Pages

Thursday, May 20, 2010

SIRI 2 (Tenaga Ritual 2): Kuasa Getaran Azan



Printer-friendly versionHantar kepada rakan-rakan
SIRI 2: Tenaga Ritual 2 - Kuasa Getaran Azan
Penulis: SHAHi The ASSOCIATE
Sewaktu fajar mula memecah kegelapan, suara azan Subuh berkumandang di udara. Namun, ada mata yang terus selesa terpejam. Ada juga mata yang bingkas tercelik, lalu bangun kerana syaitan tidak lagi mampu memeluk tubuh manusia-manusia itu lebih lama.
Suara azan bergema lagi pada tengah hari, petang, senja, malam dan berulang-ulang mengikut putaran masa. Jika dihitung dengan zon-zon waktu dunia, suara azan berkumandang tanpa henti di sepanjang putaran bumi dalam orbitnya merentas orbit sistem solar. Sesungguhnya, azan itu sentiasa dilaungkan setiap saat di seluruh dunia. Alam semesta juga turut berzikir memuji-muji Allah Maha Satu. Syaitan semakin resah.
Syaitan-syaitan menjadi resah dan rimas kerana terpaksa bertempiaran lari setiap kali terdengar suara azan. Tiada tempat untuk para syaitan dan iblis ‘menyelamatkan’ diri. Ada juga di kalangan syaitan terpaksa menyusup masuk ke pintu-pintu ‘dunia lain’ untuk tidak mahu terus mendengar laungan azan, namun suara azan tetap ‘memecah’ masuk ke setiap dimensi ciptaan Allah. Para syaitan bukan tidak kuat mendengar azan, mereka boleh mendengar azan, tetapi para syaitan berasa benci kerana perbuatan manusia melaungkan azan yang memuji Allah, mentauhidkan Allah, membenarkan kerasulan Muhammad, menyeru manusia bersolat, menyeru manusia berjaya di sisi Allah. Syaitan benci mendengar semua itu.
Para syaitan kemudian membuat rancangan, mereka mahu azan dihentikan. Lalu mereka membuat ‘master-plan’ yang akan disempurnakan melalui proksi-proksi politikus yang dilantik di kalangan manusia. Biarpun tidak mampu menamatkan laungan azan di seluruh dunia, ia sudah cukup bagi syaitan untuk menamatkan laungan azan di sesebuah kawasan yang mempunyai radius yang luas, di benua-benua pagan.
Lalu ‘guild of conspirators’ diarahkan mengikut segala perancangan jahat itu. Ia dimulakan dengan mencipta ‘isu’. Lalu, isu itu digunakan untuk menghentikan azan di negara-negara kingdom of present pagan yang ditadbir mereka sebagai langkah pertama. Usaha itu terus digandakan dengan mengembangkan isu ke seluruh dunia melalui taktik jahat dan busuk. Mencipta dan bermain isu adalah permainan biasa yang menjadi kepakaran ‘guild’ ini. Malah, guild ini juga berasa tidak senang setiap kali azan dilaungkan, kerana ‘raja’ mereka tidak senang dengan keadaan itu. Maka, mereka terus berusaha memuaskan hati si ‘raja’ tadi bagi mengelak raja itu ‘murka’. Dengan itu, segala perancangan harus segera digerakkan.
Jentera-jentera propaganda pula digerakkan seiringan menyokong agenda utama secara senyap. Pencacai-pencacai bawahan bertaraf penjilat kasut kemudian dilantik bagi menyokong master plan tadi, bilangan pencacai ini pula sangat ramai. Pencacai ini wujud di celah-celah masyarakat, Propaganda digerakkan secara teratur, terselindung dan cermat.
Apabila segala perancangan berada pada tahap meyakinkan, maka semua itu digerakkan serentak bagi mewujudkan fenomena tabiat di kalangan manusia yang mudah terpengaruh. Kesannya, laungan azan di kawasan-kawasan tertentu di Barat dihentikan serta merta menggunakan kuasa politikus dalam guild tadi, ia dijayakan dengan isu yang dicipta mereka.
Namun, syaitan tidak terus tersenyum. Syaitan mahu azan dihentikan terus, termasuk di negara-negara Islam. Usaha itu terus berlarutan. Umat Islam terus dilalaikan, di-brainwash supaya turut benci mendengar azan, supaya tidak menghormati azan, supaya lebih suka melihat artis menyanyi daripada mendengar suara lembut azan. Jika keadaan terus berlarutan, maka tidak mustahil golongan ‘TV nation’ dan pencinta hiburan di negara-negara Islam akan turut memprotes laungan azan, lebih rela menjilat kasut conspirators. Maka, kelembutan seruan azan sudah tidak lagi dihayati. Tidak kurang juga ada individu-individu di kalangan ‘TV nation’ yang sanggup menukar channel tv ke program hiburan apabila setiap kali azan berkumandang di kaca tv kerana tidak suka mendengar azan. Seruan azan sudah tidak dekat di hati mereka. Kali ini, syaitan tersenyum, tetapi tetap tidak berpuas hati. Syaitan mahu lebih daripada itu.
