Pages

Wednesday, May 26, 2010

Rosicrusian



Sebelum kehadiran agama Kristian, masyarakat Eropah menyembah dewa-dewi pagan dan agama animisme. Dewa-dewi pagan yang paling popular adalah dari budaya Greco-Roman. Zeus, Jupiter, Diana, Neptune, Hercules sekadar menyebutkan beberapa nama adalah dewa-dewi orang-orang Yunani dan Rom namun jika dikaji dengan lebih teliti, rupa-rupanya dewa-dewi ini juga diambil dari budaya Mesir Kuno; penjelmaan semua dewa-dewi orang-orang Mesir ke budaya Greco-Roman. Perhubungan orang-orang Eropah dengan jiran-jiran mereka dari Timur Tengah terutamanya dari apa yang dipanggil 'orang Semit' dari kalangan Yahudi dan Arab menumbuhkan minat orang-orang Eropah mempelajari satu cabang agama misteri yang kurang diterokai oleh mereka, iaitu sihir atau perhubungan manusia dengan jin dan syaitan sejak mereka masih tidak memahami rahsia mistik Mesir Kuno dan The Book of Dead.

Orang-orang Semitlah yang memberi ilmu pengetahuan tentang makhluk-makhluk halus ini dan sihir-sihir yang lebih maju; lebih maju dari yang dapat diberikan oleh rahib-rahib Celtic dan Druid serta para Oracle dan penjaga Kuil Artemis. Kita akan memahami bagaimana orang-orang Eropah mempelajari mistik dan menjadi permulaan kepada kultus-kultus sihir seperti yang digambarkan di dalam buku dan filem Harry Porter serta kewujudan ajaran New Age dan Theosophy.

Rose Cross

Kultus Persaudaraan Rose Cross atau kadangkala disingkatkan menjadi Rose Cross atau Rosicrucian adalah salah satu kultus mistik sesat yang bergabung ke dalam organisasi Dajjal Laknatullah selain pergerakan Kabbalah dan 'Babylonian Magic'.

Tidak ramai yang mengetahui siapa yang mengasaskan kultus ini sehinggalah terbit 3 buah makalah iaitu Fama Fraternitatis, Confessio Fraternitatis dan Chymical Wedding of Christian Rosenkreuz yang mendakwa pergerakan mistik Rose Cross dimulakan oleh C.R.C iaitu kependekan bagi Christian Rosenkreuz. Rosicrucian adalah pergerakan mistik (Hermiticism) yang mencampuradukkan fahaman-fahaman mistis sesat Kabbalah, pagan dan tafsiran-tafsiran Sufism yang diseleweng di sana-sini dengan sedikit kepercayaan mistik dalam agama Kristian. Rosicrucian adalah antara sumber amalan dan ritual sesat dalam Freemasonry, satu persaudaraan tertua milik Dajjal Laknatullah yang diwariskan dari kultus sihir diraja Firaun Mesir. Sehingga kini di dalam Freemasonry terdapat nama pangkat yang didedikasikan kepada nama kultus ini iaitu Knight of the Rose Croix yang menduduki tangga 18 Degree Freemasonry. Malahan kultus sesat ini masih wujud sehingga ke hari ini dengan nama Ancient Mystical Order Rosae Crucis (AMORC).

Menyelusuri sejarah Rosicrusian dan pengasasnya membuatkan kita dapat mengagak perjalanan hidup yang serupa di alami oleh The Antichrist dan dari mana orang-orang Eropah mempelajari ilmu ramalan Tarot dan 'magic' seperti yang digambarkan oleh Harry Potter dan rakan-rakannya di dalam novel terkenal itu. Untuk mengetahuinya kita perlu mengenal siapa pengasasnya yang digambarkan di dalam Fama Fraternitatis. Christian Rosenkreuz mungkin hanya gelaran dan sarjana masih tidak mengagak dengan tepat siapakah sebenarnya Rosenkreuz itu. Cuma ada diceritakan kisah hidup pengasas ini di mana dipercayai Rosenkreuz adalah orang yang sama dengan seorang anak kecil yang diselamatkan oleh para pendeta Albigensian (satu kelompok gnostic Kristian) dari istana milik keluarganya dari serangan Konrad von Marburg, seorang pegawai Inquisitor yang memimpin tentera di bawah kuasa Paus untuk menghapuskan kelompok-kelompok yang menentang Paus.

