cuba membersihkan Sheikh Muhammad Abdul Wahab dari sikap tersebut..

            Ada juga dari kalangan ulama’ pertengahan yang tidak terlibat dengan Wahabi, turut membela Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab dari pertuduhan tersebut, antaranya Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Sheikh Al-Allamah Sayyid Muhammad ‘Alawi Al-Maliki r.a. dalam banyak-banyak karangan mereka.

No comments:

Post a Comment