Demikian keadaan di mana begitu tebalnya kebencian syaitan terhadap manusia-manusia yang melaungkan azan dengan seruan mentauhidkan Allah, membenarkan kerasulan Muhammad, mengajak manusia bersolat mendirikan tiang agama, serta mengajak manusia mencari kejayaan di sisi Allah. Syaitan benci semua itu. Syaitan juga benci jika ada manusia yang selesa dengan suara azan, malah juga benci jika manusia mengikut seruan itu. Ada apa dengan azan?
Kuasa getaran ucapan Dua Kalimah Syahadah dalam laungan azan
Azan dilaungkan dengan tone suara yang tinggi. Semakin tinggi suara itu dilontarkan, maka semakin banyak tenaga yang digunakan. Tenaga positif yang digunakan untuk melontarkan suara semasa melaungkan azan menjadikan ia ‘musuh’ kepada tenaga negatif yang menghasilkan keputusan neutral. Tone suara yang tinggi diperlukan untuk membolehkan suara itu didengar oleh semua penduduk Islam di sesebuah kawasan supaya memenuhi tuntutan seruan. Getaran suara yang terhasil mungkin saja dapat menggagalkan beberapa rancangan janakuasa jahat.
Tinggalkan dahulu perkara itu buat seketika. Kita lihat pula dua keadaan berbeza ini dalam mencari sudut yang relevan.
Dalam ‘seni suara’, kemampuan vokal (biasanya dikaitkan dengan nyanyian) mempunyai tone-tone mengikut nada sesuatu perkataan itu disebut dalam sesuatu irama. Laungan azan biasanya bermula dengan octave pertama dalam sebutan pertama, dan menjadi lebih tinggi iaitu berubah kepada octave kedua dalam sebutan kedua. Octave dalam artikel ini lebih tertumpu kepada kekuatan suara dan bunyi muzik.
Contoh:
Allahu akbar Allahu akbar (sebutan pertama, octave pertama, nada tidak tinggi)
Allahu akbar Allahu akbar (sebutan kedua, octave kedua, nada lebih tinggi berbanding sebutan pertama)
Ash-ha-du-alla-ila-ha-illallah (sebutan pertama, kembali kepada octave pertama)
Ash-ha-du-alla-ila-ha-illallah (sebutan kedua, nada berubah ke octave kedua)
Dan seterusnya…
Lontaran suara mengikut octave ini memerlukan tenaga yang cukup bagi membolehkan ucapan sesuatu perkataan atau ayat itu disempurnakan dalam nada yang sempurna. Maka, getaran yang terhasil kesan daripada lontaran suara tadi akan berkemundang di udara, lalu dianggap sebagai ‘pencemaran bunyi’ oleh sesetengah manusia.
Octave ini pula diukur melalui kekuatan bunyi mengikut kiraan decibel (dB). Kekuatan dB yang harmoni dan menyenangkan adalah antara 1dB hingga 40dB. Manakala kiraan 50dB hingga 70dB pula masih dalam kitaran ‘mesra telinga’. Kiraan 80dB atau lebih pula boleh membingitkan dan menjadikan telinga pekak. Kiraan dB itu pula hanya secara kasar.
Octave yang mampu dicapai oleh suara manusia biasanya tidak lebih daripada octave kelima. Manakala octave ketiga dan keempat biasanya akan menimbulkan rasa takjub si pendengar terhadap si penyanyi (penyanyi muzik rock bingit kebiasaannya).
Secara teori, octave keempat akan menenggelamkan sesuatu bunyi yang berada dalam octave kedua disebabkan nada suara yang dihasilkan adalah dua kali ganda daripada octave yang dijadikan benchmark (octave kedua). Dan, azan biasanya berada dalam kekuatan nada octave kedua.
Situasi
Jika diperhatikan, kebanyakan stesen TV biasanya tidak pernah berhenti daripada unsur nyanyian tanpa mengira waktu. Jika di channel A menyiarkan azan, channel B,C atau D tidak semestinya menyiarkan azan. Maka sudah tentu ada si penonton TV yang menonton mana-mana salah satu channel terbabit.
Jika si A menonton channel A yang menyiarkan azan, sudah tentu juga ada si B, C atau D yang menonton program hiburan di channel-channel lain. Jangan pandang remeh perkara ini.
Dalam situasi lain pula, suara laungan azan akan tidak kedengaran di kawasan-kawasan yang memasang bunyi-bunyi (biasanya muzik) yang tidak berfaedah dengan kekuatan bunyi yang tinggi. Kesannya, laungan azan tidak akan didengari di kawasan-kawasan sekitar. Ini juga bukan perkara remeh, tetapi ia sebenarnya satu ancaman halus.
Perbandingan
Kita amati pula muzik bingit. Muzik bingit biasanya menyajikan alunan irama yang memberi rasa takjub kepada si pendengar atau ‘entertained nation’ yang tidak tahu apa-apa. Perhatikan octave muzik-muzik bingit ini, cuba buat perbandingan. Jika kita mengkaji tablature-tablature gitar muzik rock, pasti akan menemui angka-angka pelik dalam susunan ‘solo guitar’ yang membuatkan kita takjub apabila mendengarnya.