Anak kecil ini di bawa oleh para pendeta tadi ke sebuah biara tersembunyi dan di sanalah dia diajar segala ilmu kerohanian Albigensian yang dianggap sesat oleh gereja. Apabila besar, anak kecil tadi yang berubah menjadi remaja yang sihat dan cerdas merasakan apa yang didapati dari biara Albigensian itu tidak memenuhi kehendak dirinya. Masih ada lompang dan banyak kekurangan dalam mistik mereka. Pemuda itu perlukan lebih dan lebih lagi. Dia telah bergabung dengan satu aliran kerohanian yang bercadang untuk ke Tanah Suci (Baitul Maqdis). Dalam perjalanan, teman perjalanan Rosenkreuz yang dihormati olehnya telah meninggal dunia di Cyprus dan Rosenkreuz terpaksa meneruskan perjalanan hingga ke Damsyik. Di Damsyik, dia telah berguru dengan ahli falsafah dan Sufi di sana.
Rosicrusian

Kemudian dia telah mendengar tentang satu kelompok Kabbalis yang berada di Damcar, satu kota yang terkenal dengan pelbagai aliran kerohanian. Berasa putus asa dengan perjalanannya ke Baitul Maqdis, dia pun bergerak ke sana melalui kafilah-kafilah Arab dan umurnya baru mencecah 16 tahun ketika tiba di Damcar. Dia telah mendapat seorang kawan yang dihormatinya dalam ilmu kesufian dan kerohanian, dan telah mengajarnya ilmu kerohanian Arab. Rosenkreuz telah mempelajari bahasa Arab dan telah menterjemahkan satu buku kerohanian Arab yang digelarnya 'M' dan kemudiannya membawanya ke Eropah sebagai satu ilmu yang amat tidak ternilai harganya.

Selepas tiga tahun belajar di Damcar, Rosenkreuz telah bergerak ke Fez, di mana tukang sihir Arab mengatakan ilmu lanjutan tentang sihir dan makhluk halus boleh didapati di sana. Di sanalah Rosenkreuz telah mempelajari cara berkomunikasi dengan jin dan syaitan. Namun dikatakan Rosenkreuz merasakan pengalamannya di Damcar lebih bernilai berbanding di Fez.

Selepas 2 tahun di Fez, dia pun belayar ke Sepanyol dengan membawa pengetahuan dan barangan berharga di sepanjang pengembaraannya di Timur Tengah. Menurut riwayat yang lain, Rosenkreuz sebenarnya telah mempelajari ilmu Sufi, Kabbalah dan Zarathushtra ketika pengembaraannya.

Kisah seterusnya ialah perjuangannya menegakkan aliran kerohaniannya sehinggalah kematiannya yang misteri. Kisah yang popular mengatakan tiada siapa pun yang pernah melihat dia kecuali para pengikutnya. Kota mistik Damcar di Timur Tengah juga tidak wujud dan mungkin penulis maksudkan kota Damascus (Damsyik) yang juga tempat berkumpul para tokoh Sufi dan ilmuwan Islam seperti al-Farabi dan Imam Nawawi. Malah tokoh Sufi berhaluan kiri, Ibnu Arabi yang amat kontroversi juga meninggal dunia di sini. Kemungkinan Rosenkreuz pernah bertemu dengan beliau atau anak muridnya.

Satu teori lain ialah kewujudan Rosicrucian yang terawal bersama dengan kultus sihir di Istana Firaun. Pergerakan Rosicrucian, berakar dari tradisi misteri, falsafah, dan mitos dari Mesir Kuno (kira-kira 1500 SM). Di zaman dahulu istilah “misteri” disebut sebagai suatu pengetahuan khusus (gnosis), atau suatu kebijaksanaan yang rahsia.
Rosicrusian Mesir

Beribu-ribu tahun yang lalu di Mesir Kuno, dipilih sekolah atau badan yang dibentuk untuk menyelidik misteri hidup dan belajar rahsia kebijaksanaan tersembunyi ini. Hanya para pelajar yang tekun, yang menunjukkan keinginan besar terhadap pengetahuan dan memenuhi kelayakan tertentu saja yang mampu dipertimbangkan untuk dilantik ke dalam aliran ini.

Para anggota pelajar pertama aliran ini bertemu di dalam ruangan yang dipencilkan di dalam kuil tua yang tersergam, sebagai calon, mereka diiktiraf ke dalam aliran tersebut. Pengajian kebatinan mereka kemudian meletakkan personaliti yang lebih tertutup dan dipegang secara eksklusif di dalam kuil yang telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Bertentangan dengan pernyataan sejarawan, tradisi Rosicrucian menceritakan bahawa piramid Giza tidaklah dibangunkan sebagai makam firaun, tetapi benar-benar merupakan tempat pengajian dan latihan kebatinan. Sekolah-sekolah kultus, setelah berabad-abad, secara beransur-ansur ditingkatkan menjadi pusat pembelajaran, menarik para pelajar dari seluruh dunia.

Firaun Thutmose III, yang memerintah Mesir dari 1500 hingga 1447 SM, mentadbir sekolah kebatinan pertama yang mula-mula sekali menemukan kaedah dan prinsip yang mirip dengan prinsip dan kaedah aliran Rosicrucian zaman ini, AMORC. Dekad Firaun selanjutnya, AMENHOTEP IV 'dibaiah' ke dalam aliran rahsia ini. Firaun ini yang paling mendapatkan pencerahan, menurut Rosicrucian, sangat diinspirasikan oleh pengetahuan rahsia yang mengajarkan bahawa ia memberi suatu arah baru bagi falsafah dan agama Mesir. Dia mendirikan suatu agama yang mengakui Aton, tuhan matahari, sebagai lambang tapak kaki dewa, asas bagi kehidupan itu sendiri, lambang cahaya, kebenaran, dan kesenangan, dan mengubah namanya menjadi Akhenaton untuk mencerminkan gagasan baru ini. Walaupun agama yang lebih awal didirikan kembali kemudiannya, gagasan kebatinannya ditanamkan ke dalam kesedaran manusia dan pengaruhnya tidak pernah padam.

Berabad-abad kemudian, ahli falsafah Yunani seperti Thales dan Pythagoras, ahli falsafah Rom, Plotinus, dan yang lainnya, telah pergi ke Mesir dan dibenarkan memasuki ke dalam aliran rahsia itu. Kemudian mereka membawa ajaran ini ke dunia barat. Pengalaman mereka adalah catatan pertama dari apa yang segera wujud dalam aliran Rosicrucian. Nama aliran, seperti yang sekarang dikenali, datang kemudian. Bagaimanapun, aliran Rosicrucian selalu mengabadikan warisannya dari prinsip dan perlambangan masa lampau.
Triangle Rose

Sepanjang sejarah, menurut dakwaan Rosicrucian, sejumlah orang terkemuka di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi telah dihubungkan dengan pergerakan Rosicrucian, seperti Leonardo da Vinci (1452-1519), Cornelius Heinrich Agrippa (1486-1535), Paracelsus (1493-1541), François Rabelais (1494-1553), Theresa Avila (1515-1582), John of the Cross (1542-1591), Francis Bacon (1561-1626), Robert Fludd (1574-1637), Jacob Boehme (1575-1624), René Descartes (1596-1650), Blaise Pascal (1623-1662), Baruch Spinoza (1632-1677), Isaac Newton (1642-1727), Wilhelm Gottfried Leibnitz (1646-1716), Benjamin Franklin (1706-1790), Thomas Jefferson (1743-1826), Michael Faraday (1791-1867), Ella Wheeler Wilcox (1850-1919), Marie Corelli (1855-1924), Claude Debussy (1862-1918), Erik Satie (1866-1925), dan Edith Piaf (1916-1963).

Jika begitu, ini bermakna hubungan Rosicrucian dengan Freemasonry amatlah rapat dan tidak boleh disangkal lagi. Rosicrucian adalah Mason, Mason adalah Rose Cross. Sampai satu peringkat, para pelatih Mason akan diajar ilmu 'sufi' Mawar Salib. Mereka akan diajar tentang Tuhan sebenar yang disembah oleh aliran itu iaitu, Lucifer yang dipercayai oleh ahli kultus sebagai pemilik alam semesta ini.
Puisi Jalaludin Al-Rumi, Mathnawi; Kultus-kultus mistik Eropah sering mencedok falsafah sufism dan kemudian menyelewengkannya menurut fahaman sesat mereka

Lambang Rosicrucian adalah salib yang diletakkan bunga mawar di atasnya. Salib melambang jasad manusia dan bunga mawar melambang kesedaran atau pencerahan kerohanian manusia itu. Sekadar trivia, lambang inilah yang terpampang pada layar kapal-kapal Columbus. Lambang mawar ini sebenarnya dicedok dari aliran sufi Suhrawardi iaitu Tarekat Bunga Mawar yang akhirnya dipanggil Rosicrucian di Barat. Kita tidak perlu hairan dari mana pengetahuan kerohanian ini berasal kerana orang-orang Eropah belajar ilmu mistik dari orang Yahudi (Kabbalah).