"..and if you listen very hard, the tune will come to you at last.."
- Jimmy Page, Stairway to Heaven, Led Zeppelin
Cuba pula pasang CD azan pada mana-mana kekuatan volume yang kita mahu, contohnya pasang volume CD player di knob nombor 5. Kemudian, pasang pula CD muzik rock pada masa yang sama dengan knob volume yang sama, juga pada knob nombor 5. Bunyi yang mana satu akan jelas kedengaran? Adakah bunyi azan akan jelas kedengaran atau bunyi muzik rock yang lebih menonjol? Jawapannya, sudah tentu bunyi azan akan ‘tenggelam’.
Itu belum lagi membandingkan bunyi azan dengan muzik keras dari kelompok metal dan seangkatan dengannya. Meskipun anak-anak Melayu Islam berkata: “Kami tak main gig semasa dan sebelum azan Maghrib atau Isyak sebab kami pun tahu hormat azan. Kami tak pasang dengan kuat semasa azan.”
Tetapi sedarkah dengan kenyataan bahawa azan sebenarnya berkumandang pada setiap saat di sepanjang dunia berputar di atas orbit. Setiap bunyi yang disukai syaitan hanya bertujuan ‘menganggu’ octave azan. Maka, tidak ada alasan bahawa muzik hanya dimainkan selepas selesai azan di kawasan itu sebagai menghormati azan pada waktu itu, di tempat itu dengan melupakan kenyataan bahawa azan sebenarnya tidak pernah berhenti berkumandang.
Agenda digerakkan dengan kemas bagi menenggelamkan bunyi azan di ruang udara. Ia digerakkan melalui banyak modul termasuk hiburan, kuasa politik di Barat dan sudah pasti dengan memanipulasi kelemahan manusia yang leka dengan hiburan. Syaitan akan berasa selesa apabila tidak lagi mendengar getaran suara yang mengagungkan Allah, mentauhidkan Allah, membenarkan kerasulan Muhammad, mengajak mengerjakan solat dan mengajak menuju kejayaan di sisi Allah.
Adakah kita hanya mahu percaya kuasa Dua Kalimah Syahadah semasa azan dilaungkan apabila melihat bukti nyata di depan mata? Adakah jika kita sudah melihat seperti ada meriam, kereta kebal dan angkatan malaikat membedil para syaitan ketika azan dilaungkan, baru kita akan percaya dengan ‘kuasa’ azan?
Getaran bunyi hasil daripada laungan azan berkumandang dengan harmoni di ruang udara, lalu menghasilkan tenaga mistik positif yang mampu membuatkan para syaitan gelisah.
Saya tidak ada bukti logik untuk menerangkan perkara ini. Tetapi jika dibandingkan octave azan dengan octave muzik bingit yang tidak berfaedah, bukankah sudah jelas bahawa ia sebenarnya mahu menenggelamkan bunyi azan?
Jangan pening-pening…. Adalah lebih baik jika setiap daripada kita menyahut seruan azan dengan hati yang ikhlas… Marilah kita buat syaitan menangis, jangan kita pula menangis bersama-sama syaitan di celah-celah timbunan bahan bakar Jahannam..
Fikir-fikirkan...
KREDIT KEPADASHAHi The ASSOCIATE
...sila baca sambungan  SIRI 3: Kuasa niat, azan dan wuduk

No comments:

Post a Comment