Kisah para ketua, pengasas dan para pendeta kultus-kultus sihir Eropah yang belajar dari para Kabbalis dan ahli Sufi (namun mereka gemar memutarbelitkan ilmu sufi tadi) diabadikan oleh seorang penulis horror Amerika, Howard Phillips Lovecraft (H.P Lovecraft) yang telah mengasaskan kepercayaan Cthulhu, dewa berbentuk sotong (tampil dalam komik dan filem Hellboy) ke dalam karyanya yang paling popular di seluruh dunia iaitu Necronomicon dengan watak utamanya iaitu Abdul Alhazred yang bergelar 'Mad Arab'.
Necronomicon

Necronomicon hanyalah mitos H.P Lovecraft, namun sebenarnya telah diambil dari legenda-legenda sihir Rosicrucian dan agama misteri Masons (sepertimana Walter William Skeat yang mengarang Malay Magic, namun Malay Magic lebih 'authentic' dan tinggi darjatnya berbanding Necronomicon kerana ia sebuah pemerhatian sejarah). Banyak versi Necronomicon selepas kematian H.P Loveraft. Salah satu dewa dalam teks-teks berbau Necronomicon, Yog-Sothots, Yog-oths atau Shogoths adalah nama dewa dari ajaran sesat Barat merujuk kepada Yaghuts, salah satu berhala orang-orang Arab jahiliah yang dipercayai asalnya ialah orang soleh di zaman nabi Nuh. Aliran Fransiscan dalam kependetaan Gereja Katolik yang diasaskan oleh St. Fransis Assisi pula sebenarnya diinspirasikan dari ajaran sufi Najmuddin Al-Kubra yang hidup lebih awal dari pendeta terkenal itu.

Aliran kebatinan Rosicrusian inilah yang menjadi inspirasi kepada kultus-kultus mistik sesat lain seperti Order of The Golden Dawn (Aleister Crowley) dan Brotherhood of Luxor selain aliran-aliran tersembunyi yang menjadi kelab para elit Eropah seperti Order of The Garter (Queen Elizabeth) dan Order of The Black Sun (Hitler). Order of The Garter pula asalnya terdiri dari tiga belas orang, satu kelompok di bawah Raja Edward III, kelompok lainnya di bawah Putera Hitam (Black Prince). Simbol warnanya biru dan emas, jubahnya kain bulu bertudung, dan tujuan-tujuannya adalah bersifat ketenteraan dan kesetiaan seorang satria.

Orang suci pelindungnya adalah St. George, yang di Syria, dimana system pemujaannya berasal, disamakan dengan watak Khidr yang misteri dari aliran para Sufi. Dalam kenyataannya kelompok ini disebut dengan Ordo St. George, yang diterjemahkan langsung ke dalam ungkapan Sufi sebagai Thariqat Hadharati Khidr (The Order of St. Khidr) yang kemudian dikenali dengan nama Order of The Garter. Orang-orang Eropah yang dahagakan lebih amalan mistik sesat dan pagan kemudiannya mengubah trend ke India dan Tibet; melengkapkan pencarian sesat mereka dan menghasilkan apa yang dinamakan ajaran New Age Religion dan Theosophy.

Gabungan dari pelbagai aliran kebatinan ini dijadikan silibus Dajjal The Antichrist untuk mengukuhkan 'keimanan' para pengikutnya kepada Iblis Laknatullah. Ini kerana, Dajjal juga mempunyai prinsip perjuangannya dalam Secret Societies yang bergerak di atas tiga kekuatan:

• Kerohanian iaitu Mistik Sesat
• Sains dan Ekonomi
• Politik dan Ketenteraan

Ketiga-tiga prinsip ini adalah ramuan kejayaan dunia The Antichrist. Namun segala usaha The Antichrist ini akhirnya menjadi sia-sia bak mencurah air di daun keladi. Antichrist telah merancang pelbagai strategi, tetapi Tuhan yang mencipta dirinya yang lemah itu telah pun merancang terlebih dahulu. Sehingga akhirnya The Antichrist juga merupakan hamba, kuli dan pencacai kepada satu makhluk hina-dina iaitu Iblis Laknatullah@Azazil@Lucifer.

(Sumber Utama : MO)

P/s : Hamba kepada hambaNya..

No comments:

Post a Comment